Home > ISU DUNIA > “TURUNLAH KAMU KE BANDAR KERANA DI SANA KAMU BOLEH DAPATI APA YANG KAMU MINTA ITU”

“TURUNLAH KAMU KE BANDAR KERANA DI SANA KAMU BOLEH DAPATI APA YANG KAMU MINTA ITU”


Maksudnya:

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, Kami tidak sabar (sudah jemu) Dengan makanan Yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi Kami sebahagian dari apa Yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu Yang kurang baik Dengan meninggalkan Yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa Yang kamu minta itu“. dan mereka ditimpakan Dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat Yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tidak ada alasan Yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Mesir (Bahasa Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Israel serta Laut Mediterranean dan Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km, kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah. Ayat di atas menunjukkan kepada kita mesir adalah negara yang telah dijanjikan oleh Allah Taala akan pemberian nikmatnya yan tidak terhingga. Segalanya Allah Taala kurniakan kepada bangsa mesir. Asbabul Nuzul ayat di atas menceritakan bahawa para pengikut nabi Allah Musa `alaihi Salam merungut dan meminta pertolongan kepadanya untuk di berikan kesenangan yang sementara walhal mereka sudah dijanjikan kesenangan yang kekal abadi. Dari ayat di atas penulis dapat keluar beberapa fiqhul Ayah untuk tatapan dan renungan kita bersama:

1-      Menunjukkan kepada kita cintanya seorang nabi kepada umatnya. Inginkan kesenangan yang kekal abadi di alam yang fana.

2-      Umat yang tidak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada mereka. Walaupun mereka di lepaskan oleh Allah dari cengkaman Firaun durjana.

3-      Allah Taala tidak pernah mengira dan mengungkit apa yang telah di berikannya kepada hambanya. Walaupun hambanya tidak pernah bersyukur dan berterima kasih. Kerana Dia tidak rugi apa-apa, sebaliknya yang mendapat kerugiaan adalah hamba-hambanya.

4-      Mesir mempunyai segala-segalanya, samaada kebaikan dan keburukan. Adanya nabi Allah Musa dan Nabi Allah Harun, adanya juga Firaun dan Namrud. Terdapatnya Al-Azhar As-syarif, juga terdapatnya Pramid Sphinx.

5-      Mesir adalah lubuk makanan dunia, segalanya terdapat di sini

6-      Setiap umat yang kufur akan mendapat balasannya, tetapi umat Nabi Muhammad S.A.W di lewatkan Azab kepada mereka walaupun mereka bukan sahaja tidak bersyukur bahkan melanggar dan menentang hukumNya. Tidak terfikirkah anda?

Dari awal penulis menjejakan kaki di sini, ada beberapa perkara yang ingin openulis dapatkan di sini, baik dari sudut ilmunya atau lain-lain. Walaupun bagi tanggapan penulis ia sangat sukar bahkan  mustahil untuk diperolehi, Antara perkara yang ingin penulis perolehi adalah menziarah Muasis Ikhwanul Muslimin dan bertemu dengan Mursyidul Am Ikhwan sekarang Syeikh Dr Mahdi Akef tetapi Penulis yakin dan percaya penulis akan dapat dan menemuinya. Berdasarkan Firman Allah Taala pada tengah ayat di atas:

“Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa Yang kamu minta itu

Categories: ISU DUNIA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: