Home > KITA DAN ISLAM > BEDAH BUKU: WAJAH BARU POLITIK MALAYSIA…Mujahid Yusof. Vol 1

BEDAH BUKU: WAJAH BARU POLITIK MALAYSIA…Mujahid Yusof. Vol 1


Snapshot_20091031_4

Semalam penulis menghabiskan sebuah buku politik tulisan seorang pimpinan PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bertajuk “WAJAH BARU POLITIK MALAYSIA”. Sangat menarik, berfakta dan sangat mencabar. Membongkar segala rahsia di sebalik apa yang berlaku selama 52 tahun Negara kita merdeka dan apa yang akan berlaku pada 50 tahun kedua Malaysia merdeka. Menceritakan kehebatan dan kepoweran sebuah parti politik Islam yang menjangkau usia 52 tahun dalam mengahadapi mehnah dan tribulasi perjuangan di Negara yang berbilang kaum, bangsa, adat resam dan agama.

Seperti mana yang kita maklumi, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan. Membenarkan kepelbagaian parti dan pertubuhan politik serta NGO dalam menyuarakan pendapat dan kehendak rakyat bawahan untuk didengari pimpinan Negara. Tetapi selepas 52 tahun Malaysia mengamalkan sistem ini, sejarah mencatatkan hanya sebuah parti sahaja yang memerintah dan mentadbir Negara.

Dalam masa yang sama, menghalang kelancaran pergerakan parti-parti politik lain khususnya parti pembangkang terbesar dan terlama (58 tahun) di Malaysia PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Terbaru, menguling dan merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Kita melihat beberapa buah Negara moden di dunia ini, yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya sejak sistem ini diperkenalkan. Sudah banyak kerajaan yang bersilih ganti dari parti pemerintah kepada parti pembangkang dan sebaliknya. Sebagai contoh terbaru, kita melihat apa yang berlaku dalam pilihanraya umum Jepun 2009. Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Asodari pemerintah Jepun tersungkur selepas 54 tahun memerintah dan di gantikan dengan parti pembangkang Parti Demokratik Jepun (DPJ).

Politik Malaysia terus meluncur laju dengan pelbagai isu dan fenomena politik yang dicetuskan. Penulis buku ini mahu mengajak para pembaca untuk mengenali PAS dengan bentuk dan gaya yang baru menerusi agenda yang direncana dan dirancang oleh Lajnah Perpaduan Nasional. Demi untuk menjadikan PAS sebagai perjuangan politik yang inklusif. . Antara persoalan yang di bincangkan:

Image008

1-     Bagaimana kemunculan politik pelbagai kaum di Malaysia?

Sejarah kewujudan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka adalah bermula tampak bbag kewujudannya pelbagai trend pemikiran dan dan bentuk fahaman politik. Fasa-fasa yang telah membawa impak besar kepada kewujudan Malaysia hri ini bolehlah disenaraikan seperti berikut:

A-     Fasa Kedatangan Islam di Malaka:

–          Kurun ke-12 atau ke 13 Islam mula bertapak di bumi Malaysia. Batu bersurat di Terengganu sebagai buktinya.

–          Raja dan institusi Istana adalah penaung dan pemutus dalam hal agama dan politik. Dan simbol kepada perpaduan.

B-     Fasa Penjajahan Kuasa Asing:

–          Penguasaan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun berlarutan selama hampir 400 tahun.

–          Kebangkitan kemerdekaan bermula. Parti kepartian tertubuh UMNO, PKMM dan Hizbul Muslimin.

–          Muncul elemen baru: kebanjiran 5000.000 orang Cina dan 230.000 orang India diterima dan mendapat warganegara Perseketuaan.( Statistik 1950).

 C-     Fasa Perjuangan Kemerdekaan:

–          Meletakkan Melayu dan Islam sebagai teras dalam perjuangan dan ideologi politik.

–          Lahirnya fahaman Nasionalisme, adalah sebagai manifesto politik orang Melayu dalam menentang penjajah.

–          Lahirnya politik kepartian berideologi. Kemunculan Liberalisme, Komunisme dan Sosialisme

–          Doktrin untuk membela bangsa masing-masing terbentuk dikalangan Melayu, Cina dan India.

–          Tahun 1949 Tertubuhnya MCA dan MIC pada tahun 1950.

 D-     Fasa Pasca-Kemerdekaan:

–          Pada 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah melayu mengecapi kemerdekaan

–           1965, Singapura keluar dari Persekutuan Tanah melayu. Mendapat tekanan dari Parti Tindakan Rakyat Cina (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew.

–          Malaysia mula mencari identiti sebagai bangsa berbilang kaum dan agama.

–          Melayu, Cina dan India mengerakkan kebangkitan menuntut hak-hak ke atas mereka selepas kemerdekaan.

–          MCA berpecah, tertubuhnya Gerakan.

 2-     Persoalan Melayu dan Politik Pelbagai Kaum:

–          Merasakan kita adalah satu rumpun dan bangsa (Melayu) adalah sunnatullah yang tidak boleh melampaui sifat kita sebagai manusia. Susah untuk berkongsi dengan bangsa lain. Tapi hakikatnya kita perlu menerima.

–          Trend pemikiran orang Melayu:

–          Ekstrim dalam memperjuangkan Melayu dengan luahan retorik politiknya yang beremosi dan penuh sentimen.

–          Ekstrim menjadikan Melayu sebagai inklusif dngan kaum lain. Retorik politik mereka adalah perjuangan untuk semua. Dan Melayu ditafsirkan mengikut hak dalam perlembagan.

–          Tanggapan Bukan Melayu:

  • Premis curiga: Curiga terhadap Melayu dalam member hak kesamarataan dari sudut warganegara, politik, pentadbiran dll.
  • Premis Bimbang: Kebimbangan dan ketakutanmereka akan hilangnya atau pupusnya ‘kekecinaan dan keindiaan’ mereka hasil dasar politik dan pendidikan yang pada tanggapan mereka akan menghakis identiti kaum mereka.

–          Pemikiran bukan Melayu terbentuk kepada isu melayu adalah di sebabkan pemerhatian dan pengalaman mereka terhadap amalan politik orang Melayu dan ia membentuk sikap-sikap politik mereka.

–          Mereka tidak membenci kepada Melayu tetapi benci kepada dasar-dasar yang dibentuk oleh pemimpin politik Melayu cth: DEB.

–          Tanggapan yang menarik: Islam Melayu=Melayu Islam dikalangan bukan Melayu. Tapi adakah tanggapan ini benar?.

3-     Pas Melangkah ke Era Mencabar:

Selepas 25 tahun PAS mengamalkan sistem Kepimpinan Ulama, menjadikan Islam yang di bawa oleh PAS lebih fundementelis dan bergerak secara futuristic serta tidak terkeluar dari landasan yang sebenarnya. Hasil dari kepimpinan ulama, PAS terus melebarkan sayapnya dan pengaruh kepada non muslim hingga ingin menjadikan mereka sebagai dewan dalam tubuh badan PAS.

 Menunjukkan kepada kita PAS sudah mula mengorak langkah memasuki gerbang dakwah dan politik dengan lebih besar dan lebih mencabar buat masa akan dating. Demi menjamin survival parti. Permasahalan dalaman perlu di selasaikan dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama PAS perlu memperteguhkan hubungan persahabatan mereka dengan teman-teman dalam Pakatan rakyat.

Image006

 4-     Pas Dalam Kancah Politk Pelbagai Kaum:

–          PAS parti politik yang beroperasi dalam suasana pelbagai kaum di Malaysia.

–          PAS berusaha menjadikannya sebagai parti berbilang kaum.

–          Dari sudut falsafah perjuangannya, PAS tidak mempunyai masalah yang besar dalam menjayakan misi ini, kerana:

  • PAS adalah parti yang menjadikan Islam sebagai asasnya. Dan Islam itu sendiri bersifat universal.
  • PAS membuktikan kesediaan dan keterbukaannya dalam menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan orang melayu dan bukan melayu. Angkatan Perpaduan Ummah, BA dan PR adalah bukti kemampuan PAS.
  • AS telah Berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS (KPP) dari kalangan Cina, India, Siam, Iban Dll.
  • PAS melalui aktivitinya memperjuangkan permasalahan pelbagai kaum.

–          Lajnah Perpaduan Nasional bertanggungjawab memastikan hubungan antara kaum di Negara ini berjalan dengan lancer.

 5-      Apakah strategik Pas dalam masyarakat berbilang kaum?

6-      Nak tahu apakah isu-isu fundalisme( asas) politik dalam Negara?

7-      Melayu, Cina dan India: PAS vs BN

8-       Apa tindakan kita (mahasiswa Syria) untuk mengisi kerangka Perpaduan Nasional

 

 

Categories: KITA DAN ISLAM
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: