Home > MINDA MUJAHID > READ: MENDEKATI ULAMA DAN PARA WALI

READ: MENDEKATI ULAMA DAN PARA WALI


Alhamdulillah… bersyukur kepada Allah kerana di beri kesempatan membelek sebuah buku karangan seorang akhi Ahmad lutfi Bin Abd Wahab Al-Idrisi Al-Linggi. Sangat kagum dan tersentak hati penulis. Itulah yang penulis dapat simpulkan dari penelitian dan pembacaan penulis kepada buku ini. Kagum dan tersentaknya hati penulis berpaksikan kepada 3 perkara:

1.Wujudnya seorang penulis dan penyusun yang sangat tinggi kejuhudan dan semangatnya. Tapi tidak wujudnya insan yang sama di bumi Syam. Sedangkan bumi syam juga mendapat gelaran Ardhul Anbiyak Wal Auliyak.

2. Mesir mempunyai satu persatuan yang cukup hebat dan matang dalam melahirkan intelektual Islam yang berjiwa kental dalam mengharungi onak duri di kota metropolitan. Membuka peluang dan ruang kepada semua Negara-negara Asea berpancak dalam bidang penulis. 3. Mesir menpunyai tembok pelindung yang cukup ampuh yang hingga di menaungi dan melindungi keaslian dan peradaban Islam. Dari sinilah lahirnya kepelbagian kehebatan ulama dan Auliyak di seluruh seantero dunia.

4.Mesir itu sendiri sudah di sebut sebagai negeri tempat untuk beribadat dan  yang selamat dan negeri yang menempatkan tentera yang gagah dalam mengawal perbatasan hingga ke akhir zaman.

Firman Allah Taala:

“Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): “Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan Jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang Yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)”.Surah Yunus: 7

“Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di Dalam aman”.Surah Yusuf: 99.

Ulama dan Auliya Allah

Mesir mendapat jolokan anbiyak kerana mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kesenian Islamnya yang hebat serta unik dan kesan-kesan peninggalan para Nabi Allah dan waliNya.

Sangat kagum penulis dengan penulis. Kita ketepi dahulu perkara-perkara yang negetif dan apa yang kita dengari berkenaan Ardhul Kinanah ini. Kerana kalau kita bersifat taasub dan jumud serta hanya memikirkan hanya Syam sahaja yang mempunyai kepelbagaian kehebatana dan kepoweran, penulis bimbang kita akan mendapat satu kerugian seumur. Perkara yang kita dengar tidak sama apa yang kita alami, rasai dan lihat sendiri.

Penulis sangat tersentuh dan penulis baru tahu bahawa bumi ini sangat ramai maqam auliyaknya serta anbiyaknya. Tetapi selepas membaca buku ini, masyaallah…. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara yang terdetik dalam hati kecil penulis. Rasa malu, dhoif, lemah, terlalu jumud menyelubungi diri. Sangat jauh diri ini dengan mereka, apatah lagi mahu menghampiri kekasihNya Khatimul Anbiya. Tidak ada bahasa penulis dapat tintakan di sini untuk mengatakan bertapa jauhnya penulis denganNYA. Ya Allah……

Tapi penulis merasa yakin dengan apa yang penulis perolehi dari pembacaan penulis tentang isi kandungan buku ini. Isi kandungan yang penulis mahu kongsi bersama para sahabat di bumi Syam yang di kasihi dan di rindui. Antara:

Diriwatkan Oleh Abu Nu`man,. Abdullah Ibnu Umar R.A.H Berkata:

“Barangsiapa yang ingin meniru, hendaklah ia meniru perjalanan orang yang sudah mati, iaitu perjalanan para sahabt nabi Muhammad SAW. Kerana meraka itulah sebaik-baik umat ini, dan sebarsih-bersihnya hati, sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan dan seringan-ringan penanggungan. Mereka itulah suatu kaum yang telah dipilih Allah Taala untuk menjadi para sahabatNabiNya SAW dan bekerja untuk menyebarkan agamanya. Kerana itu, hendaklah kamu mencontohi kelakuan meraka ikutilah perjalanan mereka. Mereka itulah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berdiri di atas jalan yang lurus demi Allah Taala yang memili kaabah”

Maka oleh yang demikian, dengan apa yang di sabdakan oleh Baginda akan menjadi pedoman dan panduan untuk kita mendekati dan menyulusuri perjalanan para Salafus Soleh. Dengan kita meniru dan berjalan mengikut perjalanan mereka, memudahkan kita mendekati para AnbiyakNya sekaligus mendekat dan merapatkan diri kepada-NYA.

Seperti kata Syeikh Saiyydi Madi Abu A`zaim: “Lapangkanlah waktu kamu untuk mengingati akan jasa-jasa ulama-ulama terdahulu”.

Berkata Imam Abu Hanifah: “hikayat-hikayat tentang ulama dan kebaikan-kebaikan mereka lebih aku sukai daripada banyak ilmu fiqh kerana ia adalah adab ahli kaum Sufi.

Renungilah teori ini…berilah pandangan tentang apa yang terlintas dari benak dan pemikiran sahabat pembaca sekalian

Anbiya + Auliya (Ulama dan Salifus Soleh) + Tullabul Syar`I = Dunia Islam Terbntuk

Tullabul Syar`I + Auliya (Ulama dan Salifus Soleh) – Anbiya = Dunia Islam Terbntuk

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: