READ DI HALABUNI BERSAMA TEMAN
Pada hari sabtu 7/1//2009 penulis bersama teman seminat Yusuf Abd Hamaid mengunjungi Halabuni untuk mencari kutub dan kutaib-kutaib terbaru. Dah menjadi kebiasaan penulis dan teman menziarahi masdar kutub syam tersebut. Kami dah tetapkan sebulan sekali untuk turun dan mencari serta melihat kitab-kitab terbaru di situ. Hati dan tension akan puas dan hilang bila menziarahi tempat tersebut. Kerana di situlah penulis mengetahui semua muallifun(penulis-penulis) yang hebat dan diakui keilmuan mereka dari segala pelusuk dunia dan memahami dengan lebih dekat uslub penulis mereka.
Banyak sangat input dan maklumat yang penulis dan teman dapat. Walaupun ada kalanya kami pergi tak pun membeli kitab(biasa poket tengah kering waktu tu) tapi just melihat kitab-kitab baru karangan ulama dan pewaris anbiyak. Dalam masa yang sama dapat membaca dengan cara percuma(secara tidak langsung) walaupun tidak habis satu buku, tapi kami sudah mengetahui senopsis buku tersebut dan mengetahui cesar tidak langsung apa yang ingin di sampaikan oleh penulis.
Pada kunjungan penulis kali ini, banyak buku- buku baru yang penulis dapat dan bagi menambah koleksi buru di maktabah peribadi serta dijadikan bahan rujukan dalam penulisan. Dari beberapa buku yang penulis perolehi dalam kunjungan kali, penulis nak kongsi bersama pembaca dan mengalakkan para pembaca untuk memeliki buku tersebut. Moga kita dapat menghidupkan suasana membaca dan dalam masa yang sama merancakkan lagi konsep IPO (Input-proses-ouput) dikalangan mahasiswa/wi kita di bumi syam ini.
Tajuk: Mar`ah Ad-dai`ah
Penulis: Dr Mohd Musa As-syarif
Dar Ibnu Khatir
Harga: 125lr
Kutaib ini penulis syorkan kepada semua mahasiswi- mahasiswi syam untuk memilikinya. Menceritakan bagaimana kita melahirkan serikandi yang fakih dan bersifat dai`. Beberapa halangan yang perlu dihadapi oleh mereka dalam dunia global dan mencabar serta beberapa panduan untuk melahirkan serikandi yang power dan best dari semua sudut dan bidang dalam kehidupan.
Boleh didapati di Dar minhaj, halabuni
Buku ini sangat menarik untuk mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai seorang dai` kepada Allah. Bagi mereka ingin mempertingkat potensi dan keupayaan diri dari sudut ilmu dan pengetahuan serta mahu mengetahui apakah ilmu-ilmu dan bahan-bahan dakwah yang di perlukan oleh masyarakat sekarang. Sebagai contoh sebagai seorang dai` ia perlu menguasai ilmu nasf iaitu ilmu psaikologi. Kerana dengan ilmu tersebut kita akan menguasai madu` dengan mudah dan dakwah kita akan lebih berkesan.
Harga: 300lr, Darul Qalam
Buku ini adalah salah satu buku yang di beli oleh Tok Guru Hj Hadi Awang ketika beliau menziarahi Syam pada bulan lepas. Dan menjadikannya sebagai rujukan untuk buku terbaru beliau berkenaan dengan Sistem Pentadbiran Negara Mengikut Khalifah Ar-rasyiddin. Jadi ia menjadi minat penulis untuk memiliki buku tersebut. Penulis sudah dapat jangka pembaca sudah mengetahui apakah yang mahu di bahaskan oleh penulis dalam buku ini berdasarkan tajuk yang tertera di buku ini.
Buku yang menarik
Buku terbaru tentang permasalahan Palastin
We lead , you read