Archive

Archive for November, 2009

PANORAMA EIDIL ADHA MESIR

Categories: KITA DAN ISLAM

EID ADHA PPMS: EID PERSAUDARAAN

Categories: KITA DAN ISLAM

PERUTUSAN MINDAMUJAHID SEMPENA AIDILADHA 2009M/1430H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

“Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar”.

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),”

“Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!

“Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan”. Surah Ash Shaaffat: 102-104

Fiqhul Ayah:

1- Melaksanakan perintah Allah SWT dalam apa jua keadaan dan masa. Walaupun terhadap orang yang kita sayangi dan kasihi

2- Dengar dan taat (patuh) adalah sifat seorang hamba yang cintakan Maha Penciptaan. Dan sifat yang sangat agung bagi seorang ahli Jamaah.

3- Melakukan terus apa yang di perintahkan oleh Allah, Rasul dan Ulil Amri. Tanpa banyak bicara dan alasannya

4- Mudah menerima arahan dalam apa jua posisi. Sebagai contoh ayat di atas, Nabi Allah Ibrahim menerima arahan dalam mimpi.

5- Mudah di bawa berbincang dan meminta pandangan serta pendapat manusia. Sifat ini sangat penting kepada seorang pimpinan

6- Menekankan aspek tarbiah dan tadhiyyah dalam diri. Mendidik anak sedari kecil. Melutur buluh biar dari rebungnya.

7- Pengorbanan perlu datangnya dari semua pihak, ia akan menghasilkan satu natijah yang sangat baik.  Cnth: Nabi Ibrahim – Nabi Ismail- siti Hajar = amalan di iktiraf

8- “insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar”. Meletakkan pengharapan, moga kita termasuk dalam golongan solihin wal muttaqin.

9- Berusaha-berdoa-bertawakkal dalam 3 elemen yang tidak dapat dipisahkan untuk mendapat kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat

10- Melakukan apa yang di perintahkan, akan mendapat pengiktirafan dan penganugerahan

11- Kita akan mendapat apa yang kita usahakan samada kebaikan atau keburukan

12- Satu contoh peristiwa yang sangat agung dalam menunjukkan ketinggian pergorbanan dan menganjung titah perintah yang Maha Esa

Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Luar Dan Dalam

Teruskan perjuangan di Bumi Syam.

“Kita PPMS, PPMS Kita”

Muhammad Mujahid Mohd Mohtar

Categories: MINDA MUJAHID

BUAT RENUNGAN EXCO PPMS DAN BKAN 2010/2011

“KITA DIPILIH UNTUK MENUNAIKAN AMANAH”- YB MENTERI BESAR

Sangat menarik dan nasihat yang sangat berguna yang di lontarkan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman ini. menunjukkan beliau seorang yang bertanggungjawab dan beramanah. Penulis postingkan di sini buat tatapan untuk diri ini dan kepada semua mereka yang terpilih dalam AGM PPMS yang lalu dan kepada bakal-bakal YDP serta exco-exco BKAN yang sekarang menjalani AGM di peringatkan negeri masing-masing

ALOR SETAR – Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan sesebuah masyarakat, namun dalam Islam amanah diertikan sebagai sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga.

“Selagi masa ada pada kita dan kita diberikan amanah untuk menjalankan tugas walaupun tempoh yang diberikan itu hanya satu saat, namun kita perlu menunaikan amanah itu dengan sebaik-baiknya.

“Allah ada mengatakan, tidak kira sama ada orang Islam atau orang bukan Islam, kita perlu menunaikan amanah kepada orang atau ahli yang berhak.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap demikian dalam perhimpunan pagi di Wisma Darul Aman.

Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seseorang pentadbir dan pekerja yang baik.

Peranan ketua-ketua jabatan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja kerana ini akan kepimpinan yang baik akan menghubungkan hubungan yang baik di antara kerajaan dan rakyat.

“Negeri Kedah mempunyai 1.9 juta rakyat, namun anda bertuah dipilih dan dipertanggungjawapkan oleh Allah untuk bekerja di Wisma Darul Aman ini.

“Kita yang dipilih untuk menunaikan dan menguruskan pentadbiran negeri, maka sebab itu amanah yang diberi harus ditunaikan kepada ahli yang berhak iaitu rakyat dan semua pelanggan kita,” katanya.

Categories: KITA DAN ISLAM

PAS dan UMNO: APA YANG BEZANYA?

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain. Read more…

Categories: ISU DUNIA

THE BIG READ DI BIBLIOTEKA ALEXANDRINA

Membaca di ruang buku-buku politik

Antara tempat yang ingin di lawati oleh mindamujahid adalah sebuah tempat yang menjadi kebanggaan dan kemegahan bagi negara Mesir khususnya masyarakat mereka yang mendiami di Iskandariah iaitu Biblioteka Alexandrina. Ia merupakan sebuah perpustakaan dan pusat kebudayaan yang terletak di persisiran pantai Laut Mediterranean di bandar raya Iskandariah, Mesir. Biblioteka ini merupakan bangunan peringatan Perpustakaan Iskandariah purba yang dimusnahkan dan sesuatu usaha menghidupkan semula kegemilangan Perpustakaan itu.

Biblioteka Alexandrina mempunyai lebih dari lapan juta buah buku, dan luas kawasan membaca ialah 70,000 m2 di sebelas tingkat. Bangunan itu juga mempunyai sebuah pusat persidangan, perpustakaan dikhususkan untuk golongan buta, kanak-kanak, tiga muzium, empat galeri seni, sebuah planeterium, serta sebuah makmal pemulihan manuskrip.

Banyak perkara yang penulis dapat dari lawati penulis ini ke maktabah tersebut yang di katakan juga adalah maktabah k-2 terbesar di Benua Afrika. Dalam pengiraan penulis, memang benar juga kenyataan tersebut. Apabila penulis bersama kakak tersayang melangkah masuk ke dalam maktabah tersebut. Kalau berjalan sahaja sambil mengambil gmabar sebagai kenangan akan mengambil masa selama 3 jam. Apatah lagi masuk membaca, mengkaji, menyelidik dan melayari internet. Caba bayangkan berapa banyak masa yang akan di gunakan. Read more…

Categories: ISU DUNIA

GAMBAR TERPILIH

 

Air Tebu & Coktail Mesir 30 lera jer… salah satu nikmat di Mesir

Categories: TAFSIRAN MINDA

READ: MENDEKATI ULAMA DAN PARA WALI

19/11/2009 1 comment

Alhamdulillah… bersyukur kepada Allah kerana di beri kesempatan membelek sebuah buku karangan seorang akhi Ahmad lutfi Bin Abd Wahab Al-Idrisi Al-Linggi. Sangat kagum dan tersentak hati penulis. Itulah yang penulis dapat simpulkan dari penelitian dan pembacaan penulis kepada buku ini. Kagum dan tersentaknya hati penulis berpaksikan kepada 3 perkara:

1.Wujudnya seorang penulis dan penyusun yang sangat tinggi kejuhudan dan semangatnya. Tapi tidak wujudnya insan yang sama di bumi Syam. Sedangkan bumi syam juga mendapat gelaran Ardhul Anbiyak Wal Auliyak.

2. Mesir mempunyai satu persatuan yang cukup hebat dan matang dalam melahirkan intelektual Islam yang berjiwa kental dalam mengharungi onak duri di kota metropolitan. Membuka peluang dan ruang kepada semua Negara-negara Asea berpancak dalam bidang penulis. Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

MINDAMUJAHID MENDAMBAKAN KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM

Makam Luqmanul Hakim, di Mahdhumas Iskadanriah

Tentang nama Luqman, tidak terdapat dalam al-Quran kecuali dalam surah Luqman, itupun di pertengahan surah. Dalam surah ini terdapat lapan ayat yang menyentuh tentang Luqman al-Hakim dan anak-anaknya, iaitu bermula dari ayat 12 hingga ke ayat 19. Para ulama tidak sepakat kata tentang siapakah Luqman itu? Dari manakah asal-usulnya? Adakah dia seorang Arab atau ‘Ajam? Apakah pekerjaannya dan adakah dia seorang nabi atau seorang hamba yang soleh?

Tentang namanya terdapat dalam “Tafsir al-Qurtubiy” yang diriwayatkan oleh Muhammad ibn Ishak bahawa namanya ialah Luqman ibn Ba’ura’ ibn Nahur ibn Tarah dan Tarah ini ialah Azar ayah nabi Ibrahim a.s. Menurut silsilahnya Nahur mempunyai dua orang saudara iaitu Ibrahim dan Harun. Luqman adalah cucunya. Berdasarkan pendapat ini bolehlah dikatakan bahawa Luqman cucu saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.

Read more…

Categories: ISU DUNIA, MINDA MUJAHID

“TURUNLAH KAMU KE BANDAR KERANA DI SANA KAMU BOLEH DAPATI APA YANG KAMU MINTA ITU”

Maksudnya:

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, Kami tidak sabar (sudah jemu) Dengan makanan Yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi Kami sebahagian dari apa Yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu Yang kurang baik Dengan meninggalkan Yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa Yang kamu minta itu“. dan mereka ditimpakan Dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat Yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tidak ada alasan Yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Mesir (Bahasa Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Israel serta Laut Mediterranean dan Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km, kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah. Read more…

Categories: ISU DUNIA

MINDAMUJAHID DI AJAK MENDESAK OLEH DESAK

PA190012pada pukul 3.00 pagi 15/111/2009 penulis berangkat mengunakan penerbangan MS 728 dari matar Damsyik Syria ke Matar  Gadid (Ammi Mesir) Kaherah Mesir. Alhamdulillah dengan pertolongan AlLah dan naungan para MalaikatNya, penulis samapai dengan selamat. Sungguh hebat dan teruja yang tersembul keluar dari mulut penulis selepas keluar dari matar gadid Mesir dan melihat suasana dan keadaan sekitar. Aejutan budaya dan kejutan bahasa meneyelubungi diri penulis. susah untuk membiasakan diri ni. `ala kullhi halnya, Syrialah yang terbaik buat diri penulis tapi ia bukan bermakna penulis taasub atau  jumud. Ianya di dilihat dari perspektif  yang pelbagai. Syukan katair buat sahabat seperjuanganku kerana sudi menghantar diri ini. terharu dan sedih dengan semangat sahabat-sahabat.

Apa yang mengejutkan penulis, setibanya penulis di Kaherah. Penulis diajak oleh jurucakap DESAk Ust Firdaus Mazlan (USt Alang) iaitu sahabat Karib penulis jugak untuk menyertainya dalam mengadakan Road Show DESAk di semua Muhafazah yang terpilih. apa ia DESAK? apakah misi, visi dan objektifnya? adakah pembaca tahu, isu yang dibawa oleh DESAk sudah hangat dibancankan di Parlimen Malaysia? dan apakah yang pembaca perlu tahu darinya?. di sini penulis sertakan ulasan yang di buat oleh episodeperjuangan.blogspot.com berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa DESAK. Untuk maklumat lanjut sila layari blog rasmi Desakjpmk.blogspot.com. dan memberikan sokongan kepada mereka dalam mempertahankan hak mereka dan membersihkan nama baik pmram. dalam kesempatan yang lain,

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia
[ MSD ] Kaherah Mesir ..
TIDAK PROFESIONAL

Menggagalkan Program Pelajar
[ Pembacaan Hadis Bukhari ]
pmram
1. Program Pembacaan Hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 19 oktober 2009 lalu telah digagalkan oleh pihak MSD Kaherah . Pengarahnya ialah Prof Dr. Jamil Hashim .

2. Program julung kali dianjurkan oleh PMRAM itu dijangka berlangsung di Al Azhar Confrence Center [ ACC ] yang mampu menampung sekitar 700 orang peserta .

3. Antara ulama’ yang diundang bagi menyampaikan ucapan ialah Al A’llaamah al Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al kattani , Syeikh Jamal Farouk , Syeikh Toha Dusuqi al Hubaisy , Syeikh Dr. Yusri Rushdi Saiyyid al Hasani , Syaikh Ahmad Hajain , Syeikh Dr. Da’ad Jawish , Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober , Syeikh Usamah Mahmud al Azhari dan paling istemewa ialah al A’llamah Syeikh Dr. Ali Jumuah Mufti Mesir .

4. Pengarah MSD Kaherah telah menghantar surat rasmi kepada Syeikhul Al Azhar Dr. Sayyid Tantawi meminta agar pihak al Azhar membatalkan program tersebut di saat – saat akhir . Apa yang paling malang , alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah Agent Parti Pembangkang Malaysia .

5. Saya melihat ini sebagai taktik usang pihak MSD untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan .

6. Saya juga melihat MSD mempunyai agenda tertentu sekaligus berniat jahat terhadap PMRAM dengan tindakan mereka mengganggu urusan dan aktiviti mahasiswa . Apa hak mereka untuk mengganggu aktiviti PMRAM sedang PMRAM adalah sebuah badan kebajikan yang sah malah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir . PMRAM juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pihak kerajaan Mesir , pengurusan universiti al Azhar dan pihak keamanan Mesir .

7. Tiada alasan yang munasabah mengapa MSD mesti bertindak untuk membatalkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari yang kelak akan berakhir dengan anugerah Ijazah Sanad Hadis oleh Mufti Mesir asy Syeikh Dr. Ali Jumuah sebagaimana yang telah dijadualkan .

8. Tindakan kurang ajar dan di luar bidang kuasa mereka itu menyebabkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari ini terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5 Dewan Rumah negeri Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta sahaja . Peserta terpaksa menuntut ilmu di tangga dan kaki lima bangunan .

9. Sementara acara Majlis perasmian penutup program ini terpaksa di adakan di sebuah gelanggang bola keranjang oleh Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah . Sebelumnya , program yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan kesungguhan para ulama’ sebagai tetamu undangan dan tenaga pembimbing . Ianya cukup berkesan di hati mahasiswa sementara rasa hormat mahasiswa kepada Pengarah MSD semakin luntur akibat tindakannya yang tidak profesional .

10. Mahasiswa al Azhar telah menubuhkan satu jawatankuasa khas DESAK untuk membantah tindakan MSD yang jelas tidak profesional dan menjatuhkan maruah MSD pada pandangan mahasiswa . DESAK juga menuntut agar MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM yang telah dicemarkan oleh mereka .

11. Sementara itu , kami Dewan Pemuda PAS Pusat selain menyokong jawatankuasa khas DESAK terhadap beberapa tuntutan mereka , turut mendesak supaya Pengarah MSD Kaherah Prof Dr. Jamil Hashim dipanggil balik dan ditukarkan kerana gagal memainkan peranan sebagai Pengarah MSD yang sepatutnya memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada mahasiswa bukan mengganggu dan menghalang mereka menuntut ilmu .

12. Paling ringan , Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya Prof Dr. Jamil Hashim di beri amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa .

13. Menuduh PMRAM sebagai Agent Parti Pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi mengganggu emosi mahasiswa yang menuntut di Mesir dengan penuh pengorbanan mencari sekalung ijazah . Mereka ke Mesir untuk menuntut ilmu bukan untuk MELIBATKAN DIRI DENGAN POLITIK KEPARTIAN dan ianya sesuai dengan dasar kerajaan agar pelajar tidak terlibat dengan politik kepartian apalagi di tuduh sebagi agent pembangkang .

 

14. Saya melihat perkara ini telah berlarutan sejak sekian lama . Sejak tahun 1991 PMRAM sering diganggu oleh MSD . PMRAM selalu dituduh sebagai agent pembangkang tanpa sebarang bukti . Persoalannya PMRAM agent Parti Pembangkang atau MSD menjadi alat UMNO dan BN ? . Mengutamakan pencapaian yang menjadi slogan kepimpinan baru kerajaan Dato’ Seri Najib dituntut agar kerajaan segera bertindak menangani isu ini dengan bijak dan memberi keselesaan kepada mahasiswa untuk mereka menumpukan perhatian kepada ilmu .

15. Kepada seluruh warga PMRAM , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi Kinanah dan kelak pulang membawa ilmu guna membasmi kejahilan yang kini sedang membelenggu masyarakat negara kita .

 

Categories: ISU DUNIA

KELI RAKSASA PEMAKAN MANUSIA

foto-kedua-lele-guangdong2[1]

Categories: MINDA MUJAHID