Archive
TARBIAH AGENDA KITA BERSAMA. Vol 1
Selepas setahun (2009) misi ini diperkenal dan dilancarkan oleh lajnah Tarbiah dan Dakwah PPMS pada sesi lalu, yang pada waktu itu dikepalai oleh Ust Nasruddin Noori, baru penulis dapat merasakan bahawa tarbiah ini adalah agenda kita bersama. Walaupun penulis sudah mengenali dunia dakwah dan tarbiah ini sudah hampir 10 tahun (2000-2010), tapi merasakan bahawa tarbiah ini adalah tanggungjawab dan tugasan kita bersama selepas misi dan tema ini digempakkan pada sesi lepas dan diteruskan pada tahun ini oleh Biro dan Lajnah Pembangunan Insan sebagai tema rasmi sebagai mempasakkan lagi aktiviti tarbiah dan perkederan
Penulis merasa sangat bersyukur dan bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk berada dalam gerakkan Islam di Malaysia, kerana dengan terlibatnya penulis dalam gerakan ini, mengenalkan penulis bahawa Islam itu bersifat syumul dan universal. Di dalamnya ada tarbiah, dakwah dan politik. Dan lebih bersyukur lagi kerana diberi peluang untuk menjayakan misi dan konsep ini bersama teman-teman pada tahun lepas dan akan berazam untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi menjayakan misi ini buat tahun ini dan masa-masa akan datang. Apatah lagi selepas penulis menghadiri Induksi Nuqaba Murabbi dan berikrar untuk menjadikan usrah dan tarbiah ini agenda bersama dan menjadi darah daging dalam kehidupan ini.
Pada 8 tahun yang lalu, penulis tidak pernah di beri tanggungjawab dan amanah secara rasmi atau terlantik untuk membawa misi dan agenda tarbiah, samaada di peringkat sekolah, universiti, persatuaan dll, maka penulis merasakan atas dasar inilah kenapa penulis baru tahu dan sebelum ini tidak dapat merasakan bahawa tarbiah ini adalah agenda bersama. Mungkin kerana penulis sibuk dengan jawatan atau potfolio yang khusus yang diberikan yang menyebabkan penulis hanya menumpukan kepada jobscop atau bidang tugas bagi jawatan yang diberikan. Dan tidak merasakan dalam semua jawatan dan potfolio ada fungi tarbiah dan dakwah tapi kenapa penulis dan kita semua tidak menyedarinya dan memikirkannya. Paling kurang pun, diri orang yang memegang jawatan dan potfolio lain selain tarbiah itu dengan automatiknya memerlukan kepada tarbiah dan muhasabah kalau bukan dalam bidang tugas bagi potfolionya. Read more…
KITA PPMS, PPMS KITA: MISI YANG MASIH KABUR
“Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.” SURAH ALI IMRAN: 159
“KITA PPMS, PPMS KITA” adalah satu tema yang telah di amanahkan oleh Timbalan Presiden dan Timbalan Ketua Helwi untuk menjayakannya. Secara umumnya, Ia adalah bertujuan untuk mendekatkan ahli yang jauh dari ppms supaya terlibat dan menyertai PPMS secara langsung atau tidak lansung dengan aktiviti dan program PPMS. Antara tujuan lain selain dari tujuan di atas adalah:
- Menanam rasa kebersamaan dan kerjasama ahli dalam menggerakkan misi, visi serta halatuju PPMS pada tahun ini iaitu “PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN”
- Memanfaat dan memperkasakan institusi BKAN sebagai persatuan yang bernaung di bawah PPMS dalam setiap majlis yang dianjurkan. Hingga ahli merasakan PPMS itu adalah BKAN dan BKAN itu adalah PPMS.
- Mencari dan mengali di setiap pelusuk kota Syam, ahli PPMS yang masih jauh dengan PPMS dan BKAN dan berusaha untuk mendekati mereka.
- Berusaha untuk menghilangkan segala mind set dan persepsi negatif ahli kepada PPMS dari segala kefahaman yang salah dan bercelaru.
- Mengwujudkan suasana persaudaraan sesama muslim
Sebagai penutup, marilah kita sama-sama berdo’a dan mengharapkan agar apa yang telah dirancang diberkati oleh Allah S.W.T dengan dipermudahkan segala gerak kerja kita. Sesungguhnya Allah sahajalah yang sebaik-baik perancangan. Kerjasama daripada semua pihak amat dialu-alukan, semoga segala usaha yang bakal dicurahkan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah. InsyaAllah
Sekretariat BKAN dan Sistem Mas`ul 2010
PASAK PERPADUAN, GEMPUR PERUBAHAN
TIMBALAN PRESIDEN / TIMBALAN KETUA HELWI PPMS 2010
(Sekretariat BKAN dan Sistem Mas`ul)
STRUKTUR ORGANISASI:
KETUA: Ust Muhammad Mujahid Mohd Mohtar
TIMBALAN KETUA: Ustz Nur Siddiqah Abd Majid
AHLI JAWATANKUASA: Ust Yusof Abd Hamid
Ustz Nur Syuhada Nordin
Ustz Rabaah Adawiyah Ahmad@Yunus
Semua YDP/PAH BKAN
Semua Penasihat dan Mas`ul
TEMA:
” Kita PPMS, PPMS Kita” Read more…
PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” DARI PERSPEKTIF KEPELBAGAIAN AGAMA DAN BANGSA DI MALAYSIA
Olahan dan sisipan pandang tentang isu ini dari mindamujahid
Pendahuluan
Allah (Allaahu) ( الله ) adalah kata dalam bahasa arab yang merujuk pada “tuhan“. Kata ini lebih banyak dikenal sebagai sebutan tuhan oleh penganut agama Islam. Kata ini sendiri dikalangan para penutur bahasa arab, adalah kata yang umum untuk menyebut tuhan, terlepas dari agama mereka, termasuk penganut Yahudi dan Kristen arab. Konsekuensinya, kata ini digunakan dalam terjemahan kitab suci agama Kristen dan Yahudi yang berbahasa arab, sebagaimana pula terjemahan Al-kitab dalah bahasa Indonesia dan Turki.
Nama Allah
Berdasarkan keterangan : Allaahu ismun li dzaatil wajibul wujuud artinya : Allah itu adalah sebuah nama kepada sesuatu yang pasti ada keberadaannya (eksistensi). Jadi jelaslah Allah itu adalah sebuah nama kepada sesuatu yang wajib untuk dilayani dengan sebenar-benarnya, karena berdasarkan keterangan
Allaahu ismun li dzaati ma’budi bi haqq artinya : Allaah itu adalah sebuah nama kepada sesuatu yang wajib dilayani (ma’budi) dengan sebenar-benarnya pelayanan (ibadah).
Allah Dalam Islam
Dalam Islam, Allah adalah satu-satunya tuhan (tanpa sekutu) 112:1, sang pencipta, tuhan dari Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yakub, sebagaimana juga tuhan dari Musa, Dawud, Sulaiman, Isa dan Muhammad (semoga rahmat dan shalawat dilimpahkan kepada mereka semua).
Menurut F.E. Peters, ” Al Qur’an menyatakan 29:46, Muslim memercayai, dan sejarawan menyetujui, bahwa Muhammad dan pengikutnya menyembah tuhan yang sama dengan yang disembah Yahudi”. Allah-nya Al Qur’an adalah tuhan sang pencipta yang ada dalam kisah Ibrahim. Peters mengatakan bahwa Al Qur’an menggambarkan Allah lebih berkuasa dan jauh dibandingkan dengan Yahweh, dan juga merupakan tuhan universal, tidak seperti Yahweh yang lebih dekat dengan bangsa Israel. Read more…