Archive

Archive for 21/12/2009

BINGKISAN DARI YAMAN:“Berdakwahlah dengan hikmah” – Dr. Abdul Karim Zaidan

Oleh: Imran al-Malizi

(imran_almalizi@yahoo.com)

Dalam bingkisan minggu ini, saya ingin menyambung sedikit lagi pesanan daripada guru kami, Dr. Abdul Karim Zaidan berkenaan dengan usaha islah dan dakwah yang menjadi tanggungjawab para ulama dan pendakwah Islam khususnya di negara kita.

Menyentuh mengenai kesan globalisasi terhadap dunia Islam dan pengaruhnya ke atas golongan muda, saya menyebut tentang para pemuda-pemudi di Malaysia yang banyak berkiblatkan negara-negara Barat dari segi cara berpakaian dan mengamalkan cara hidup yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam.

Dr. Zaidan meletakkan tanggungjawab memperbaiki keadaan ini kepada para ulama dan pendakwah. Katanya, “Demi Allah, para ulama perlu menasihati mereka itu bahawa tidak boleh melakukan perkara yang haram.. (nasihatlah mereka) dengan kata-kata yang lembut. Firman Allah Ta’ala: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (al-Nahl: 125)

Kemudian Dr. Zaidan menggalakkan agar para ulama dan pendakwah supaya terus menghidupkan kelas-kelas pengajian, ceramah, seminar dan menyebarkan buku-buku berkaitan dakwah Islam.

Beliau juga menyeru agar usaha dakwah ini dijalankan kepada golongan muda dengan lemah lembut dan dilakukan secara berperingkat demi peringkat, dari masa ke semasa. Sebolehnya, hendaklah dielakkan daripada bercakap perkara-perkara yang terlalu besar bagi mereka untuk menerimanya. Read more…

Categories: ISU DUNIA