Home > ISU DUNIA > Read: SARANAN ULAMA NEGARAWAN(UN)

Read: SARANAN ULAMA NEGARAWAN(UN)


TGHadi3Aku pernah bertanya kepada ulama negarawan MalaysiaTuan Guru Abdul Hadi Awang ketika beliau bertandang ke bumi syam pada penhujung tahun 2007. “ayah chik masa belajar di Madinah dulu baca buku pa untuk tambah thaqafah dan nak tahu isu-isu dunia, buka web ke? Jawab tok guru ”ana dok langgan Majalah Mujtama` keluaran Ikhwanul Muslimin Kuwait. Kalau ada anta belilah. Bagus majalah tu”

Selepas dari pertemuan itu, aku mencari-cari majalah tersebut. Atas tujuan untuk menjadikan diri ku ini Tok Guru Hj Hadi K-2(Insyaallah). Yang juga ikon penulis dalam dunia ulama dan negarawan. Cari punya cari, tak jumpa. Rupa-rupanya selepas dimaklumkan oleh sahabat senior penulis majalah tu mamnu` dan takda jual di Syria. Kalau nak juga kena pergi cari di Lubnan. Itulah kelemahan kerajaaan Syria yang takut pada bayang-bayang sendiri.

Di sebabkan takut kepada kebangkitan rakyat melalui bahan bacaan, ia mengharamkan buku-buku dan bahan-bahan yang disifatkan boleh mengugat kestabilan politik dan kedudukan. Tapi dalam masa yang sama membodoh dan menjumudkan minda dan mentiliti rakyatnya. Tempias ini juga terkena kepada penuntut-penuntut ilmu di bumi syam.

Patutla aku melihat, penuntut-penuntut ilmu di bumi syam ini lemah dan kosong dari fikrah, dakwah haraki dan jihad. Di tambah pulak kepada tidak minat membaca dan malas mencari inisiatif. Bak kata Stephen Covey dalam Habit 1: Be Proactive. kita perlu buang tabiat Reactive people  kepada Proactive people untuk menjadi seorang yang hebat dan Berjaya”. kemana la pulak penulis bersyarah sampai ke Stephen Cover tu…. Tapi ada manfaatnya kepada teman-teman pembaca.

Kita kembali kepada tajuk asal kita (Majalah Mujtama`). Tapi penulis tidak berputus asa untuk mendapatkan majalah tersebut. Sebabnya ia disyorkan oleh idola penulis dan ia majalah keluaran satu gerakan Islam yang hebat mesti 100% isinya sangat best dan menarik. Setiap kali ada sahabat-sahabat penulis yang mahu lubnan penulis pesan dan minta tolong belikan. penulis mengharapkan inilah jalan terbaik untuk penulis mendapatkan majalah tersebut. Tapi jawapan yang diberikan kepada penulis sangat mengecewakan penulis. Pelbagaai alasan dan sebab yang diberikan oleh mereka. Kadang-kadang nak marah jugak tapi bila difikirkan balik dah tak da rezeki kot.

Masa terus berlalu, sehingga penghujung 2008. Sesuatu hari, penulismenziarahi sahabatku Abg Rahman Abdullah. Dia ada tunjukan kepada ku sebuah majalah yang menarik dan boleh menanmbahkan ilmu serta thaqafah (kata dia la). penulis ambik dan belik 1  halaman ke 1 halaman. Menarik dan sangat berilmiah. Teringin aku untuk memelikinya. Kemudian, bila sahabatku ni mengatakan majalah ini mungkin keluaran IM Kuwait . maka bertambah ghairahlah untuk penulis membelinya. Hasilnya sekarang ini, penulis sudah menjadi pelanggan dan pembaca setia kepada majalah ini (terima kasih sahabatku).

Mungkin Allah nak menjadikan majalah ini penganti kepada Majalah Mujtama yang penulis mendambanya selama ini. Oleh yang demikian, penulis ingin syor dan sarankan kepada sahabat-sahabat mahasiswa/wi sekalian untuk menyertai kumpulan pembaca majalah ini. penulis dah syorkan kepada sahabat-sahabat team itqan dan kepada sahabat-sahabat karibku untuk memeliki dan menjadikannya sebagai bahan bacaan bersifat bulanan dan mengeluarkan kita dari tempurung yang besar ini (Pemerintah Syria).

Di sini, penilis selitkan sedikit pengenalan rinkas majalah ini. Moga ia dapat menimbul minat membaca dan semangat untuk membeli dan memelikinya. Dan menjadikannya sebagai bahan bacaaan secara bulanan yang bersifat thaqafah dan ilmiah.

Snapshot_20091031_5

Nama majalah: Al-wa`u  Al-Islami.

Bilangan Muka Surat: 100

Harga: 30Lrs termasuk majalah kartun(khas untuk kanak-kanak) bara`imul iman( kumtuman Iman)

*majalah bersifat bulanan keluaran kementerian Wakaf dan hal ehwal agama kerajaan Kuwait

*Sekarang bilangan K-531

 (Majalah keluaran Bulan Oktober)

Snapshot_20091031_9

Kolum-kolum penting:

Turathuna: membincangkan khazanah yang dimiliki oleh masyarakat Kuwait dari sudut pemerintahan, tokoh-tokoh agama, ulama-ulama besar, tamadun, peradaban dll

 Ahkam: menghuraikan secara terperinci permasalahan agama dari pelbagai perspektif qadim dan muasoroh

Hiwar (Temuramah ekslusif): kolum ini mengemukan pandangan dan fikrah dari tokoh pelbagai bidang dan pengajian serta tokoh-tokoh ilmuan yang lain berkenaan tajuk fokus majalah dan isu yang melanda ummah .

Dirasah (kajian dan penyelidikan): mengemukan kajian dan penemuan baru dalam dunia pendidikan, pemikiran dan dll. Ia berdasarkan bahas-bahas terbaik di peringkat master dan PhD.

Thaqafah wal Hadharah: memberikan pengetahuan baru kepada pembaca dengan pendedahan yang berbeza dan berbagai bidang ilmu serta dikaitkan dengan ketamadunan dan peradaban manusia

Tarbiah: memberikan kaedah-kaedah pentarbiahan dan pendidikan berdasarkan Al-Quran, dan As-sunnah dan menerangkan kaedah terbaik untuk berdakwah kepada manusia

Lughah wal Adab: membicarakan kesenian dan keistimewaan bahasa, adab dalam lain-lain dalam Islam. Kebiasaannya kolum ini ditulis dan di isi orang khusus dalam bidang ini

Usrati: institusi rumah tangga, alam perkahwinan, pendidikan anak-anak, pembahagian masa untuk menguruskan rumah tangga dan kerja adalah antara isi penting yang dipaparkan dalam kolum ini mengikut acuan dan kehendak Islam.

Fikr: kolum yan mencetuskan satu pemikiran baru serta mengajak pembaca kepada menghayati permasalahan yang berlaku di sekitar mereka. cth: mengutamakan persekitaran, masa dan manusia…bagaimana kita menghadapinya sebagai seoran muslim?

Siasah: satu kolum yan sangat berani dan menarik. Membincangkan soal politik, agama dan lain-lain mengikut acuan dan kehendak Islam. Membongkar segala permasalahan yang berlaku dalam sistem dan isme di dunia ini.

I`lam(penerangan): teori-teori bagaimana cara menghasil dan menyampaikan penerangan berkesan dengan mengunakan pelbagai medium penerangan ciptaan manusia. Dan membincangkan sistem-sistem perhubungan manusia

Mansiyyun(Orang yang dilupai): pelikan kolum  ini? Lama Jugak penulis mengambil masa untuk memahami apa yang nak di bincangkan dalam kolum ini. Tapi apa yang penulis boleh simpulkan, kolum ini menceritakan ahwal dan realiti umat Islam yang menoriti dalam Negara-negara membangun. Masyarakat Islam yang terabai, tersisih, terseksa, dizalimi dan di lupakan oleh pemerintah dan sistem-sistem ciptaan dan di sembunyikan dari pandangan umum masyarakat dunia. Sebab itulah kot kolum ini dinamakan begitu.

A`lam (tokoh): kolum ini biasa ada dalam kebanyakan majalah-majalah Islam di dunia. Aku rasa pembaca dah tahu apa isinya. Cuma yang untungnya, ia memberi peluang yang luas kepada kita untuk lebih mengenali ramai ulama, cendiakawan, intelek, tokoh Islam di dunia ini.

Manarat (bangunan dan reka bentuk): memperkenalkan kepada pembaca kepada bangunan, menara, artifek dan seni bina Islam yang ada di dunia ini, yang menjadi kebanggaan kepada kita. Bertahun dan berabad lamanya dalam masa yang sama menceritakan kehebatan arkitek Islam.

Terjemat( terjemahan): kolum memaparkan artikel yang di tulis oleh tokoh dan penulis bukan Islam dan Islam dari serata dunia dan di terjemahkan kedalam Bahasa Arab.Cth: masa depan politik Islam.

Al-wa`I net: kolum yang menghuraikan alat-alat elekronik ciptaan manusia baru dan lama. Mudah ceirtanya, sinopsis kepada sesuatu alat (Software dan hardware) baru ciptaan manusia moden seperti computer, yahoo dll.

Fatawa Al-wa`i: Mengemukan fatawa kotemporari  yang melanda umat dan mensyarahakan kaedah-kaedah usul fiqh dan fiqhiah . dikelola oleh Dr Uthman Abd Rahim( imam dan Khatib Kementeriaan wakaf Kuwait).

Moga apa yang penulis paparkan ini, akan menarik minat pembaca untuk membaca dan memelikinya. Dan menjadikannya sebagai bacaan bulanan dan bahan rujukan dalam bidang pengajian yang diceburi. Serta menyampai dan berkongsi dengan sahabat-sahabat serumah dan sekuliah. Moga kita dapat mengambil manfaat keberadaan kita di bumi ulama ini.

Untuk keluran k-2 bagi artikel ini, penulis akan paparkan beberapa lagi majalah arab yang menarik dan best  untuk di baca dan di miliki.

“BORN TO BE A READER”

“Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha
mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan.”
Kata SaifulIslam dalam blognya

 

 

 

 

 

 

Categories: ISU DUNIA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: