Home > KITA DAN ISLAM > PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” DARI PERSPEKTIF KEPELBAGAIAN AGAMA DAN BANGSA DI MALAYSIA

PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” DARI PERSPEKTIF KEPELBAGAIAN AGAMA DAN BANGSA DI MALAYSIA


Olahan dan sisipan pandang tentang isu ini dari mindamujahid

Pendahuluan

Allah (Allaahu) ( الله ) adalah kata dalam bahasa arab yang merujuk pada “tuhan“. Kata ini lebih banyak dikenal sebagai sebutan tuhan oleh penganut agama Islam. Kata ini sendiri dikalangan para penutur bahasa arab, adalah kata yang umum untuk menyebut tuhan, terlepas dari agama mereka, termasuk penganut Yahudi dan Kristen arab. Konsekuensinya, kata ini digunakan dalam terjemahan kitab suci agama Kristen dan Yahudi yang berbahasa arab, sebagaimana pula terjemahan Al-kitab dalah bahasa Indonesia dan Turki.

Nama Allah

Berdasarkan keterangan : Allaahu ismun li dzaatil wajibul wujuud artinya : Allah itu adalah sebuah nama kepada sesuatu yang pasti ada keberadaannya (eksistensi). Jadi jelaslah Allah itu adalah sebuah nama kepada sesuatu yang wajib untuk dilayani dengan sebenar-benarnya, karena berdasarkan keterangan

Allaahu ismun li dzaati ma’budi bi haqq artinya : Allaah itu adalah sebuah nama kepada sesuatu yang wajib dilayani (ma’budi) dengan sebenar-benarnya pelayanan (ibadah).

Allah Dalam Islam

Dalam Islam, Allah adalah satu-satunya tuhan (tanpa sekutu) 112:1, sang pencipta, tuhan dari Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yakub, sebagaimana juga tuhan dari Musa, Dawud, Sulaiman, Isa dan Muhammad (semoga rahmat dan shalawat dilimpahkan kepada mereka semua).

Menurut F.E. Peters, ” Al Qur’an menyatakan 29:46, Muslim memercayai, dan sejarawan menyetujui, bahwa Muhammad dan pengikutnya menyembah tuhan yang sama dengan yang disembah Yahudi”. Allah-nya Al Qur’an adalah tuhan sang pencipta yang ada dalam kisah Ibrahim. Peters mengatakan bahwa Al Qur’an menggambarkan Allah lebih berkuasa dan jauh dibandingkan dengan Yahweh, dan juga merupakan tuhan universal, tidak seperti Yahweh yang lebih dekat dengan bangsa Israel.

Dalam tradisi Islam disebutkan ada 99 nama untuk Allah (Asmaaul Husna), diambil dari nama-nama yang digunakan Al Qur’an untuk merujuk kepada Allah. Diantara nama-nama tersebut adalah :

  • Al Malikul Mulk (Raja diRaja, Maharaja)
  • Al Hayy (Maha Hidup)
  • Al Muhyii (Maha Memberi Kehidupan)

Frasa yang mengandungi kalimah Allah

Contoh kata-kata yang menggunakan kata Allah:

Penggunaan Nama Allah oleh Non-Muslim?

Dalam sejarah Islam dan dunia, pengunaan kalimah Allah di guna pakai oleh semua makhluk Allah di dunia ini. Al-Quranul Karim menceritakan beberapa kisah perbualan antara orang-orang yahudi dan nasrani dengan Nabi Muhammad s.w.a. dan menceritakan beberapa kisah umat para nabi Allah terdahulu yang mengunakan kalimah Allah dalam kehidupan seharian mereka dan dalam mempersendakan ajaran yang dibawa oleh para nabi. Tapi persoalannya, adakah boleh kalimah ini diguna dan dituturkan oleh non muslim di Malaysia khususnya dan negara-negara Asian amnya, yang mengunakan kalimah Allah dalam kehidupan dan berpegang teguh inilah tuhan yang mentadbir alam ini.

Lafaz Allah Dalam Bahasa Arab Hujah Golongan Kristianisasi

Perlu disedari bahawa Islam menggunakan lafaz Allah adalah nama khas. Sedangkan lafaz ‘Tuhan’ (‘God’ adalah istilah umum boleh dikongsi antara kepercayaan. Dan Hanya Islam bersifat eksklusif. Keekslusifan Islam terasing dalam perkongsian tadi.Penggunaan Lafaz Allah dalam Islam menunjukkan keEsaan, objek tumpuan (al-Somad) kemuliaan teragung (Jal al-Jalaluh), Pencipta (al-Khaleq) dan Pemerintah Alam Semesta (Rabb ‘Alamin).

Justeru, istilah Allah hanya sah untuk Tuhan yang Sebenar iaitu Allah. Istilah inilah yang dibawa Para Anbiya’. Ini kerana semua mereka menyeru kepada Islam. Cuma matang dan lengkapnya Islam di zaman Nabi Kita Muhammad SAW.Manakala mengikut ajaran Kristian, tidak ada nama khas Tuhan dalam Bible. Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah samada Lord (di syurga), God (Jesus-menunggu wahyu) atau Roh Kudus (turun ke bumi).

Kita sedia maklum, konsep Ketuhanan Kristen boleh dipecah-belah. Tiga dalam Satu. Semacam ramuan syampu atau kopi tertentu. Cumanya cabang fahaman berbeza. Kristian Unitarian percaya Bapa ialah Tuhan sebenar. Jesus dan Roh Kudus adalah lebih rendah darinya.Kristian Trinitarian pula percaya Bapa, Roh Kudus dan Jesus adalah Tuhan Sebenar. Tiga Peribadi dalam Satu Peribadi. Tapi boleh dipecah-belah dengan 3 watak berbeza.

Walau bgaimanapun, mereka tidak mengistilahkan Tuhan Bapa atau Tiga Peribadi Satu Peribadi itu adalah ALLAH.Sedangkan di dalam Islam adalah jelas. Tuhan Sebenar adalah Allah sahaja. Dialah yang Esa yang tidak boleh dipecah-belah. Jika fahaman ini dipersamakan (antara Allah dgn Tuhan yang lain) ia menjustifikasikan fahaman Islam Liberal. Iaitu fahaman yang menganggap Satu Tuhan Untuk Semua Agama. Nau’zubillah min zalik.

Tuhan Dalam Agama Bhudda

Dalam ajaran agama Buddha, Sang Buddha bukanlah Tuhan dalam agama Buddha yang bersifat non-teis (yakni, pada umumnya tidak mengajarkan keberadaan Tuhan sang pencipta, atau bergantung kepada Tuhan sang pencipta demi dalam usaha mencapai pencerahan; Sang Buddha adalah pembimbing atau guru yang menunjukkan jalan menuju nirwana).

Pandangan umum tentang Tuhan menjelaskan suatu keberadaan yang tidak hanya memimpin tetapi juga menciptakan alam semesta. Pemikiran dan konsep tentang inilah yang sering diperdebatkan oleh banyak Buddhis dalam perpecahan agama Buddha. Dalam agama Buddha, asal muasal dan penciptaan alam semesta bukan berasal dari Tuhan, melainkan karena hukum sebab dan akibat yang telah disamarkan oleh waktu. Bagaimanapun, beberapa Sutra Mahayana tertentu (seperti Sutra Nirwana dan Sutra Teratai) dan terutama tantratantra tertentu seperti Kunjed Gyalpo Tantra memberikan menunjukkan bahwa sikap memandang Buddha yang maha hadir, mempunyai intisari yang membebaskan dan abadi kenyataan dari segala benda, sampai sejauh ini, boleh dibilang sudah mendekati pandangan Tuhan sebagai segalanya.

Isu Di Malaysia

Pihak kerajaan kini sedang berhadapan dengan dua saman dari dua kumpulan Kristian kerana mengharamkan penerbitan Kristian yang menggunakan istilah Allah untuk merujuk kepada tuhan.

Pada Disember 2007, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan penerbitan akhbar Roman Catholic, The Herald kerana menggunakan istilah Allah untuk merujuk kepada tuhan. Kes ini menunggu pembacaaan pada Februari 27hb, 2009. Anihnya, pertubuhan Sikh, Malaysian Gurdwaras Council (MGC) turut masuk campur.Sidang Injil Borneo dilarang membawa masuk bahan cetak terbitan asing yang serupa pada Ogos 15, 2007. Walaupun bahan-bahan tersebut telah dikembalikan atas budi bicara pihak berkuasa, SIB telah mendaftarkan saman mahkamah pada Januari 16hb, 2008. Tarikh mahkamah terbaru adalah bulan Disember ini.

Semasa perayaan Krismis baru-bari ini, Perdana Menteri telah menerima jemputan perayaan dari Christian Federation of Malaysia (CFM). Dalam Majlis tersebut, Naib Pengerusinya, Reverend Eu Hong Seng mengulang tuntutan tarikbalik pengharaman penerbitan Bible Bahasa Melayu yang dibuat di bawah Seksyen 22 Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua ini menampakkan kesungguhan mereka untuk menggunakan Allah dan kalimah Islam dalam penerbitan dan bible bahasa melayu


Pada mulanya mereka merayu, kemudian menuntut, bertambah hari mendesak, dan akhirnya menjadi saman mahkamah. Mereka sedia mencampur adukkan agenda mereka dengan politik kepartian dan menggunakan rangkaian gereja untuk menentang kerajaan. Pendirian kerajaan diputarbelit dan digembar-gemburkan oleh pertubuhan-pertubuhan aktivis ugama dan undang-undang sebagai penafian hak berugama. Adakah ini soal hak kebebasan berugama? Adakah amalan ugama Islam di Malaysia menafikan hal berugama agama lain?

seorang pengkaji persendirian bernama samaran Andak telah membuat satu analisa panjang mengenai isu ini. Analisanya mengenai isu ini telah disunting dan disiarkan bersiri. Menurutnya, ini bukan soal hak. Umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoalkan hak pihak Gereja untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Penggunaan Allah sebagai merujuk kepada tuhan diperakui telah diamalkan oleh gereja di sebelah Malaysia Timor.

Pihak gereja dan pertubuhan Kristian mempunyai niat licik dalam menuntut penggunaan istilah Allah. Walaupun penganut Kristian berbangsa Arab menggunakan istilah itu, ramai pendita Kristian berpendapat penggunaan kalimah Islam untuk amalan Kristian adalah bersalahan. Andak berpendapat tujuan mereka, tidak lain dan tidak bukan, untuk mengelirukan dan memurtadkan umat Islam yang kurang pengetahuan agama di Malaysia.

Ini adalah melanggar peruntukan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dalam hal kebebasan  beragama

Masalahnya


1. Adakah tidak ada istilah lain untuk digunakan?

Pihak Gereja bebas untuk menggunakan istilah Inggeris seperti ‘God’, ‘Lord’ dan ‘Father’. Jika tiga istilah berkenaan masih belum cukup, maka pihak Gereja masih boleh menggunakan istilah Bahasa Melayu seperti ‘Ilahi’ dan ‘Tuhan’. Adakah pihak Gereja menganggap bahawa penganut-penganut Kristian di kalangan Bumiputera, terutamanya di Sabah dan Sarawak, terlalu jumud, jahil dan bodoh sehingga tidak berupaya memahami istilah Melayu seperti ‘Tuhan’?

Adakah pihak Gereja menganggap sebarang doa yang menyebut istilah ‘Tuhan’ tidak akan dimakbulkan, tetapi doa dengan kalimah ‘Allah’ boleh? Adakah pihak Gereja mengajar penganut-penganut mereka bahawa Tuhan bukan Maha Mengetahui dan tidak faham doa yang menggunakan istilah ‘Tuhan’?Seorang pembaca Malaysiakini, Fathima Idris mempersoalkan tindakan bermuka-muka pihak Gereja yang beriya-iya mengatakan kalimah ‘Allah’ adalah istilah umum,

2. memudahkan murtad Ketika umat Islam di Malaysia leka dengan ‘perjuangan’ politik hingga mengabaikan tuntutan dakwah, mubaligh-mubaligh Kristian bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti pemurtadan orang-orang Islam. Projek mubaligh Kristian di bawah Joshua Project kelolaan kumpulan U.S. Center for World Mission telah dengan teliti memprofailkan masyarakat Malaysia.Penggunaan nama Allah adalah taktik memurtadkan umat Islam.

Sejak tahun 1985, gereja-gereja di Malaysia yang sering bercanggah pendapat antara satu sama lain telah mengenepikan persaingan antara mereka untuk bersepakat dalam memperjuangkan penggunaan kalimah ‘Allah’.

Keputusan sebulat suara ini bukan sesuatu yang sukar difahami kerana penggunaan kalimah ‘Allah’ memang jelas adalah strategi mubaligh Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

Pandangan Ulama dan cendiakawan Islam

Melihat kepada kitab muktabar para alim ulama dalam permasalahan ini, seperti kitab Ahkam Ahli Zimmah Karya Ibnu Qaim, Ahkam Sultaniah karangan Al-Muadudi dan Abu `ala dan buku kotemporari bagi masalah ini oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi. Mereka membenarkan pengunaan kalimah Allah kepada non muslim samada mereka tinggal dalam negara Islam atau negara menoriti umat Islam . Tetapi perlu kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Mereka berdalil dan berhujahkan ayat-ayat Al-Quran dan As-sunnah serta sejarah umat terdahulu.

Tetapi pandangan penulis dalam konteks ini dan pengunaanya di Malaysia, sependapat dengan kenyataan dan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Fatwa Kebangsaan serta beberapa pandangan cendiakawan Islam Malaysia seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Ust Taib Azamudin, yang melarang pengunaan kalimah ini kepada non muslim khususnya di Malaysia. Ini berhujahkan dengan hadis Nabi s.w.a:

“Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu”.

Dan sabda Beliau kepada penduduk Mekah:

“Penduduk Mekah lebih mengetahui apa yang berlaku (permasahalan yang berlaku) pada mereka”.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bertindak dengan proaktif apabila pada 2 Jun 2008 mengeluarkan fatwa antara lain menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, ditegah serta dilarang atas alasan bahawa kalimah Allah bukanlah kalimah yang sekadar menjadi rujukan bagi nama tuhan semata-mata tetapi kalimah Allah bagi umat Islam menunjukkan keesaan, kemuliaan teragung, pencipta dan pemerintah alam semesta yang sudah semestinya berbeza dengan konsep triniti atau tiga dalam satu yang dianjurkan agama Kristian.

Ditambah lagi majoriti umat Islam di Malaysia masih jahil dan tidak dapat menbezakan  antara istilah dan kalimah Arab dalam urusan ibadat dan kehidupan seharian mereka. Ini bersesuaian pula dengan arahan kerajaan pada 5 Disember 1986 yang memutuskan empat istilah huruf agama Islam iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah adalah eksklusif hanya untuk kegunaan agama Islam dan oleh yang demikian tidak boleh untuk digunakan oleh mana-mana agama lain di negara ini.

Penutup:

Masanya sudah tiba bagi pakar agama Islam menjawab polemik ini dari sudut akademik dan berhadapan dengan penganut agama lain dengan cara ilmiah supaya Islam akan dapat dilihat sebagai agama yang bermaruah dan perlu dihormati.

Categories: KITA DAN ISLAM
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: