Home > MINDA MUJAHID > 1431H/2010M: Islam Makin Tercabar……

1431H/2010M: Islam Makin Tercabar……


Artikel ini penulis tulis ketika berlaku peperangan kemuncak dan serangan yahudi ke atas umat Islam di semenanjung Gaza.dah hampir setahun artikel ini ditulis dan dah hampir setahun peristiwa itu berlalu. Semua tersemat tersimpan dalam lipatan sejarah penindasan ke atas umat Islam. Penulis harap para pembaca mengambil segala apa yang penulis sampaikan dan ketepikan semua ayat-ayat yang tidak bertepatan dengan keadasan sekarang. Selamat membaca dan selamt tahun baru kepada semua teman-teman seperjuangan sekalian

Kita semua kini sudah berada dalam garisan permulaan. Garisan permulaan yang akan membawa kita kesatu era yang sangat mencabar. Kita adalah PIC utama yang membawa baton dan mengakhiri larian pada tahun baru ini. Kenangan dan memori tahun 2009M/1430H sudah meninggalkan kita dengan pelbagai cerita dan peristiwa. Khususnya dalam dunia Islam.

Peristiwa dan kejadian yang berlaku di dunia ini diumpamakan seperti segulung biji tasbih. Ia berterusan dari tahun-tahun yang sebelum ini. Semakin cepat kita gerakkan kiraan biji tasbih itu semakin cepatkanlah ia berputar. Begitu jugalah dengan kehidupan ini. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Dunia dan umat Islam terus ditindas dan dizalimi. Bermula dari barat hingggalah ke timur dan dari selatan hinggalah ke utara. Di mana sahaja umat Islam berada di situlah kezaliman dan penindasan terjadi.Penulis mahu mengajak para pembaca untuk kita berfikir dan merenung kembali peristiwa yang berlaku dari 1/1/2009 hinggalah 31/12/2009. Secara kasarnya, penulis melihat dan menilai. Keadaan umat Islam semakin mendapat tekanan dan penindasan diseluruh pelusuk dunia dari sekecil-kecil perkara hinggalah mengulingkan kerajaan pemerintah. Semua ini berlaku adalah disebabkan api roh kebangkitan umat Islam semakin membara dan menyala. Atas dasar inilah, kuasa besar dunia merancakkan lagi serangan ke atas Islam dan umat Islam. Kerana musuh umat Islam semakin panas punggung dan hilang arah dari hari ke hari.

Dalam pelbagai isu yang berlaku dalam dunia ini, penulis simpulkan bahawa ia adalah rencana dan perancangan dari musuh umat Islam yang menguasai dunia dan segala isinya. Maksud istilah lain Company seperti dalam filem Prison Break.Yang ingin menguasai dunia dengan sistem politik dan ketenteraan dengan membonekakan orang terbaik dimata dunia. kita melihat serangan demi serangan keatas umat Islam. Samaada berbentuk ketenteraan seperti peperangan di Afsganistan, Iraq, Patani dan yang terbaru di semenanjung Gaza. Begitu juga dengan sistem pertadbiran dan politik.

Peristiwa dan kejadian yang berlaku di Afsganistan, Iraq, Pakistan, Chechnya, Sudan, Palastin, Patani, Indonesia, Malaysia dan beberapa buah negara lagi, Adalah Negara Umat Islam yang menjadi sumber utama kepada berita-berita utama dunia samaada yang disiarkan melalui media elektronik dan media cetak massa. Ia menunjukkan kepada kita tentang permasalahan umat yang dimainkan oleh kuasa dunia untuk memaklumkan kepada dunia merekalah yang benar dan paling berkuasa. Dan ia juga menjadi hikmah kepada kita untuk terus bersama mereka dan menyedarkan pemimpin-pemimpin umat Islam yang rakus mengumpul harta dan kekayaan.

Penindasan dan kekejaman terus berlaku hinggalah tahun 2008/1430 melabuhkan tirainya. Kita dihidangkan dengan kemasukan beramai-ramai tentera Zionis ke semenanjung Gaza untuk meratah dan menghirup daging dan darah umat Islam Gaza. Pada hari penulis menulis artikel ini, sudah masuk hari ke-5 serangan tentera utara dan darat tanpa henti tentera Israel keatas mereka dan mengorbankan hampir 400 orang yang tidak bersalah serta mencedera parahkan 1000 orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Semua masyarakat dunia menoleh dan memberi perhatian kepada isu ini. Negara-negara membangun terus menghantar pasukan bantuan kesihatan dan keselamatan. Dalam masa yang sama mereka terus menyuarakan kitidkpuasana hati mereka melalui sistem yang di benarkan samada media dan himpunan aman. Seluruh dunia mengadakan demontrasi membantah dan mengutuk tindakan tentera Israel itu. Tapi semua ini adalah sia-sia sahaja.

Kerana pemimpin Umat Islam yang berjiran dengan Palastin dan negara-negara umat Islam lain hanya di umpamakan seperti “tengkorak hidup” hanya diam membisu seribu bahasa untuk membantu rakyat Gaza. Hanya mengadakan persidangan meja bulat (Liga Arab dan OIC) sahaja dengan tiada tindakan dan perlakasanaan. Tapi dalam masa yang sama, mereka membantu dan membuka sempadan bagi memmudahkan kemasukan tentera laknatullahialaih itu.

Penulis tidak menafikan ada beberapa negara umat Islam memberi bantuan dan pertolongan. Sebagai contoh, Syria. Tetapi adakah berbaloi dengan menghantar 50 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan? Dalam masa yang sama, kabinet Ehud Olmert meluluskan penghantaran 6500 tentera Israel yang lengkap bersenjata ke semananjung Gaza atas alasan untuk membasmi penganas Hamas. Apa pandangan pembaca tentang persoalan penulis ini? adakah ia hanya untuk mengaburi mata kita? Penulis tidak menyoalkan keikhlasan mereka. Tetapi melihat kepada pendirian dan tindakan mereka sebelum ini menyebabkan penulis dah putus harap dan merasa marah. Merekalah punca kita membenci mereka.

Sepatutnya kepada merekalah, kita perlu mengadakan demontrasi dan tunjuk perasaan. Untuk mereka turun dari takuk pemerintahan. Atau mengharapkan mereka memerintah dan mentadbir mengikut acuan Islam serta mengamalkan negara berkebajikan dan adil. Dan perkara yang sepatutnya kita lakukan kepada tentera Israel adalah dengan menghantar bala tentera untuk menyerang mereka dan membantu saudara kita di Gaza. Dengan bantuan yang sebenarnya.

Inilah yang kita harapkan, bukanlah kita mengadakan demontrasi dan berarak di jalanan. Pemimpin umat Islam seluruh dunia hanya membisu dan memekakkan telinga. Kerana baik mereka baik manusia, buruk mereka buruklah manusia keseluruhannya. Di sebabkan merekalah rakyat tidak peka dan wa`i dengan apa yang berlaku di Gaza dan umat Islam seluruhnya. Inilah cabaran kepada umat Islam yang sebenarnya. Ia melebihi dari Yahudi, Kristian dan musuh-musuh umat Islam yang lain

Sabda Rasulullah S.W.A:

“Dua golongan manusia: apabila mereka baik maka baiklah manusia semuanya, sekiranya rosak dan buruk mereka maka rosak dan buruklah manusia semua. Mereka itulah Umara`(pemerintah) dan Ulama`.”

Tapi kita jangan lupa, pada tahun ini. saru peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia bahkan kata sebahagian manusia, ia mustahil untuk berlaku. Kuasa besar dunia dibalakan oleh Allah Taala dengan keruntuhan dan kejatuhan sistem ekonomi kapitalisme yang mereka asaskan. Krisis kejatuhan ekonomi ini cukup membagi keasa yang besar kepada mereka dan negara yang mengamalkan system ini. kuasa Allah boleh berlaku kepada siapa sahaja.

Menunjukkan kepada kita bahawa bukan Islam sahaja yang mendapat cabaran tetapi musuhnya pun dapat apa yang kita dapat. Hikmah isu ini kepada umat Islam, adalah untuk musuh mereka berpaling dan menoleh serta memberi fokus kepada cara untuk menyelesaikan isu mereka  serta mengurangkan tekanan dan penindasan dari musuh mereka yang dimobalisasikan oleh mereka dan menunjukkan sistem Islam adalan yang syumul dan berkekalan higga akhirnya.

Di Malaysia secara khususnya, kita melihat perjalanan politik Islam sama juga.Tapi masih dapat dikawal dan  bergerak dengan caranya tersendiri. Semua ini bergerak dengan lebih agresif selepas harakah Islamiah di Malaysia mendapat kenengan yang di luar jangkaan dan memberi tumbukan yang padu kepada parti pemerintah yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sekelurisme. Ia memberi impak dan kesan yang baik kepada perjalan politik umat Islam di Malaysia.serta memberi peringatan kepada pemimpin kerajaan supaya kekuasaan bukan hak mutlak mereka semata-mata.

Rakyat umat Islam Malaysia juga memasuki gerbang tahun 2010M/1431H dengan pelbagai cabaran dan tribulasi. Mereka dihidangkan dengan kedatangan pilihanraya kecil N36 Kuala Terengganu. Menuntut mereka untuk berjihad dengan pelbagai cara bagi memenangkan calon harakah Islamiah. Adakah sejarah kegemilangan PRK Permatang Pauh, Lunas dan Arau akan berulang? atau kita akan mendapat apa yang berlaku di PRK Ijok dan pengkalan pasir? Semuanya ini menjadi tanda tanya yang akan terjawab pada 17-1-2009 nanti. Inilah cabaran pertama dan utama kepada harakah Islamiah di Malaysia pada permulaa tahun ini.

Secara hakikatnya, bukanlah penulis mahu mengajak para pembaca untuk melihat dari sudut ini sahaja agama Islam di Malaysia di ancam dan main-mainkan. Tetapi lebih dari itu yang ramai di kalangan kita khususnya dan rakyat Malaysia amnya tidak tahu dan tidak ambil berat. Walaupun sebahagian daripada isu-isu yang akan di paparkan ini telah dibicarakan secara terbuka sama ada dalam media massa, seminar, forum, dan ceramah tetapi masih ramai yang belum memahami secara jelas perkara ini.

Ini disebabkan terdapat usaha yang dilakukan secara terncang untuk menutup isu-isu berkenaan daripada pandangan umum dan diketahui oleh masyarakat awam terutamanya umat Islam. Isu-isu yang penulis akan dedahkan ini diadalah untuk membuka minda dan hati kita untuk sama menanggapi dan menanganinya demi kepentingan akidah umat Islam dan sebagai maklumat kepada pembaca, dari sudut apakah umat Islam dan Islam di cabar dan ditentang di bumi kita tercinta. Dengan kefahaman yang jelas dan betul.

Secara umumnya, ada 5 ancaman yang sangat besar dan  paling bahaya yang mengugat kestabilan dan kedudukan umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Penulis akan senarai dan ringkaskan kepada para pembaca. Semua isu ini adalah kesinambungan dari isu-isu yang lepas dan berjalan serta menjalar hingga masuk ke gerbang tahun baru ini. bahkan semakin parah dan dashyat.

Isu pertama: Menafikan Islam sebagai agama Rasmi Negara. Sudah termaktub dalam Perlembagaan Perseketuaan Malaysia agama Islam adalah agama rasmi negara. Semua bangsa perlu tunduk dan patuh dalam soal ini. namum begitu, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikai tetapi digugat oleh pelbagai pihak dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuaan. Ini akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam dan umat Islam di Malaysia

Isu kedua: Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Atau Inter  Faith Commission(IFC). Telah dicadangkan oleh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu , dan Sikh (MCCBCHS). Tetapi ia gagal ditubuhkan secara berdaftar kerana tidak mendapat sokongan dari NGO-NGO Islam kecuali Sister In Islam (SIS) dan mendapat tentangan yang cukup hebat dari umat Islam seleuruh Malaysia. Kalau penubuhan IFC menjadi realiti, ia akan mengancam kedudukan dan menghakis akidah orang Islam di Negara ini. ini kerana matlamat utama penubuhan IFC adalah untuk meminda mengubah beberapa perkara-perkara asas dalam agama Islam .

Isu Ketiga: Road Show Kumpulan Artikel 11. adalah satu kumpulan yang ditubuhkan untuk mempertikaikan dan memansuhkan beberapa peruntukan yang terkandung dalam artikel ini yang melarang masyarakat bukan Islam menyebarkan ajaran mereka kepada orang Islam dan meminta supaya membuka seluas-luasnya hak kepada siapa sahaja untuk menganut dan mengamalkan mana-mana agama. Perbuatan kumpulan Artikel 11 mengadakan road show seperti forum dan seminar di beberapa buah negeri Pulau Pinang. Johor dan Selangor telah mencetuskan ketegangan dan menggangu keharmonian kaum dan agama.

Isu keempat: Mencabar Kewibawaan Mahkamah Syariah, memorandum yang dihantar oleh menteri kabinet bukan Islam kepada Perdana Menteri Dato Sri Abdullah Badawi supaya meminda perkara 121(1A) mengenai bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk mengadili kes-kes yang berkaitan dengan Islam. Perkara 121(1A) mengatakan dengan jelas pemisahan antara hak kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Mengikut peruntukan dalam perkara 121, Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam urusan Mahkamah Syariah.

Kalau ini diterima, ia akan memberi kesan yang cukup besar kepada saudara baru yang baru memeluk Islam dan mempertikaikan status agama baru mereka. Isu kontroversi perebutan jenazah Muhamad bin Abdullah atau M.Moorthy, disusuli dengan Nyonya Tahir, Rafiq Shazwan atau R.R Mahendran. Dalam keempat-empat kes ini hanya satu kes iaitu Muhammad Abdullah sahaja yang memihak kepada Islam. Manakala  yang lain memihak kepada keluarga masing-masing yang bukan Islam.

Begitu juga dalam kes murtad. Kes seperti Aisyah Bukhari, Hartina Kamaruddin, Siti Mariam, Mohamad Ismail, Siti Salmiah Abdullah Halim, Hajee Ismail bin Suppiah@ Salim, Fadzillah Mustafa, Othman Narasiman Abdullah dan Habibbamma Abbdullah dan yang paling kontroversi adalah dalam kes Lina Joy atau Azlina Jailani.Yang meminta dibuang perkataan Islam dalam kad pengenalanya hingga ia dibawa ke Mahkamah  Persekutuan. Dalam kes Lina Joy ini, ia mempunyai implikasi daripada segi Perlembagaan Persekutuan kerana di dalam Artikel 160, orang melayu di tafsir sebagai beragama Islam Semuanya. Ini menunjukkan kepada kita, bahawa kewibawaan dan keizzahan Mahkamah Syariah kini semakin hari semakin tercabar dan terhakis.

Isu kelima: Ancaman Pemikiran Islam Liberal, Pluralisme dan Fahaman Sekularisme. Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme semakin menular dan meresapi hampir semua pemikiran umat Islam di Malaysia  ia didokong oleh sekumpulan intelektual Islam yang mendapat pendidikan dari barat. Pada mereka semua agama adalah sama di mana perbezaan hanya pada cara sampai kepada tuhan yang satu. Mereka ini bebasa bergerak kerana mendapat support yang dari pihak kerajaan yang berfahaman secular. Di anatara NGO yang paling giat memperjuangkan pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme ini ialah Sister Is Islam (SIS) yang telah melakukan kecaman terbuka kepada golongan alim ulama.

Golongan ini juga memperjuangkan kebebasan dan persamaan hak di antara lelaki dan wanita. Mereka juga telah mempertikaikan hukum hakam yang terdapat di dalam Islam sebagai tidak adil dan menindas golongan wanita. Mereka menolak poligami dan melancarkan kempen satu lelaki seorang isteri. Kempen ini mendapat sokongan daripada pihak kerajaan BN.  Pemikiran ini ternyata sangat merbahaya dan boleh mengancam akidah orang Islam.

Inilah sebahagian kronologi dari pelbagai isu dan peristiwa yang berlaku. Yang mengugat kedudukan agama Islam dan ketuanan umat Islam di Malaysia. Usaha untuk mengugat agama Islam dan mencabar hak serta  kedudukan umat Islam dukan sahaja datangnya daripada kalangan NGO bukan Islam. Tetapi juga datang daripada pelbagai pihak dan individu yang mengelarkan diri mereka dengan slogan kami pembela dan pendokong agama. Inilah cabaran kita yang sebenarnya.

Secara kesimpulannya, kita melihat Islam semakin hari semakin dikecam dan dihantam dari pelbagai sudut dan bidang. Di seluruh pelusuk dunia dengan caranya tersendiri. Sejarah telah menunjukkan kepada kita roda perjalanan agama Islam dari ia ditanzilkan higgalah sekarang akan sentiasa mendapat cabaran, mehnah dan tribulasi. Sunnatulllah memang begitu (bukan golongan Ustaz/zah Sahaja). Agama Islam itu datang asing dan kembali pun asing maka beruntunglah golongan yang asing ini. Jadilah kita mahasiswa Islam yang akan merencanakan dan menguasai pembentukan taqwim perjalanan hari-hari pada tahun ini dengan membawanya mengikut acuan Islam yang sebenarnya dan moga kita tergolong dalam golongan yang diberitakan oleh junjungan besar kita Muhammad S.W.A.

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: