Home > MINDA MUJAHID > Ustaz Asri Ibrahim telah mendahului

Ustaz Asri Ibrahim telah mendahului


u-asri

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”- Allahyarham Asri Ibrahim

Jika sekarang ini Pihak Astro sedang mengadakan tribute filem-filem Allahyarham Yasmin Ahmad, perkara yang sama diharapkan berlaku kepada karya berbentuk zikrullah dan nasyid oleh Allahyarham Ustaz Asri bin Hj Ibrahim yang telah pulang ke rahmatullah jam 11 pagi, 13 Ogos 2009 di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Ianya satu kehilangan yang amat besar dalam industri nasyid tanah air khususnya arena dakwah seni suara.

Pada mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an, 199o-an dan alaf 21, suara Ustaz Asri menemani zaman bayi, kanak-kanak dan remaja kita. Allahyarham mengalunkan azan di kaca televisyen, menjadi ketua selawat jika hadirnya Maulidur Rasul dan zikirnya meronai pagi kita di corong-corong radio. Suara Ustaz Asri bahkan akrab mengajar kita nama-nama Allah melalui zikir Asma ul Husna, Tola’al dan terlalu banyak untuk dituntaskan di sini.

Secara peribadi, saya mengenalinya sejak masih berumur 5 tahun. Beliau ketika itu ahli kumpulan nasyid Nadamurni di Sg Pencala dan saya antara yang selalu melihatnya secara ‘live’ di pentas. Musim berlalu, Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani bertapak kukuh dalam industri nasyid selepas kumpulan Raihan, namun mengagumkan, Ustaz Asri tidak pernah berubah akhlaknya. Seorang yang tawadhuk, suka tersenyum, bercakap dari hati, tulus, sederhana dan memiliki ilmu al-Quran yang tinggi. Bahkan, ketika menapak dalam jagat popular dunia hiburan, Ustaz Asri tidak ‘lari’ dari matlamatnya. Beliau seorang pendakwah yang berhikmah mendekati golongan seni.  Misalnya, saya pernah bertanya pada artis Bob Lokman tentang penasyid yang dihormatinya, tiada orang lain yang dijawabnya kecuali Ustaz Asri.  Dan rata-rata artis lain juga sangat hormatkan Ustaz Asri, bukan kerana garang atau tegas tetapi kerana akhlak dan budi yang dipamerkan Allahyarham.

Terakhir, saya pernah menegur Ustaz Asri ketika majlis Pelancaran Rakan Asuh dulu, saya katakan bahawa Ustaz nampak kurus , beliau membalasnya dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Memang senyuman menjadi penghias Ustaz Asri ke mana pun beliau pergi.

Kehilangan Ustaz Asri tentunya memberi impak yang besar kepada kita semua terutama isteri dan anak-anaknya, ahli kumpulan Rabbani seterusnya para perindu zikrullah. Namun, kita yakin bahawa Allah telah menyediakan tempat yang baik, kekal abadi  dalam naungan CintaNYA buat hambaNya yang beriman. Ustaz Asri telah mendekati kekasihnya Rasulullah SAW di alam sana. Membawa segala perjuangan yang diteruskan dari baginda SAW untuk dikongsikan dengan habibuna Muhammad SAW.

Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khotimah agar kami mengecapi apa yang dikecap oleh para syuhadaMu yang telah mendahului.

AL-FATIHAH.

Sumber : http://ummuhani.com/

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: