Home > MINDA MUJAHID > Tegakkan Islam Melayu Selamat

Tegakkan Islam Melayu Selamat


`ASABIYYAH DAN ISLAM

Selepas kejayan terbesar musuh Islam dalam menjatuhkan Khalifah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1928, negara-negara Islam dari pantai barat benua Afrika hingga ke Irian Barat, dari Asian Tengah hingga ke Afrika tengah, telah menerima penyelesaian-penyelesaian yang bukan Islam (Hulul Al-Mustauradah), dengan harapan penyelesaian-penyelesaian itu dapat menyelesaikan masalah-masalah mereka. Walaupun telah mencapai kemerdekaan hasil daripada perjuangan yang berteraskan kebangsaan nasionalisme yang disogok. Sebagai tindakan untuk mengalih perhatian umat Islam kepada betapa perlu dan pentingnya penyelesaian Islam itu dalam hidup umat Islam.

Mereka telah mengetahui bahawa lambat-laun negara-negara Islam, umat Islam ini akan jemu dengan zaman penjajahan dan berjuang untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, Mereka telah berjaya mengembalikan fahaman `asabiyyah yang dikutuk oleh Rasulullah Sallahu `alaihi Wasalam:

“Bukan daripada kalangan kami mereka yang mati di atas dasar `asabiyyah, bukan daripada kalangan kami mereka yang berjuang di atasdasar `asabiyyah, bukan daripada kalangan mereka yang menyeru dasar`asabiyyah”.

Sahabar bertanya:

مَا الْعَصَبِيَّةُ؟

Apa dia `asabiyyah itu (wahai Rasulullah?).

أَنْ تُعِيْنَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمُ

Rasulullah bersabda: `Asabiyyah itu ialah bahawa engkau menegak (menolong) kaum bangsamu walaupun di atas dasar kezaliman.

Pertolongan yang berdasarkan semangat bangsa semata-mata, walau pun komunis pun ditolong. Apa yang dipentingkan Melayu, Cina, India, yang pentingkan Arab, yang penting Banggali, maka lahirlah Negara Bangladesh, lahirlah negara-negara Islam yang berpecah!

Perpecahan yang merupakan hasil dan buah daripada `asabiyyah yang telah dikuburkan oleh Rasulullah Sallahu `alaihi Wasalam yang telah menjadi bangkai, tetapi kini digali semula bangkai itu. Dijunjung dan dijulang kembali. Orang Islam kembali kepada `asabiyyah. Di Negara Arab, berbangga dengan ke Arabannya, mengambalikan sejarah  zaman Fir`aun, digali kembali mayat-mayat lama atau bangkai mayat Fir`aun untuk mengambil perhatian umat Islam Mesir kepada tamadun Fir`aun.

Menghidupkan kembali zaman Babilon di Iraq, zaman Sri wijaya Majapahit, Hang Tuah, Hang Jebat, dihidupkan kembali zaman kemelayuan dengan mengunakan slogan keramat “takkan melayu hilang didunia”, zaman kebangsaan qaumiyyah dan `asabiyyah yang telah dikuburkan oleh Islam. `Asabiyyah yang bukan Islam telah dikuburkan dan  menjadi bangkai itu kini dihidup dan digali semula. Jadi sekarang ini, kita memikul bangkai `asabiyyah, lebih dikhususkan lagi `asabiyyah melayuwiyyah.

Negara Islam berpecah, perjuangan kemerdekaan kembali kepada perjuangan `asabiyyah, tidak lagi kepada perjuangan menegakan Islam. Walaupun mereka mendakwa Islam itu dijadikan asas, dasar dan seumpamanya dalam perjuangan mereka.

Musuh-musuh Islam tidak akan mendiamkan diri, tetapi ingat, bentuk serangan yang dilancarkan oleh mereka ke atas umat  Islam telah berubah sekarang. Strategi mereka sudah berubah di era dan zaman ini. Jahiliyyah yang dipimpin oleh Abu Jahal dan sekutunya di Makkah dulu tidak lagi seperti jahiliyyah sekarang! Malah mereka menentang kita dengan bentuk baru, dengan sistem dan ideologi jahiliyyah. Walaupun di atas dasar kebangsaan (`asabiyyah-nasionalisme), tetapi bentuk penentangan terhadap Islam adalah berbeza dengan apa yang dilakukan di masa dulu.

Kalau sistem jahiliah `asabiyyah, qaumiyyah, kebangsaan, kekeluargaan, kenegerian yang dipimpin oleh Abu Jahal di masa itu menentang Islam dengan kekerasan senjata, tetapi golongan-golongan jahiliyyah sekarang ini yang di atas `asabiyyah yang sama, di atas dasar qaumiyyah yang sama, di atas prinsip kebangsaan yang sama, di atas dasar kenegerian yang sama, telah melancarkan serangan bentuk baru ke atas umat Islam dan Islam. Bukan dengan serangan senjata seperti tombak, pedang, panah dan peluru, tetapi dengan pemikiran, mental, ideologi, apa yang dinamakan sebagai Al-qhazwah fikri (serangan pemikiran).

Dalam erti kata lain, umat Islam sudah diracuni dengan ideology ciptaan barat (musuh) yang diistilahkan dengan sekularisme. Sekularisme dibawa masuk oleh penjajah dan digunakan bagi menyinkirkan Islam daripada manusia dalam urusan dunia dan pemerintahan. Ia menjadi senjata paling baik bagi menjauhkan umat Islam daripada agama mereka dan juga menghalang politik Islam dari memainkan peranan secara berdaulat.

Hasil dari perancangan rapi musuh ini, maka lahirlah golongan, cendiakawan, agamawan yang mencampur-adukan ajaran Islam yang sebenar dengan pelbagai ideologi yang sesat. Sehinggakan memesong akidah umat Islam. Ada diantara mereka yang mentafsirkan ayat Al-Quran mengikut kehendak masing-masing, mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, yang tidak menambahkan periuk nasi mereka dan mengikut kehendak serta arahan ketua mereka. Sebagai contoh, bagi pengamal dan penganut fahaman `asabiyyah (kebangsaan), mereka mentafsir ayat 13 surah Al-Hujurat mengikut bangsa dan suku-sakat masing.

Firman Allah Taala:

يأيها الناسُ إِنَّا خلقناكم مِنْ ذَكَرٍ وأُنْثَى وَجَعَلْنَكُمْ شُعُوباً وَقَبآئِلَ لِتَعَارَفُوا……

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama dengan lain)……”

Kalau pengamal dan penganut `asabiyyah itu berbangsa melayu, ia pasti akan menyeru untuk mendaulatkan bangsanya berdasar firman Allah di atas yang menyebut perkataan Sy`uban dan Qabail (berbangsa-bangsa dan berpuak-puak). Begitu juga bagi penganut `asabiyyah dari bangsa-bangsa dan suku-sakat lain, masing-masing menyeru untuk mengangkasakan bangsa masing-masing mengikut kefahaman mereka dengan ayat di atas. Hingga meninggalkan sedikit demi sedikit hakikat perjuangan Islam yang sebenar dan menghilangkan peranan serta tanggungjawab mereka sebagai khalifah dan hamba kepada Tuan punya agama dan alam ini.

Firman Allah Taala: (Surah Az-Zaariat: 56)

وما خَلَقْتُ الجِنّ والإِنْسَ إلّا ليَعْبُدون

“Dan (ingatlah) aku tidak menciptkan jin dan manusia melainkan mereka menyembah dan mengabdikan diri kepadaKu”

Kalau kita melihat kepada pandangan mufassirin berkenaan penafsiran ayat di atas (surah Al-Hujurat, ayat:13), kita melihat tiada satu pun ulama mufassirin mentasirkan kalimah Sy`uban dan Qabail (berbangsa-bangsa dan berpuak-puak) dengan satu-satu bangsa di dunia ini. Tetapi kebanyakan mereka menghuraikan maksud sy`uban dan Qabail adalah untuk menghasilkan sesama manusia ini dengan konsep berkenalan dan berkasih sayang. Serta menjauhkan sifat bermusuh-musuhan, bunuh-membunuh, berbalah dan perkara-perkara lain yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah sesama manusia.

Tetapi mereka buta untuk melihat kepada baki dari ayat Al-Quran di atas. Yang Allah Subhanahu wa Taala menyebut:

إِنّ أَكرَمَكُمْ عِندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ، إِنَّ اللهَ عليمٌ خبيرٌ

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha Mendalam Pengetahui-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

Bukan hebatnya sesuatu bangsa dan kaum itu menjadi keagungan dan kebanggaan kepada Allah Taala, baik dari sudut keturunan, pembangunan, perekonomian, perindustirian, ketenteraan, pendidikan, teknologi sains, dan lain-lain. Tetapi yang dipandang dan dikira oleh Allah yang Maha Esa adalah tahap ketinggian dan kesempurnaan iman seseorang itu kepadaNya. Maka siapa sahaja yang tinggi imannya kepada Allah, layak menjadi pemimpin dan ketua untuk semua kaum dan bangsa.

Inilah dia serangan bentuk baru yang dilakukan oleh musuh Islam ke atas umat Islam. Oleh kerana itulah maka kita terjun ke medan politik, medan menghadapi perjuangan dan peperangan ideologi. Sebabnya ialah kerana musuh-musuh Islam melancarkan serangan meraka ke atas kita bukan lagi dengan peluru, bukan lagi dengan dengan senjata. Mereka sudah tahu bahawa peluru-peluru mereka tidak dapat mengalahkan Islam, walaupun kekuasaan jahiliyyah pernah menakluk bumi Islam, pernah menakluk negeri Islam dengan senjata dan teknologi mereka, dengan kebendaan mereka yang lebih lengkap, dengan senjata mereka yang lebih moden.

KETUANAN MELAYU

Menyentuh soal fahaman `asabiyyah, kita tidak boleh pisahkan  dengan apa yang berlaku di tanahair kita. Kerana ia menunjukkan realiti sebenar fahaman `asabiyyah sudah meresapi dan dan meracuni  bangsa melayu Islam kita. Perkara ini sudah puluhan tahun wujud, tetapi ia mula dimain dengan kencang oleh pihak-pihak tertentu selepas PRU-12 baru-baru ini.

Ramai para pemimpin kerajaan terutamanya dari parti perkauman menjulang dan menghangatkan semuala isu ketuanan melayu selepas mereka mendapat kekalahan yang cukup hebat. Dalam istilah lain, tsunami kedua sudah melanda mereka yang mengamalkan prinsip perkuaman dalam perjuangan mereka. Maka isu ini dimain dan digembar-gemburkan untuk menarik semula sokongan mejoriti bangsa melayu kepada perjuangan mereka.

Ketuanan Melayu adalah konsep rasialis bahawa bangsa Melayu adalah “tuan” atau “penguasa” kepada bumi Malaysia. Konsep ini termaktub dalam Pasal 153 Konstitusi Malaysia yang memberikan jaminan hak-hak khusus kepada etnik Melayu di Malaysia. Tetapi bukanlah dengan mengunakan Istilah “ketuanan melayu”. Pengaturan seperti ini biasanya disebut sebagai kontrak sosial. Konsep ketuanan Melayu biasanya didengungkan oleh politikus-poliikus Malaysia, terutama yang berasal dari Organisasi Nasional Melayu Bersatu (UMNO), parti yang memiliki pengaruh kuat di Malaysia.

Istilah “Ketuanan Melayu” adalah ciptaaan Umno bagi mendapatkan sokongan masyarakat melayu kepada mereka. Ia suatu konsep dan istilah yang tidak logik dan tiada tertulis dalam perlembagaan. Hak keistimewaan orang Melayu dan Orang Asli Sabah-Sarawak sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Jika adanya ketuanan Melayu, bagaimana dengan bangsa yang lain? Adakah mereka hamba atau abdi? Ini adalah satu istilah yang tidak logik dan tak masuk akal.

PERLEMBAGAAN LORD REID

Setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu, kerajaan British telah melantik Lord Reid, seorang Hakim Besar, sebagai pengerusi Suruhanjaya Bebas bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Butir-butir rujukan suruhanjaya itu adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat;

2. Menjaga kedudukan dan kehormatan Raja-Raja Melayu;

3. Perlantikan salah seorang Sultan sebagai Raja Berperlembagaan yang bergelar Yang  diPertuan Besar;

4. Mempertahankan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kaum-kaum lain;

5. Menyediakan hak kerakyatan yang sama kepada semua penduduk di Tanah Melayu.

Hak orang Melayu sudah terjamin dalam perlembagaan seperti di atas. Antara hak-hak mereka adalah agama Islam adalah agama rasmi persekutuaan, sebaliknya penganut agama lain bebas menganuti agama mereka, kemasukan anak-anak melayu ke Universiti, hak mendapat pekerjaan dalam sektor awam, permit perniagaan, bahasa Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu. Semua ini tidak boleh diusik oleh mana-mana bangsa dan undang-undang lain. Sebarang pindaan ke atas perkara-perkara yang membabitkan hak-hak orang Melayu ini perlu mendapat sokongan 2/3 undi di Parlimen dan harus dipersembahkan kepada Raja-raja Melayu sebelum diluluskan.

Oleh yang demikian, rakyat khususnya orang Melayu tidak perlu bimbang dengan konsep “Ketuanan Melayu” yang cuba dimainkan oleh Umno. Pihak Umno atau BN tak boleh pinda dengan mudah hak-hak ini melainkan mendapat kelulusan 2/3 di Parlimen dengan dipersetujui Raja-raja Melayu.

Penulis berpandangan, bahawa isu mempertahankan hak orang Melayu tidak timbul. kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan. Sebenarnya, isu yang timbul adalah selagi orang Melayu tidak merubah sistem dan sosio-budaya yang sedia ada, selama itu penghakisan status dan kedudukan orang Melayu akan menjadi isu.

Penulis berpendapat, kekuatan orang Melayu mesti disandarkan kepada Islam sebagai teras kepada pemulihan bangsa.  Jika pihak tertentu tidak mengakui hakikat ini penulis tidak nampak ia akan memberi apa-apa makna kepada memulihkan nasib bangsa. Kelemahan orang Melayu sebenarnya adalah terletak kepada kekuatannya menghayati Islam seutuhnya.

Penulis tidak melihat orang Melayu hanya boleh bergantung kepada perlembagaan semata-mata untuk menjamin kedudukannya, sehingga orang Melayu dapat merubah nilai dan jati dirinya supaya kembali kepada mendaulatkan Islam seutuhnya, selagi itu nasib bangsa ini tidak akan dapat terjamin dan terbela.

Setiap kongres ataupun seminar yang membincangkan isu ketuanan melayu, sepatutnya bukan hanya untuk menghasilkan sebuah lagi deklarasi dan memorandum yang berulang-ulang tepapi hendaklah melancarkan sebuah gerakan nasional membangkitkan orang Melayu untuk menjalani transformasi diri dan kepimpinan. Dengan yang demikian Kongres ataupun seminar ini tidak sepatutnya hanya membahaskan sekadar isu-isu yang telah acapkali diungkap tetapi hendaklah dengan segera mencari langkah dan pendekatan bagaimana isu yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan mengikut landasan dan lunas-lunas Islam yang sebenar, kerana bangsa melayu dan tanahair Malaysia akan selamat apabila Islam ditegak dan didaulatkan.

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: