Home > ISU DUNIA > THE BIG READ DI BIBLIOTEKA ALEXANDRINA

THE BIG READ DI BIBLIOTEKA ALEXANDRINA


Membaca di ruang buku-buku politik

Antara tempat yang ingin di lawati oleh mindamujahid adalah sebuah tempat yang menjadi kebanggaan dan kemegahan bagi negara Mesir khususnya masyarakat mereka yang mendiami di Iskandariah iaitu Biblioteka Alexandrina. Ia merupakan sebuah perpustakaan dan pusat kebudayaan yang terletak di persisiran pantai Laut Mediterranean di bandar raya Iskandariah, Mesir. Biblioteka ini merupakan bangunan peringatan Perpustakaan Iskandariah purba yang dimusnahkan dan sesuatu usaha menghidupkan semula kegemilangan Perpustakaan itu.

Biblioteka Alexandrina mempunyai lebih dari lapan juta buah buku, dan luas kawasan membaca ialah 70,000 m2 di sebelas tingkat. Bangunan itu juga mempunyai sebuah pusat persidangan, perpustakaan dikhususkan untuk golongan buta, kanak-kanak, tiga muzium, empat galeri seni, sebuah planeterium, serta sebuah makmal pemulihan manuskrip.

Banyak perkara yang penulis dapat dari lawati penulis ini ke maktabah tersebut yang di katakan juga adalah maktabah k-2 terbesar di Benua Afrika. Dalam pengiraan penulis, memang benar juga kenyataan tersebut. Apabila penulis bersama kakak tersayang melangkah masuk ke dalam maktabah tersebut. Kalau berjalan sahaja sambil mengambil gmabar sebagai kenangan akan mengambil masa selama 3 jam. Apatah lagi masuk membaca, mengkaji, menyelidik dan melayari internet. Caba bayangkan berapa banyak masa yang akan di gunakan.Penulis tidak melepaskan peluang membaca dan bergambar. Apatah lagi buku-buku yang terdapat dalam maktabah tersebut sangat-sangat susah untuk kita dapati di luar dan di tempat lain. Menziarahi maktabah ini sangat meninggalkan kesannya yang sangat besar dalam diri penulis dan kakak yang tersayang kerana beberapa sebab:

1-Menginsafkan diri yang dhoif ini akan kehebatan serta keagungan ilmu dan makrifah Allah Taala.

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. Surah Al-kahfi:109.

2- Menunjukkan kegemilangan dan ketamadunan Islam dalam semua bidang kehidupan khususnya bidang kelimuan. Tetapi akhirnya barat yang mendapat segala-segalanya daripada kita. Selepas umat Islam di hina oleh Maha Penciptanya.

3- Tidak layak rasanya diri ini untuk meletakkan nama sebaris dalam golongan mereka yang menjadi pencandu kepada buku dan bahan bacaan. Juga merasa diri ini sangat tidak layak untuk mengelarkan diri sebagai Tullabul Syar`i kerana tidak menepati piawaian untuk mendapatkan status tersebut . YA Allah……

4- Dapat menghayati falsafah di sebalik: “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk)”, “ Read: you`ll conquer the world”, “Born to be a leader atau Reader”. Sangat sarat maksudnya.

5- Pengembaraan dalam dunia keilmuan masih dan sangat jauh. Tidak ada ukuran sejauh mana ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dalam diri ini. Kitab yang berada di rak rumah pun masih belum dapat di habiskan, apatah lagi 8 juta buah buku dalam maktabah ini.

Tetapi `alla kulli halnya, penulis mahu kongsikan apa yang penulis perolehi dari pembacaan penulis dari beberapa buah buku yang penulis sempat membaca dan membeleknya. Walaupun hanya beberapa buah buku sahaja berbanding lapan juta buah buku yang terdapat di maktabah tersebut, sudah memadai bagi penulis untuk berkongsi bersama para pembaca sekalian. Tapi apa yang penulis paparkan ini adalah kebanyakan buku-buku yang berkisar Siasah(maafla, hati ini lebih cenderung kepada siasah).

Buku ini sangat sesuai kepada mereka yang bercita-cita ingin menjadi seorang ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri

P/S: Kepada mereka yang ingin melihat perpustakaan iskandariah ini, anda boleh melayari dan melihatnya dengan lebih dekat:http://video.youtube.com/videosearch?hl=ar&source=hp&q=perpustakaan+iskandariah&um=1&ie=UTF-

Categories: ISU DUNIA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: