Home > MINDA MUJAHID > TARBIAH AGENDA KITA BERSAMA. Vol 1

TARBIAH AGENDA KITA BERSAMA. Vol 1


GENERASI  TARBIAH ABAD INI

Selepas setahun (2009) misi ini diperkenal dan dilancarkan oleh lajnah Tarbiah dan Dakwah PPMS pada sesi lalu, yang pada waktu itu dikepalai oleh Ust Nasruddin Noori, baru penulis dapat merasakan bahawa tarbiah ini adalah agenda kita bersama. Walaupun penulis sudah mengenali dunia dakwah dan tarbiah  ini sudah hampir 10 tahun (2000-2010), tapi merasakan bahawa tarbiah ini adalah tanggungjawab dan tugasan kita bersama selepas misi dan tema ini digempakkan pada sesi lepas dan diteruskan pada tahun ini oleh Biro dan Lajnah Pembangunan Insan sebagai tema rasmi sebagai mempasakkan lagi aktiviti tarbiah dan perkederan

Penulis merasa sangat bersyukur dan bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk berada dalam gerakkan Islam di Malaysia, kerana dengan terlibatnya penulis dalam gerakan ini, mengenalkan penulis bahawa Islam itu bersifat syumul dan universal. Di dalamnya ada tarbiah, dakwah dan politik. Dan lebih bersyukur lagi kerana diberi peluang untuk menjayakan misi dan konsep ini bersama teman-teman pada tahun lepas dan akan berazam untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi menjayakan misi ini buat tahun ini dan masa-masa akan datang. Apatah lagi selepas penulis menghadiri Induksi Nuqaba Murabbi dan berikrar untuk menjadikan usrah dan tarbiah ini agenda bersama dan menjadi darah daging dalam kehidupan ini.

Pada 8 tahun yang lalu, penulis tidak pernah di beri tanggungjawab dan amanah secara rasmi atau terlantik untuk membawa misi dan agenda tarbiah, samaada di peringkat sekolah, universiti, persatuaan dll, maka penulis merasakan atas dasar inilah kenapa penulis baru tahu dan sebelum ini tidak dapat merasakan bahawa tarbiah ini adalah agenda bersama. Mungkin kerana penulis sibuk dengan  jawatan atau potfolio yang khusus yang diberikan yang menyebabkan penulis hanya menumpukan kepada jobscop atau bidang tugas bagi jawatan yang diberikan. Dan tidak merasakan dalam semua jawatan dan potfolio ada fungi tarbiah dan dakwah tapi kenapa penulis dan kita semua tidak menyedarinya dan memikirkannya. Paling kurang pun, diri orang yang memegang jawatan dan potfolio lain selain tarbiah itu dengan automatiknya memerlukan kepada tarbiah dan muhasabah kalau bukan dalam bidang tugas bagi potfolionya.Ini bukan bermakna penulis tidak pernah melibatkan diri dalam membawa misi tarbiah dan dakwah dalam diri sendiri dan orang sekeliling, Cuma tidak membawanya dalam kehidupan berorganisasi dan potfolio yang pernah penulis pegang ketika masa dahulu. Bagi memberi lebih nilai kepada tema dan konsep ini, penulis mencadangkan beberapa pendekatan dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak Biro atau Lajnah Pembangunan Insan. Semua cadangan penulis ini berpandu dan berpaksikan kepada 3M atau 3P. 3 kompenen utama ini perlu diambil perhatian dan penumpuan yang sangat serius oleh pihak Biro atau Lajnah dan pihak pimpinan PPMS secara umumnya, dalam masa yang sama, 3 kompenen ini boleh jugak dijadikan sebagai asas dan panduan dalam mengerakkan misi dan agenda kebajikan, penjanaan kewangan dan lain-lain. (ini penulis dapat dari pembentangan Kertas Kerja ketika mengikuti program Induksi Nuqaba yang dibentangkan oleh Al-fadhil Ust Hairul Faizal Isa. Syukran atas perkongsian tersebut :-).

3 komponen yang perlu diberi perhatian iaitu:

PURPOSE- PROCESS-PEOPLE

MATLAMAT-MEKANISME-MANUSIA

1. PURPOSE (Matlamat)

Pihak Biro atau Lajnah perlu meletakkan target dan jangka masa bagi mencapai setiap objektif yang direncanakan dalam membawa konsep dan misi ini. Dan member pantau yang sangat serius bagi setiap aktiviti yang dijalankan serta keterbilatan semua sasaran dalam setiap aktiviti atau program yang dijalankan.

Bagi penulis, dari sudut matlamat penulis dapat rasakan semua pihak sudah Nampak dan jelas apa yang ingin dicapai dan diperolehi dari apa yang dirancang, cumanya dari sudut perlaksanaan dan kayu ukur itu sahaja yang perlu ditekankan. Sebagai contoh, misis ini mesti mencapai objektifnya pada tahun 2015 iaitu ahli ppms secara keseluruhan sudah mengetahui asas-asas penting dalam Islam. Dari sekarang dah perlu ada sasaran, aktiviti yang telah di susun dan pengisian yang mahu diberikan kepada ahli. Selepas 3  (2013) tahun konsep atau misi ini berjalan, buat muhasabah dari semua sudut dan aspek. Lihat semula apa lagi yang kurang dan perlukan penambahbaikan dan membuat perancangan dengan lebih efektif dan aktif serta pecutan terakhir selama 2 tahun berbaki. Bagi mencapai sasaran pada tahun 2015 nanti.

2. PROCESS ( Mekanisme)

Definasi bagi mekanisme adalah bahagian atau alat dalam sesuatu jentera yang mengerakkan sesuatu. Manakala proses adalah satu siri atau kaedah atau teknik dalam bertindak, menghasilkan dan mencapai sesuatu perkara. Dari definasi kepada kalimah tersebut, menunjukkan kepada kita bahawa untuk menjalankan agenda tarbiah dan dakwah ia tidak cukup dengan adanya slogan dan matlamat yang di gariskan. Tapi yang lebih penting dari itu adalah mekanisme atau proses dalam mengerakkan tarbiah itu sendiri.

Sebagai contoh dalam tarbiah perlu ada usrah, tamrin, muqayyam, rehlah, liqa mahabbah, qiamullail dll dan dalam setiap mekanisme tersebut perlu ada manhaj atau isi yang perlu dan ingin dicapai. Analoginya, sekiranya kita memakai pakaian yang cukup cantik tetapi akhlak dan sikap kita teruk ia tidak bermakna. Begitu jugak bagi tarbiah, walaupun mempunyai slogan atau kita mengadakan aktiviti tarbiah seperti contoh di atas, tetapi kalau tidak ada manhaj yang khusus maka ia tidak kemana. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan mekanisme tarbiah itu sangat luas dan sangat banyak dalam menarik minat ahli yang jauh dengan tarbiah, sebagai contoh membuat logo dan pelancaran rasmi tarbiah agenda kita bersama seperti yang dibuat oleh Dewan Pemuda Pas dengan mengadakan logo dan kempen khusus “JOM BERUSRAH”.

Penulis bercadang supaya perbanyakkan mekanisme tarbiah dalam semua lapangan. Mengajak exco lain supaya meletakan tarbiah  sebagai agenda utama dalam setiap potfolio dan aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh seperti mana yang telah ditetapkan oleh BPI perlu ada tazkirah 5 minit dalam setiap mesyuarat atau pertemuan. Bagi penulis ia sangat menarik untuk  tujuan bagi menanam rasa bahawa tarbiah agenda kita bersama walaupun kita berlainan bidang dan potfolio. Mungkin selepas daripada ini, kita sama-sama memikirkan apakah lagi mekanisme yang boleh kita terapkan dalam semua lapangan dan ruang.

VOL 2 AKAN MENYUSUL…………maaf atas keserabutan artikel yang ditulis ini

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: