Home > KITA DAN ISLAM > DEMOKRASI PPMS LESU DAN TIDAK BERMAYA. vol 1

DEMOKRASI PPMS LESU DAN TIDAK BERMAYA. vol 1


PPMS1004

Semangat dalam menyuburkan sistem demokrasi terus subur di bumi Malaysia yang dicintai. Apatah lagi selepas 8 mac 2008. Di mana pada tarikh keramat tersebutlah system demokrasi Malaysia melakar sejarahnya tersendiri. PRU-12 menunjukkan kepada kita bahawa sistem demokrasi berpilihanraya adalah pilihan yang tepat dan betul bagi gerak Islam yang menerima pembaharuan dan pengislahan dalam mengembalikan sistem Islam berdaulah atau berkhalifah.

Di selanggi pula dengan 8 PRK yang berlaku di seluruh Malaysia mengambarkan lagi bahawa Islam akan terus bertapak dan diterima ramai. Tempias PRU-12 dan 8 PRK di Malaysia dibawa tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, mengubah sedikit sebanyak perspektif masyarakat mahasiswa kita di bumi syam ini. Bagi mereka yang menjadi pendokong gerakan Islam akan bergembira dan terus bersemangat dlam meneruskan pengajian di bumi sayam ini. Tetapoi tidak berlaku sebaliknya kepada “golongan yang satu lagi”.

Secara peribadinya, penulis merasakan satu luar biasa yang berlaku dalam diri ini. Tidak tahu semangat apa yang menziarahi diri ini. Lain benar rasanya. Kata orang darah muda dah bergelora. Tapi `ala kulli halnya. Penulis meraka semanga itu baik dan perlu dipertahankan hingga Malaysia dipimpinan oleh  seorang Ulama Negarawan. Dalam memori hidup, penulis mula mengenali dan mengetahui Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya adalah semasa berlakunya PRU-9 tahun 1995. mula mengenali sistem ini dengan lebih serius dan terjun kedalamnya adalah pada PRU-11 2004. Dimana pada PRU kali ini, gerakan Islam mendapat ujian yang sangat berat dari Allah Taala.

3 tahun dalam Demokrasi Berpilihanraya PPMS

Tahun dan sesi 2006 penulis mula bermukim di bumi pilihan hati, Damascus Syria. Terus terjunkan diri dalam bidang ilmu yang diminati dan memperbanyakkan pengajian khususi dan umumi. Dalam masa yang sama mula berjinak-jinak dengan persatuan dan melibatkan diri secara langsung dengan sistem ini dalam PRP (Pilihanraya PPMS) iaitu sebagai pengundi setia. Inilah pengalaman firt time membuang undi kepada calon yang tidak berkempen (tak kempen tapi menang, pelikkan?:). Waktu itu baru mula belajar nak mengenali sahabat dan pimpinan persatuan yang pernulis sertai. Dalam masa yang sama, cuba memahami perjalanan PRP di Syria. Sebab ada musykilah dan kepelikan di situ. Calon bertanding tidak berkempen, tapi menang. Kalau pilihanraya di Malaysia berdasarkan penglaman penulis, kalau calon tak kempen alamatnya hilang depositla…

Hinggalah pada sesi 2007, penulis pula yang menjadi calon. Nasib badan, tapi best sebab boleh cari dan timba pengalaman baru. Umur muda dah jadi calon, nak jadi calon di Malaysia lambat lagi:). Tapi kalah sebab tak berkempen, padanla kalah sebab tak berkempen, tapi sahabat-sahabat penulis yang lain menang pulak walaupun dorang pun sama dengan penulis, tak kempen jugak. Timbul diminda penulis kepelikan yang ke-2. Selepas keputusan diumumkan JAPEM(Jawatankuasa Pemilihan) ust Akmal dinobatkan sebagai Presiden PPMS dan bersama menteri kebinetnya yang baru.

Setahun pun berlalu, dengan pelbagai rencam kehidupan kota Damascus dimana di dalamnya persatuan pelajar Malaysia bergerak dan merancang. Pada sesi 2008, penulis  terus melihat perjalanan pilihanraya PPMS. Ust Akmal meneruskan agendanya buat penggal k-2 tetapi kali ini dengan menteri kabinet yang sangat menarik dan hebat. Ust Hairul Faizal sebagai Timbalan Presiden sangat tepat dan layak di tempat tersebut bagi pandang penulis. Sehingga terlebih layak beliau di amanah memangku jawatan Presiden kerana Presidennya sudah kembali ke Malaysia. Dalam masa yang sama, ramai calon presiden tarik diri hingga Ust Akmal menang tanpa bertanding. Penulis pun hairan kenapala meraka ini tarik diri sedangkan mereka mampu dan hebat, bukan kena buat kerja pun, tapi confirm menang. Ini menimbulkan kepelikan kepada penulis buat kali k-3 

Sesi 2009 menyusur, mungkin ramai dikalangan pembaca sudah tahu apa yang berlaku. Ust Hairul Faizal dari pemangku dipilih menjadi presiden PPMS. Cuma yang menjadi kepelikan k-4 kepada penulis adalah Ust Hairul Faizal menang juga tanpa bertanding. Ini adalah di sebabkan penarikan calon-calon presiden pada waktu itu, pada masa yang sama, ada 2-3 orang calon exco mahu tarik diri jugak dari bertanding. Mujurla JAPEM mempunyai skillnya tersendiri.

Tapi apa yang menarik dalam PRP 2009 ini, kempen calon dan suasana pilihanraya meriah dan menarik. Masing-masing berusaha menaikan nama calon dalam berkempen dan mengharapkan calon mereka menang di hari pembuangan undi nanti. Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan ada kempen yang melampaui batas dan etika berkempen. Mungkin terlalu bersemangat. Tapi apa yang penting berkempan adalah salah satu kaedah dalam sistem pilihanraya. Memelihara tatacara dan adab dalam  berkempen adalah tanggungjawab yang dipikul bersama secara tidak langsung ia akan menhidupkan suasana pilihanraya.

Sekarang sedar atau tidak penulis dan pembaca sekarang berada dalam situasi atau era pilihanraya bagi sesi 2010. Pada tahun ini banyak perkara yang sudah dan  sedang berlaku. Penulis tidak mahu mengulas panjang dalam hal ini. Penulis hanya mahu menumpukan kepada perjalanan demokrasi PPMS sahaja. Kerana dengannya akan mengubah lanskap pentadbiran PPMS buat masa akan datang. Pada kali ini, sekali lagi penulis berpeluang melihat dan menilai perjalanan PRP yang bermula sejak 2minggu lepas. Bagi penulis ia masih awal untuk kita menilai dan member ulasan berkenaan perjalanan PRP kali ini.

DEWAN HELWI MENANG TANPA BERTANDING

Tapi yang memelikkan penulis buat kali k-5 adalah Dewan Helwi sudah menang tanpa bertanding. Penulis ucapkan syabas dan tahniahlah kepada calon-calon helwi yang menang. Moga antunna menjalankan tanggungjwab yang baik dan terbaik. Kempen belum bermula apatah lagi pembuangan undi dijalankan, dewan helwi dah dapat ketua dan exco helwi buat sesi 2009/2010. Dalam masa yang sama penulis dengar dari sahabat exco syabab PPMS, ramai calon dari akhawat yang menarik diri hatta yang menang tanpa bertanding pun nak tarik diri. Pelikkan?

Masa depan Dewan Helwi terletak kepada mahasiswi yang bermukim di bumi syam ini, jatuh bangun sesebuah organisasi adalah terletak kepada kepimpinan yang dipilih dan ahli yang setia di belakang. Kalau macam ini keadaan Dewan Helwi, nak cari calon atau exco pun susah, dalam masa yang sama, ahli helwi tidak memberikan sokongan dan dokongan. Maka secara peribadinya penulis katakan bahawa, masa depan Dewan Helwi sedikit kabur dan menghadapi saat-saat yang sukar digerakkan.

Kita dan Demokrasi PPMS

Demokrasi PPMS terus bergerak dan berjalan, walau apapun yang terjadi. Penglibatan penulis dalam PRP ini sama ada secara langsung ataupun tidak banyak memberi pengalaman dan mematangkan penulis. Dapat disimpulkan dari apa yang penulis paparkan di atas dan menjawab persoalan kepada 5 perkara pelik yang penulis katakan adalah seperti berikut:

  • Ahli tidak memahami dengan jelas permilihan mengunakan kaedah berpilihanraya
  • Ahli tidak agresif dalam memilih tampuk kepimpinan PPMS
  • Ahli tidak mengambil berat perjalanan PPMS
  • Syam ketandusan orang mahasiswa/wi untuk menerajui PPMS buat masa sekarang dan  akan datang
  • Ramai ahli yang tidak sanggup dan bersedia menerima amanah dan tangungjawab
  • Ahli yang malas berfikir, mengkaji, menyelidik dan membaca realiti dan suasana
  • Masih ada sifat kepuakan dan ketaksuban anak  negeri dan sek dalam diri ahli
  • Tidak pandai menghargai jasa dan pengorbanan PPMS dan sahabat sekeliling
  • Tidak ada sifat mahu memberi dan membalas, hanya ada sifat menunggu dan mengharap.

Semuanya ini penulis paparkan buat diri sendiri dan teman-teman pembaca sekalian. Bukan bermakna penulis mahukan suasana pilihanraya di Malaysia kita hidupkan di sini. Kerana pilihanraya di Malaysia berlaku pertembungan 2 kumpulan yang besar pemerintah dan pembangkang. Cuma apa yang penulis mahu dan harapkan adalah kita memberi nilai kepada sistem demokrasi berpilihanraya yang diamalkan oleh PPMS dalam masa yang sama, menjadikan ia sebagai medan untuk mematangkan kita dalam membuat sebarang keputusan dan pemilihan. Juga sebagai medan kecil kepada kita sebelum kita terjun ke medan yang lebih realiti dan praktikal.

 Hidup dan suburkan demokrasi berpilihanraya PPMS. Mahasiswa/wi adalah satu komuniti kecil yang matang dan mempunyai idelisme yang hebat. Apatah lagi umur PPMS sudah menjangkau 20 tahun, umur yang matang dan boleh bergerak dengan lebih agresif lagi buat masa akan dating. Ahli PPMS perlu terus memperkasa dan meningkatkan diri dari pelbagai sudut dan bidang pengajian dan kehidupan,. Moga PPMS mempunyai pimpinan yang hebat dan power buat satu masa nanti.

 Penulis kira, andai sahabat-sahabat di Mesir boleh berbangga dengan adanya PMRAM yang ma’ruf akan hebatnya pimpinan yang silih berganti, maka untuk seterusnya saya yakin dan optimis sahabat-sahabat di syria juga boleh berbangga dengan wujudnya PPMS yang di bawahnya wujudnya pelbagai fikrah dan pegangan dan anak negari yang berbilang! 

Categories: KITA DAN ISLAM
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: