Home > MINDA MUJAHID > Reading’s Campaign: “BORN TO BE A READER”

Reading’s Campaign: “BORN TO BE A READER”


Penulis tertarik dengan saranan dan cadangan yang dilontarkan oleh suaradamsyik.wordpress.com dalam postnya yang terbaru berkenaan kempen membaca. Di sini penulis postingkan sebagai sokongan kepada saranan dan cadangan tersebut. Dengan sedikit saranan dan tambahan dari penulis bagi menjayakan misi ini.

20072009Berdasarkan laporan kajian tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 2008 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca 12 buah buku setahun, berbanding hanya 5 muka surat setahun pada tahun 2004. Satu kajian juga telah dibuat terhadap ahli PPMS di Syria pada tahun 2008 memjelaskan bahawa ahli PPMS secara purata hanya membaca 2 buah buku setahun. Ini membuktikan bahawa amalan ‘membaca’ di kalangan ahli PPMS masih jauh ketinggalan berbanding rakyat di Malaysia sementelah negara-negara maju seperti Jepun.

Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu dan ini telah diperkukuhkan dengan turunnya wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5:

Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Intisari ayat ini merupakan asas penting untuk mengubah keadaan manusia daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya keilmuan. Imam al-Qurtubi turut mengutarakan bahawa permulaan wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW dan umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan.

Ia juga merupakan antara dasar utama yang menjadi misi kita dalam dunia keilmuan ini bagi membangunhebatkan setiap individu dikalangan kita. Justeru, penulis yang ‘melihat’ Islam itu di dalamnya tersirat 1001 macam keindahan ajarannya menggesa seluruh anggotanya mencari dan mendapatkan ilmu sama ada secara formal atau tidak formal dengan menjadikan membaca sebagai salah satu cara merealisasikannya.

Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan anggota yang inginkan perubahan, memurnikan fikrah dan pemikiran, meningkatkan kefahaman, memperkaya peribadi dan akhlak, mengasah minda menjadi lebih kritis dan kreatif. Sehubungan itu, penulis kali ini akan melancarkan kempen tahun membaca iaitu kempen 1 bulan 1 buku, 12 bulan 12 buku.

Semua ini bagi menggerakkan dan mengujakan ahli PPMS agar menjadikan ianya sebagai budaya dan terus sebati pada setiap masa dan keadaan yang mana akhirnya kita berjaya mencetuskan satu ‘gelombang membaca’ di bumi Syam ini, InsyaAllah.

WE LEAD YOU READ

Firman Allah Taala:

 Maksudnya:“ (lalu Kami perintahkan kepadanya): “Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah Engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang Segala Yang telah Engkau lakukan)”.

 Ini tambahan sokongan dari saya kepada para pmbaca, demi kelangsungan kepada mengwujudkan budaya membaca, menulis, mengkaji, menyelidik dan berwacana di kalangan ahli. Sehingga menjadikan diri kita ini sebagai pencandu membaca dan buku. Kata ust Riduan Mohamad Noor.

 Melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan budaya membaca sehingga terjananya kelompok pembaca yang membumi bukanlah suatu yang mudah apatah lagi melahirkan pencandu kepada bacaan. Berdasarkan laporan tabiat membaca yang kita dapat lihat dalam artikel di atas, jelas menunjukkan bahawa tahap pembacaan kita semua masih rendah dan perlu dijana dengan lebih sepadu agar dapat melahirkan masyarakat PPMS yang berilmu dan bermaklumat.

 Sejarah kegemilangan Islam telah memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Perkembangan ilmu pengetahuan telah melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan terulung antaranya Imam Syafi’e, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusydi dan ramai lagi. Tokoh-tokoh tersebut telah mewariskan kepada kita dengan pelbagai bidang keilmuan sebagai bukti dan motivasi bahawa tamadun keilmuan boleh muncul kembali. Suatu usaha harus digerakkan iaitu membudayakan tabiat membaca di kalangan ahli PPMS. Bagi melahirkan budaya membaca dalam persatuan kita, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan, antaranya ialah, dengan sokongan daripada semua :

 1.Usaha Menyedarkan Ahli kita Dan Memperbetulkan Sikap Pengabaian Minat Membaca, Wajar Digerakkan

 Usaha utama yang perlu dilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat yang malas membaca kepada cintakan ilmu pengetahuan dan minat membaca. Kempen untuk menyedarkan ahli Malaysia kepada tabiat membaca perlu diadakan secara lebih sistematik dan meluas. Kalau kita melihat pada bulan Julai setiap tahun, kerajaan Malaysia ada melancarkan kempen bulan membaca, bagi menggerakkan dan menyedarkan masyarakat, sementelah lebih-lebih lagi pembudayaan membaca dikalangan ahli sangat perlu agar menjadikan ianya terus sebati pada setiap masa dan keadaan.

 Saya sangat bersetuju dengan kempen “1 buku 1 bulan, 12 buku 12 bulan”  dan “10 minit 5 kali sehari” sebagai langkah permulaan bagi average(permulaan) ahli . Saya juga mencadangkan agar kita mewajibkan untuk semua ahli mempunyai buku ringan-santai, seperti Jihad Fisabilillah, karangan Ust Nasaruddin Tantawi dan Mengurus Kerja dan Waktu, karangan Ahmad Fadzli Yusof.

2.Mewujudkan Suasana Yang Boleh Mendorong Tabiat Membaca

Bagi mewujudkan suasana yang terarah kepada budaya membaca, saya mencadangkan agar :

  •  Mengwujudkan perpustakaan mini dalam rumah masing-masing yang boleh dihadiri dan dikongsi oleh sahabat-sahabat pada bila-bila masa.
  •  Tentukan masa. Anda harus menetapkan waktu khas beberapa kali dalam sehari untuk membaca selama 5-10 minit. Tidak kira apa sekalipun yang berlaku, anda harus membaca pada waktu tersebut. Misalnya, jadikan tabiat untuk membaca ketika setiap kali selepas selesai daripada solat, terus kita capai al-Quran dan baca 1 muka, kemudian kita ambil buku dan baca selama 10minit. anda telah membaca 5 kali sehari selama 10 minit. Semuanya berjumlah 50 minit dan ini adalah satu permulaaan yang cukup baik untuk membina tabiat membaca! Kalau waktu ini ditambah dengan membaca semasa sedang duduk-duduk (di dalam servis, bas, teksi etc) atau membaca sebelum tidur, maka jumlah pembacaan anda akan meningkat dari masa ke semasa.
  •  Sentiasa bawa buku bersama anda. Ke mana sahaja anda pergi, bawalah sebuah buku bersama-sama. Kata Babauta: “ke mana sahaja dia pergi, dia akan membawa sekurang-kurangnya lesen memandu, kunci dan buku. Buku tersebut akan berada di dalam kereta bersama-samanya, dibawa masuk ke pejabat, dikelek semasa hadir temu janji dan hampir ke mana sahaja, kecuali apabila berkunjung ke tempat yang dia benar-benar pasti buku itu tidak akan dibelek. Jadi, apabila ada waktunya anda perlu menunggu, misalnya ketika di jawazat untuk urusan tertentu, keluarkan buku dan nikmatilah ia.
  •  Tentukan sasaran dalam pembacaan. Tetapkan berapa lama anda mahu membaca dalam sehari atau berapa buah buku yang anda mahu baca dalam tempoh tertentu. Katakanlah sasaran anda sebuah buku sebulan, sebuah seminggu atau membaca hanya 30 minit sehari. Bermulalah dengan sesuatu yang boleh anda capai, tetapi masih memerlukan usaha anda untuk mencapainya. Apabila tabiat anda telah terbentuk, tentukan sasaran baru yang lebih mencabar.
  •  Simpan satu senarai buku. Buat satu senarai buku-buku yang ingin anda baca. Tanya sahabat atau rakan sekerja apa yang mereka baca. Perhatikan syor-syor tentang buku menarik dan terbaru di dalam majalah dan akhbar. Sebaik sahaja anda mula mencari tentang buku, anda akan menemuinya di mana-mana. Ini juga satu cara yang baik untuk meningkatkan semangat membaca. Dengan mengetahui buku apa yang menarik untuk dihadam, tabiat membaca anda akan semakin kukuh.

 3. Menggerakkan Penulisan Buku-Buku Ilmiah Yang Bermutu Dan Berkualiti

 Para ulama’, cendekiawan dan ilmuan perlu memainkan peranan penting dalam menghasilkan buku-buku ilmiah yang bermutu dan menterjemahkan buku-buku dari bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi ke dalam bahasa ibunda agar ianya dapat menjadi rujukan masyarakat. Secara tidak langsung ianya akan merancakkan aktiviti dakwah Islamiah. Saidina Ali R.A. pernah mengatakan : “Berbicaralah dengan manusia dengan apa yang mereka dapat mengetahuinya dan tinggalkanlah apa yang tidak mereka ketahui. Apakah kamu semua mahukan Allah dan Rasul-Nya didustakan?.

Buku-buku yang ditulis atau yang diterjemah akan memberi kesan secara langsung dalam menggandakan semangat membaca di kalangan masyarakat kita seperti yang berlaku di Negara-negara barat atau Negara-negara maju yang lain. Penulisan atau penterjemahan buku-buku ilmiah akan membolehkan masyarakat mempelajari agama dan keduniaan dengan lebih baik dan dapat diwarisi sepanjang zaman. Imam Syafi’e mengungkapkan:-

 ” اَلْعِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ  قَيْدٌ، قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِالْوَاثِقَةِ.

 Maksudnya: ” Ilmu itu (umpama) binatang buruan, tulisan itu (laksana) ikatan, ikatlah binatang buruan itu dengan kuat (agar ia tidak dapat lari).”

 

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: