Home > MINDA MUJAHID > Memanusiakan Manusia

Memanusiakan Manusia


 

Oleh: Muhammad Mujahid Bin Mohd Mohtar

 Catman[1]

(Foto di atas bukanlah foto dari manusia aneh keturunan harimau tapi benar-benar manusia normal yang dioperasi)

Firman Allah Taala dalam surah Al- Isra`, ayat: 70:

Maksudnya: ” Dan sesungguhnya, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami memberi kepada mereka rezeki dari yang sebaik-baik dan kami lebihkan mereka di atas banyak mahkluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”

 Kejadian penciptaan manusia mengambarkan kepada kita bahawa Allah S.W.T adalah pencipta yang cukup agong dan hebat. Ia bertepatan dengan ketetapan Allah untuk menjadikan seorang ketua atau khalifah untuk mentadbir alam ini mengikut landasan yang telah ditetapkan olehNya. Allah Taala jugalah yang memberikan kedudukan dan kemulian kepada makhluk yang bernama manusia untuk bergerak bebas dalam menguruskan kehidupan mereka di dunia ini.

 Tetapi sekarang, konsep penciptaan manusia itu sudah terpesong jauh dari landasan dan kejadiaan mereka yang sebenarnya. Untuk bergerak dengan lebih jauh, penulis mahu mengajak para pembaca untuk berfikir sejenak kepada maksud dan makna sebenar manusia itu sendiri dan apakah maksud yang tersirat disebalik perkataan memanusiakan.

Adakah makna manusia itu hanya mempunyai tubuh badan yang sempurna? atau adakah manusia itu yang hanya pandai bertutur kata dan bergerak bebas? atau adakah manusia itu hanya pada pangkat, harta, dan kemewahan dunia sahaja?.

Dari maksud dan makna yang termaktub dalam kamus dewan bahasa, manusia membawa maksud makhluk yang mempunyai akal budi, dan jenis yang tinggi sekali (nilai) antara segala haiwan. Memanusiakan adalah menjadikan seseorang mempunyai sifat-sifat manusia yang mulia. Manusia yang sebenar adalah mereka yang dikurniakan tubuh badan dan akal fikiran yang dapat mebezakan hak dan batil. Juga akal fikiran yang dipandu serta disuluh oleh hidayah Tuhan untuk menuju jalan yang lurus.

 Dari maksud yang dinyatakan. Menunjukkan bahawa manusia itu sendiri membawa erti yang hebat dan tepat. Ia bertepatan dengan kejadian fazikal dan spitural manusia itu sendiri. Ini kerana proses kejadian manusia itu sendiri mengambarkan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian di muka bumi ini. Bukti yang jelas telah digambarkan oleh Allah Taala dalam Al-Quran surah Al-mukminun ayat:12-16.

 Maksudnya: ”Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging. Kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian kami balut tulang–tulang itu dengan daging. Setelah sempyrna kejadian itu kami bentuk ia menjadi mahkluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Penciptaan. Kemudian, sesungguhnya kamu akan di bangkitkan hidup semula pada hari kiamat”.

 Ayat di atas, membawa pembaca untuk merenung dan berfikir tentang kehebatan penciptaan manusia. Ia menunjukkan  ketinggian dan kedudukan martabat manusia itu kalau mahu dibandingkan penciptaan makhluk lain. Manusia telah dianugerahkan oleh Allah satu kemulian dan penghormatan yang tinggi untuk menjadikan mereka  sejenis makhluk yang betul-betul layak memegang amanah yang telah diamanahkanNya. Sebagai khalifah.

 Penciptaan manusia telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Allah Taala. Tiada ayat yang khusus yang menerangkan tentang penciptaan dan kejadian makhluk secara keseluruhan melainkan manusia. Ini menunjukan kemulian yang ada pada manusia itu.

 Al-Quran telah menerangkan kepada kita proses kejadian menusia secara peringkat demi peringkat, bermula daripada tanah kepada nutfah hinggalah menjadi individu baru. Meneliti proses kejadian ini, merupakan sesuatu yang menarik. Di samping ketakjuban kepada fungsi  daripada sekecil-kecil sel, kepada tisu, organ, dan akhirnya membentuk sistem tubuh yang lengkap, kita seharusnya peka bahawa semua ini telah dijelaskan kebenaran risalah nubuwwah menerusi Al-Quran dan Hadis sejak dulu lagi.

 Ayat ini juga telah menyanggah penerimaan dakwaan teori Evolusi Darwin yang mendakwa bahawa manusia berasal daripada beruk, kemudian melalui proses evolusi yang akhirnya menjadi manusia yang sempurna. Namun penyebarannya melalui media massa akhirnya manusia daripada hakikat asal kejadian bahawa kita berasal daripada tanah. Ianya dijelaskan melalui firman Allah S.W.T:

 Maksudnya: ”Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah”      

 Bukan sekadar itu sahaja, bahkan manusia itu juga telah diangkat darjat mereka dari makhluk-makhluk lain dari segala aspek kehidupan dan kemudahan. Manusia boleh makan tumbuh-tumbuhan, ikan, daging, beburung, buah-buahan, kekacang dan lain-lain lagi yang tidak semua makhluk dalam dunia ini boleh berbuat demikian. Hatta Malaikat sendiri tidak ketahap itu, walaupun kita tahu merekalah makhluk yang taat serta patuh dan tidak pernah ingkar kepada perintah Tuhan. Ayat-ayat dibawah menjadi bukti dan dalil akan kemulian Allah pada manusia.

 Firman Allah dalam surah Al-Jaatsiyah ayat: 13 yang berbunyi,

 Maksudnya: ”Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya. (sebagai rahmat) dari padaNya. Sesungguhnya pada yang bemikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.”

 Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 32-34:

 Maksudnya: ”Allahlah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki kamu, dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar di lautan dengan kehendaknya. Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. Dan Dia telah menundukkan pula bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya), dan telah menundukkan bamimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan bagimu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan padanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia pula itu sangat zalim dan sangat menginkari (nikmat Allah).   

 Firman Allah Taala dalam surah Al- Isra`, ayat: 70:

 Maksudnya: ” Dan sesungguhnya, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami memberi kepada mereka rezeki dari yang sebaik-baik dan kami lebihkan mereka di atas banyak mahkluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”

 Tetapi, kenapakah manusia itu tidak sedar lagi dan mahu berfikir? Mereka masih tidak mahu bersyukur dan berterima kasih pada Penciptanya. Bahkan mereka menentang dan melawan segala hukum dan perintahNya. Lebih tragis dan dashyat dari itu mereka sanggup mencabar hukum Allah dan mengantikan dengan hukum serta ideologi ciptaan manusia sebagai menunjukkan keingkaran dan keangkuhan mereka. Adakah mereka sudah lupa pada peringatan Allah dalam surah Al-Waqiaah ayat 58-59, bahawa mereka itu hanya diciptakan dari setitis air mani yang tergantung sahaja?.

 Maksudnya: ”(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?. Adakah kamu yang menciptakannya atau kami yang menciptanya”.

 Diakui bahawa, manusia itu yang sengaja menempah bahana dan sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah yang dianugerahkan pada mereka. Sebagai manusia yang lemah dan dhoif, kita perlu ingat bahawa setiap yang apa kita lakukan untuk kepuasan hidup ini hanyalah nikmat sementara sahaja. kalau kita mahu sombong dan angkuh pada Allah, ia tidak sedikit pun menjejaskan kestabilan politik dan martabat Allah bahkan menjadi bahana dan kemudaratan yang besar pada kita.

 Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat: 42,

 Maksudnya: ”Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mara (mereka) terbeliak”.

 Oleh kerana manusia itu tidak sedar dan berlagak dengan title ’manusia’ yang diberikan kepada mereka. Mereka menjadikan kehidupan dan dunia ini sebagai tempat untuk melakukan segala kerosakan dan kefadatan serta menjadikan bumi yang subur ini sebagai kem untuk merancang dan melakar strategi untuk melawan dan menentang perintah dan hukum Tuhan. Mereka juga merasakan bahawa merekalah yang paling hebat dan berhak menguasai bumi dan dunia ini. Dan menundukkan manusia secara zalim pada kehendak dan menurut hawa nafsu mereka dalam melakukan kerosakan di muka bumi ini.

 Kita melihat perjalanan kehidupan manusia sejak berabad lagi, telah melakarkan dalam sejarah dan ketamadunan manusia bahawa merekalah makhluk yang paling bengis dan zalim kepada semua makhluk yang mendiami dunia ini khususnya kepada manusia itu sendiri. Bahkan boleh kita katakan bahawa manusia itu lebih bersifat kebinatangan dari jenis binatang biasa kerana mereka sudah dikurniakan oleh Allah dengan 1001 nikmat dan kurniaan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ia telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam Al-Quran surah Al-Araf, ayat:179:

 Maksudnya: ”…Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat (terpesong) lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah”.

 Contoh yang penulis boleh bawakan kepada para pembaca, adalah bagaimana manusia sanggup membunuh dan meletupkan manusia lain demi untuk memuaskan hawa nafsu binatang mereka. Seperti apa yang berlaku kepada beberapa peristiwa dalam sejarah umat manusia khususnya umat Islam. Peristiwa berdarah yang dilakukan oleh Soviet Union pada tahun 1917-1918  ke atas umat Islam di Wilayah Khukand  telah menyebabkan kematian 1juta nyawa, harta benda mereka dirampas, tempat kediaman dan tanaman mereka dimusnah dan dibakar, berlakulah selepas itu, kebuluran dan wabak penyakit yang berlarutan hingga bertahun lamanya yang meningkatkan kadar kematian hampir 20 juta.

 Kenang kembali, masih ingatkah sahabat tentang peristiwa perang balas bom atom (Amerika) pada tahun 1945 di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun atau ia lebih dikenali gelaran dengan Pearl Harbour. Jutaan nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan ini dan kemusnahan harta benda serta kawasan yang masih dapat terasa kehangatannya sehingga hari ini. Dan peristiwa berdarah yang berlaku kepada umat Islam di perkhemahan Sabra dan Syatila. Dilakukan oleh tangan-tangan Zionis pimpinan Areal Sharon pada tahun 1982 yang meragut nyawa hampir puluhan ribu manusia, ia termasuk orang tua, wanita, dan kana-kanak.

 Peristiwa pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh Tentera Nazi pimpinan Adolf Hitler penakluk, peneraju kuasa paksi dalam Perang Dunia Kedua, keatas umat manusia di Jerman dan negara sekitarnya terutama bangsa yahudi, malapetaka buatan manusia ini telah mengorbankan 130 ribu nyawa dan yang terbaru, penjajahan dan penaklukan tentera Amerika keatas negara umat Islam di Afghanistan, Iraq, dan lubnan. Pada tahun 1999 sehingga 2006 yang mengorbankan jutaan nyawa yang tidak berdosa. Semua peristiwa ini telah meninggalkan episod ngeri yang mendalam dalam lipatan sejarah tamadun kemanusian.

 Firman Alla Taala dalam surah Ar-Rum, ayat: 41:

 Maksudnya: ”Telah nampak kerosakkan di darat dan di laut kerana disebabkan kerana tangan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ( ke jalan yang benar)”.

 Inilah secebis contoh yang penulis bawakan untuk tatapan penbaca, ia bukan bermakna tidak ada lagi peristiwa-peristiwa besar lain yang berlaku dalam sejarah ketamadunan dan peradaban manusia. Dengan contoh ini, ia sudah memadai untuk kita mengetahui dan menilai kembali sejauh mana sifat dan perbuatan manusia yang tidak bersifat perikemanusiaan. Mereka hanya tunduk dan patuh pada hawa nasfu mereka sahaja tanpa memikirkan keadaan dan mereka yang ada di sekeliling mereka. Dengan kata lain, mereka manusia yang paling berkuasa diatas muka bumi ini.

 Akibat dari perbuatan ini, ia adalah punca kepada kehinaan dan hilangnya kemuliaan pada manusia. Ditambah lagi dengan kerosakkan yang dilakukan oleh manusia kepada makhluk-makhluk lain dan penciptaan ediologi-ediologi  yang memusnahkan keadaan   sekeliling. Melenyapkan terus kedudukan dan martabat manusia yang berakal itu dari title mereka sebagai manusia dan mereka yang memerintah alam ini.

Maka kesudahannya, segala perkara yang berlaku di atas muka bumi ini dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesarnya yang menimpa manusia adalah balasan Allah pada mereka. keadaan yang berlaku sekarang sudah tidak dapat dibendung lagi bahkan, bahkan manusia itu sendiri tidak menjumpai keadah atau cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dan cara bagaimana untuk mengatasinya. Gejala sosial yang melanda seluruh umat manusia, virus yang melanda seperti HIV, JE, Selsema Burung, Jerebu, masalah pemerintahan kemiskinan, kebuluran dan banyak lagi adalah balasan Allah Taala pada manusia yang tidak berpegang dengan ajaran dan arahanNya. Ia jelas diterangkan di dalam Al-Quran. 

 Firman Alla Taala dalam surah Ali Imran ayat:112:

 Maksudnya: “Mereka diliputi dengan kehinaan d imana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang dengan tali (agama)  Allah dan (tali perjanjian dengan manusia), dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu, kerana mereka kafir ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas”.

 Sesungguhnya, mengejar kehidupan dunia ini adalah satu tuntutan kepada kita khususnya mereka yang bergelar manusia. Ditambah lagi dengan tanggungjawab yang diberikan kepada manusia sebagai penghulu untuk mentadbir muka bumi ini. Tetapi sudah diingatkan oleh Allah dalam Al-Quran dan SunnahNya supaya kita tidak  melampaui batas kemanusiaan dan mezalimi diri sendiri serta makhluk lain khususnya sesama manusia. Kerana Kehidupan kita sebagai manusia ini adalah sementara untuk kembali kealam yang kekal abadi. Dunia ini juga boleh diumpamakan sebagai syurga bagi orang-orang kafir dan penjara bagi orang-orang yang beriman.

 Jikalau kita melihat kebinasaan yang banyak berlaku ini adalah berpunca dari mereka yang tidak beriman pada Allah Taala, maka oleh yang demikian, merekalah manusia yang paling banyak melakukan kezaliman dan penindasan kepada manusia dan melakukan kemurkaan dan keingkaran kepada Maha Pencipta. Merekalah manusia yang bertopengkan binatang, ia ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran surah Al-Anfal, ayat: 55 yang berbunyi: 

 Maksudnya: “Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang kafir, kerana mereka itu tidak beriman (menderhakai Allah)”.

 Jelaslah kepada kita, bahawa manusia ini mampu melakukan lebih dari apa yang mereka hajati. Dan untuk memanusiakan manusia bukanlah susah seperti mana yang kita sangkakan. Tetapi ia perlu kepada satu tindakan yang hikmah dan perancangan yang ilmiah untuk mengembalikan manusia itu kepada manusia dan mereka yang bersifat berperikemanusiaan. Kaedah-kaedah untuk mengembalikan manusia kepada manusia yang sebenar seperti mana yang dijelaskan oleh Allah dan As-sunnah adalah:

 1. Mengembalikan manusia kepada landasan kehidupan yang sebenar yang berpaksi kepada Al-Quran dan As-Sunnah dari pelbagai aspek kehidupan ini.

 2. Mengenalkan manusia tentang kehidupan dan urusan-urusan alam semulajadi ini. Urusan-urusan keduniaan seperti pertanian, perniagaan, perubatan, perindustrian dan sebagainya tidak boleh dipisahkan dengan urusan agama.

 Kesimpulannya, manusia itu perlu kembali kepada hadaf dan matlamat akan kewujudan mereka dimuka bumi ini. Melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah Taala dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Dan mereka perlulah berpegang teguh dengan tali Allah (agama) dalam setiap gerak-geri mereka dan segala urusan kehidupan mereka. Kerana dengan beragama itu adalah satu-satunya jalan untuk manusia menjadi sejenis makhluk yang paling mulia dan tinggi darjatnya disisi Allah S.W.T amnya dan disisi makhluk lain amnya. Apatah lagi mereka yang betul-betul bertakwa kepadaNya, maka akan diangkat lebih tinggi lagi darjatnya disisi penduduk dunia dan seisinya.

 Firman Allah Taal dalam suruh Al-Hujurat, ayat: 13 yang berbunyi:

 Maksudnya: ”Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal”.

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: