Archive

Archive for 31/12/2009

PENULIS SUDAH BERJAYA MENAKLUKI PIRAMID DUNIA

MOGA ALLAH TERUS MEMBERI KEKUATAN KEPADA DIRI INI UNTUK MENERUSKAN LIKU-LIKU DALAM DUNIA PERJUANGAN INI…..JALAN YANG PENULIS PILIH INI ADALAH JALAN PARA PEJUANG ISLAM INSYAALLAH……….. YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA KU

Categories: MINDA MUJAHID

MENUJU MEMORI PPMS…..MeMbeRPPMS 2010

KEPADA SEMUA AHLI PPMS, ANDA DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRI PROMRAM ANJURAN PPMS YANG JULUNG-JULUNG KALI DI ADAKAN INI. MAKLUMAT PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:

PADA: 2 JANUARI 2010

HARI SABTU

PUKUL: 8.00 PAGI-7.00 MALAM

TEMPAT: DEWAN NIQABAH MUALLIMIN, JAMIAH DIMASQH

KEHADIRAN ANDA, ADALAH BERMAKNA ANDA BERSAMA PPMS

“KITA PPMS, PPMS KITA”

Categories: KITA DAN ISLAM

1431H/2010M: Islam Makin Tercabar……

Artikel ini penulis tulis ketika berlaku peperangan kemuncak dan serangan yahudi ke atas umat Islam di semenanjung Gaza.dah hampir setahun artikel ini ditulis dan dah hampir setahun peristiwa itu berlalu. Semua tersemat tersimpan dalam lipatan sejarah penindasan ke atas umat Islam. Penulis harap para pembaca mengambil segala apa yang penulis sampaikan dan ketepikan semua ayat-ayat yang tidak bertepatan dengan keadasan sekarang. Selamat membaca dan selamt tahun baru kepada semua teman-teman seperjuangan sekalian

Kita semua kini sudah berada dalam garisan permulaan. Garisan permulaan yang akan membawa kita kesatu era yang sangat mencabar. Kita adalah PIC utama yang membawa baton dan mengakhiri larian pada tahun baru ini. Kenangan dan memori tahun 2009M/1430H sudah meninggalkan kita dengan pelbagai cerita dan peristiwa. Khususnya dalam dunia Islam.

Peristiwa dan kejadian yang berlaku di dunia ini diumpamakan seperti segulung biji tasbih. Ia berterusan dari tahun-tahun yang sebelum ini. Semakin cepat kita gerakkan kiraan biji tasbih itu semakin cepatkanlah ia berputar. Begitu jugalah dengan kehidupan ini. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Dunia dan umat Islam terus ditindas dan dizalimi. Bermula dari barat hingggalah ke timur dan dari selatan hinggalah ke utara. Di mana sahaja umat Islam berada di situlah kezaliman dan penindasan terjadi. Read more…

Categories: MINDA MUJAHID