Archive
READ:TEGURAN MEMBINA
Nasihat seorang pembaca kepada penulis. Moga kita dapat kongsi bersama dalam menyemarakan kempen membaca kita. Terima kasih atas sekongan pembaca sekalian
Membaca tidak dimulakan dengan membuka buku tetapi membuka minda, bukan mencari buku apa yang harus dibaca tetapi mencari hadaf apa yang harus dituju. Bukan memenuhi ingatan dengan fakta dan angka tapi falsafah dan kefahaman. baca,baca dan terus baca. Moga-moga dengan berkat selalu membaca, Allah mula kurniakan minda terbuka, hadaf tertuju, falsafah dan kefahaman.
Reading’s Campaign: “BORN TO BE A READER”
Penulis tertarik dengan saranan dan cadangan yang dilontarkan oleh suaradamsyik.wordpress.com dalam postnya yang terbaru berkenaan kempen membaca. Di sini penulis postingkan sebagai sokongan kepada saranan dan cadangan tersebut. Dengan sedikit saranan dan tambahan dari penulis bagi menjayakan misi ini.
Berdasarkan laporan kajian tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 2008 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca 12 buah buku setahun, berbanding hanya 5 muka surat setahun pada tahun 2004. Satu kajian juga telah dibuat terhadap ahli PPMS di Syria pada tahun 2008 memjelaskan bahawa ahli PPMS secara purata hanya membaca 2 buah buku setahun. Ini membuktikan bahawa amalan ‘membaca’ di kalangan ahli PPMS masih jauh ketinggalan berbanding rakyat di Malaysia sementelah negara-negara maju seperti Jepun.
Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu dan ini telah diperkukuhkan dengan turunnya wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5:
Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
DEMOKRASI PPMS LESU DAN TIDAK BERMAYA. vol 1
Semangat dalam menyuburkan sistem demokrasi terus subur di bumi Malaysia yang dicintai. Apatah lagi selepas 8 mac 2008. Di mana pada tarikh keramat tersebutlah system demokrasi Malaysia melakar sejarahnya tersendiri. PRU-12 menunjukkan kepada kita bahawa sistem demokrasi berpilihanraya adalah pilihan yang tepat dan betul bagi gerak Islam yang menerima pembaharuan dan pengislahan dalam mengembalikan sistem Islam berdaulah atau berkhalifah.
Di selanggi pula dengan 8 PRK yang berlaku di seluruh Malaysia mengambarkan lagi bahawa Islam akan terus bertapak dan diterima ramai. Tempias PRU-12 dan 8 PRK di Malaysia dibawa tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, mengubah sedikit sebanyak perspektif masyarakat mahasiswa kita di bumi syam ini. Bagi mereka yang menjadi pendokong gerakan Islam akan bergembira dan terus bersemangat dlam meneruskan pengajian di bumi sayam ini. Tetapoi tidak berlaku sebaliknya kepada “golongan yang satu lagi”.
Secara peribadinya, penulis merasakan satu luar biasa yang berlaku dalam diri ini. Tidak tahu semangat apa yang menziarahi diri ini. Lain benar rasanya. Kata orang darah muda dah bergelora. Tapi `ala kulli halnya. Penulis meraka semanga itu baik dan perlu dipertahankan hingga Malaysia dipimpinan oleh seorang Ulama Negarawan. Dalam memori hidup, penulis mula mengenali dan mengetahui Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya adalah semasa berlakunya PRU-9 tahun 1995. mula mengenali sistem ini dengan lebih serius dan terjun kedalamnya adalah pada PRU-11 2004. Dimana pada PRU kali ini, gerakan Islam mendapat ujian yang sangat berat dari Allah Taala.