Archive
PENULIS SUDAH BERJAYA MENAKLUKI PIRAMID DUNIA
MOGA ALLAH TERUS MEMBERI KEKUATAN KEPADA DIRI INI UNTUK MENERUSKAN LIKU-LIKU DALAM DUNIA PERJUANGAN INI…..JALAN YANG PENULIS PILIH INI ADALAH JALAN PARA PEJUANG ISLAM INSYAALLAH……….. YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA KU
MENUJU MEMORI PPMS…..MeMbeRPPMS 2010
KEPADA SEMUA AHLI PPMS, ANDA DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRI PROMRAM ANJURAN PPMS YANG JULUNG-JULUNG KALI DI ADAKAN INI. MAKLUMAT PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
PADA: 2 JANUARI 2010
HARI SABTU
PUKUL: 8.00 PAGI-7.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN NIQABAH MUALLIMIN, JAMIAH DIMASQH
KEHADIRAN ANDA, ADALAH BERMAKNA ANDA BERSAMA PPMS
“KITA PPMS, PPMS KITA”
1431H/2010M: Islam Makin Tercabar……
Artikel ini penulis tulis ketika berlaku peperangan kemuncak dan serangan yahudi ke atas umat Islam di semenanjung Gaza.dah hampir setahun artikel ini ditulis dan dah hampir setahun peristiwa itu berlalu. Semua tersemat tersimpan dalam lipatan sejarah penindasan ke atas umat Islam. Penulis harap para pembaca mengambil segala apa yang penulis sampaikan dan ketepikan semua ayat-ayat yang tidak bertepatan dengan keadasan sekarang. Selamat membaca dan selamt tahun baru kepada semua teman-teman seperjuangan sekalian
Kita semua kini sudah berada dalam garisan permulaan. Garisan permulaan yang akan membawa kita kesatu era yang sangat mencabar. Kita adalah PIC utama yang membawa baton dan mengakhiri larian pada tahun baru ini. Kenangan dan memori tahun 2009M/1430H sudah meninggalkan kita dengan pelbagai cerita dan peristiwa. Khususnya dalam dunia Islam.
Peristiwa dan kejadian yang berlaku di dunia ini diumpamakan seperti segulung biji tasbih. Ia berterusan dari tahun-tahun yang sebelum ini. Semakin cepat kita gerakkan kiraan biji tasbih itu semakin cepatkanlah ia berputar. Begitu jugalah dengan kehidupan ini. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Dunia dan umat Islam terus ditindas dan dizalimi. Bermula dari barat hingggalah ke timur dan dari selatan hinggalah ke utara. Di mana sahaja umat Islam berada di situlah kezaliman dan penindasan terjadi. Read more…
AMANAT Dr Yusuf al-Qaradhawi UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Ditulis oleh Harakahdaily |
MONDAY, 21 DECEMBER 2009 03:07 |
Kira-kira 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi malam tadi.
Dr Yusuf yang tiba kira-kira jam 7 petang, kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjamaah bersama-sama makmum yang menunggu beliau sejak jam 6 petang lagi. Bagaimanapun, tokoh pemikir Islam dari Mesir itu kelihatan tidak begitu sihat hanya mengimamkan solat dengan keadaan duduk di atas kerusi. Urusetia juga ketika itu, mengingatkan kepada hadirin agar tidak mendekati beliau dengan lebih rapat supaya dapat memberi ruang kepada Dr Yusuf untuk menyampaikan syarahan dengan lebih jelas dan selesa. Turut hadir mendengar syarahan tersebut adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Abdul Ghani Shamsuddin. Dr Yusuf yang baru sahaja dianugerahkan tokoh Ma’al Hijrah pada tahun ini kelmarin, menyampaikan syarahan perdana yang menyentuh tentang pengajaran yang diperolehi oleh umat Islam dalam peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Syarahan beliau memakan masa selama dua jam, bermula kira-kira 7.35 malam termasuk terjemahan syarahannya yang dipimpin oleh Abdul Ghani. Read more… |
BINGKISAN DARI YAMAN:“Berdakwahlah dengan hikmah” – Dr. Abdul Karim Zaidan
Oleh: Imran al-Malizi
Dalam bingkisan minggu ini, saya ingin menyambung sedikit lagi pesanan daripada guru kami, Dr. Abdul Karim Zaidan berkenaan dengan usaha islah dan dakwah yang menjadi tanggungjawab para ulama dan pendakwah Islam khususnya di negara kita.
Menyentuh mengenai kesan globalisasi terhadap dunia Islam dan pengaruhnya ke atas golongan muda, saya menyebut tentang para pemuda-pemudi di Malaysia yang banyak berkiblatkan negara-negara Barat dari segi cara berpakaian dan mengamalkan cara hidup yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam.
Dr. Zaidan meletakkan tanggungjawab memperbaiki keadaan ini kepada para ulama dan pendakwah. Katanya, “Demi Allah, para ulama perlu menasihati mereka itu bahawa tidak boleh melakukan perkara yang haram.. (nasihatlah mereka) dengan kata-kata yang lembut. Firman Allah Ta’ala: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (al-Nahl: 125)
Kemudian Dr. Zaidan menggalakkan agar para ulama dan pendakwah supaya terus menghidupkan kelas-kelas pengajian, ceramah, seminar dan menyebarkan buku-buku berkaitan dakwah Islam.
Beliau juga menyeru agar usaha dakwah ini dijalankan kepada golongan muda dengan lemah lembut dan dilakukan secara berperingkat demi peringkat, dari masa ke semasa. Sebolehnya, hendaklah dielakkan daripada bercakap perkara-perkara yang terlalu besar bagi mereka untuk menerimanya. Read more…
FAKEH SYAFIE + DA`I BANNA=ULAMA NEGARAWAN
Di samping makam Imam Muhammad Bin Idris As-Syafie di Qaryah Saidatina Aisyah, Kaherah. Al-Fatihah
kitab Al-Um dan Ar-risalah rujukan kepada dunia Islam
Makam Imam Mujadid Harakah Islamiyyah, Kaherah. Al-Fatihah
Usul 20 dan Risalah At-taalim sumber inspirasi kebangkitan ummah