Archive
APA LAGI YANG KITA NAK DARINYA….
Tak ada apa lagi yang penulis nak katakan, selepas mendengar dan melihat gambar-gambat di bawah ini.
Hanya satu jer terlintas di hati ini, iaitu penulis lah yang akan mengantikannya nanti
mula dari sekarang lah penulis perlu bermula. Doakan penulis
Gambar – Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi (kanan) dan mangsa lemas, Ahamad Mat Zin, keletihan setelah dilambung ombak)
Gambar Kronologi kejadian(yang di rakam oleh ahli keluarga Tuk Guru)
DATO DR MASYITAH IBRAHIM VS MAHASISWI/WA ISLAM
“…Demi Allah, jejari yang setiap hari berzikir mentauhidkan Allah ini, enggan sekali menulis satu ayat pun yang memperakui dan tunduk kepada taghut…” – al-syahid Sayyid Qutb
Dengan iqrar di atas, penulis coretkan artikel ini buat tatapan pembaca khususnya mahasiswi-mahasiswi, siswazah-siswazah dan serikandi-serikandi perjuangan gerakan Islam. Bukan untuk menyalahkan atau membenarkan sesiapa, tetapi cuba untuk mengambil segala manfaat dari apa yang telah diciptakan Maha Pencipta. Kerana Allah menyuruh orang yan berakal untuk mengambil `ibrah dari apa yang diciptaaNya.
Apa sebenarnya yang ingin penulis coretkan…masih tertanya-tanya diminda pembaca. Idea artikel ini dicurahkan oleh adik usrah penulis(Jiilul Tahrir) Azan Safar kerana kekaguman dan keterujaan serta mahu untuk berkongsi bersama selepas beliau bertemu dan bertentang mata secara live dengan YB Dato Dr Masyitah Ibrahim ketika kunjungan beliau ke PPMS baru-baru ini. Kekaguman dan keterujan Adik Azan mungkin disebabkan beberapa factor( ini bagi pandangan penulis la..):
TERIMA KASIH DAN UCAPAN TAHNIAH
Moga Kita Semua Mendapat Manfaat Darinya
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. al-Kahfi:109
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Taala yang telah menciptakan diri yang kerdil ini dan makhluk Mu yang lain. Terima kasih ya Allah, kerana memberi peluang kepada penulis untuk terjun ke dalam dunia penulis dengan lebih serius dan dan efektif. Moga apa yang penulis usaha dan kerjakan ini akan di pandang oleh Mu ya Allah sebagai bekalan yang sedikit untuk melayakkan diriku meneguk Air ditelaga Khausar kekasih-Mu. Read more…
1431H/2010M:MISI MEMBEDAH BUKU
BERILAH SOKONGAN YANG PADU UNTUK MENJAYAKAN KEMPEN INI
Dua tahun penulis memborong kitab-kitab di pameran buku Antarabangsa Damsyik dan di Halabuni dengan sedikit peruntukkan kewangan yang ada, dalam masa yang sama menempah atau mengirim beberapa buah buku yang menarik dari Malaysia. Penulis merasa belum cukup dengan apa yang penulis miliki sekarang, kalau nak di bandingkan dengan kutub beberapa teman penulis yang lain. Iri hati dan hasad dengki pun ada melihat simpanan buku yang ada dalam dalam bilik atau perpustakaan mini mereka. Tapi semua itu tidak menegatifkan pemikiran penulis dan dalam masa yang sama berusaha mempositifkan minda dan tindakan untuk cuba mengambil manfaat sebanyak mungkin dari buku-buku kepunyaan teman-teman.
Bagi penulis bukan kepada banyk buku atau kita yang dimiliki tetapi apa yang kita boleh perolehi dari apa yang kita miliki. Walaupun rak di bilik kita penuh dengan pelbagai kitab dari pelbagai silibus pengajian dan dari pelbagai karya tangan ulama muktabar, tapi kita tidak memperolehi sedikit pun dari karya-karya agung tersebut tidak bermakna. Tidak pandai member nilai dan kita tidak berusaha mengambil paling kurang 50% manfaat darinya. Maka, bagaimana kita mahu memberi manfaat kepada orang lain sedangkan diri kita tidak ada yang boleh memberi manfaat.
Benarlah kata-kata hikmah para Alim Ulama ini:
“Fakidus syaik la wu`thi”
Tarbiah Agenda Kita bersama. Vol 2
3 kompenan penting tarbiah. jangan diabaikan
1. PEOPLE (Manusia)
Petikan dari buku “Manusia dan Islam” di tulis oleh Prof. Dr. Harun Din.
Allah swt. memerintah manusia supaya mereka menerima Islam sepenuhnya. Dengan lain perkataan hendaklah mereka menjadikan diri mereka Islam segala-galanya .Allah berfirman,
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman ,masuklah kamu ke dalam islam itu semuanya.
Untuk menjadikan diri kita Islam semuanya ,maka kita perlu mengenali dari mana kita datang? Mengapa kita wujud? apa yang sepatutnya kita bertindak? Kemana akhirnya kita dan semua makhluk ini akan pergi. Manakah jalan bahagia dan manakah jalan celaka.
Kita datang dari Allah. Dijadikan kita untuk beribadat kepadaNya dalam erti kata yang luas, dan akhirnya kita akan kembali menemui Allah.Baik dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Langkah pertama yang mesti diikuti oleh manusia ialah mengenali siapa manusia dan siapakah yang menjadikan semua alam ini. Bila pengenalan kepada semuanya telah jelas maka lahirlah iman.Iman adalah suatu kepercayaan yang merupakan pedoman untuk bertindak seperti yang disabdakan oleh Rasulullah,
Maksudnya: “iman itu bukanlah suatu yang dapat dicapai dengan berangan-angan saja,akan tetapi sesuatu yang ditegakkan dalam hati dan dibenarkannya dengan amalan harian”. Read more…
PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA SEJORDAN KALI KE-4:KITA BILA LAGI?????
Alhamdulillah, penulis sempat untuk menulis sedikit coretan buat merehatkan minda yang hampair 2 minggu di asak ganas oleh abu nour. bagi menghadapi ujian yang sangat mencabar tapi menarik. coteran kali ini hanya mahu mengajak sahabat-sahabat khususnya mahasiswa/mahasiswi untuk memikir dan meranung serta kalau boleh mendatangkan satu asal yang sangat baik buat diri dan PPMS.
selepas pembaca melihat posting ini, apa yang tergambar di benak dan pemikiran pembaca kalian? itu penulis tidak tahu sebab persepsi manusia dan pembaca pelbagai serta tidak mampu untuk penulis rasakan. ala kulli halnya, caba pembaca menjawab semua persoalan yang penulis lontarkan di bawah ini. Jawab dengan hati yang ikhlas dan inginkan perubahan serta peningkatan diri. bukannya melihat kepada waqi dan kemampuan yang ada.
1-Adakah PPMS yang sudah 24 tahun di tubuhkan, masih tidak mampu untuk mengadakan persidangan sebegini?
2- adakah Mahasiswa/mahasiswi Syria ridak mampu untuk membincangkan isu-isu atau tajuk-tajuk kertas kerja di bawah ini?
3-Adakah tidak terdetik dalam hati mahasiswa/mahasiswi kita iri hati kepada mahasiswa/mahasiswi Jordan kerana mampu menganjurkan persidangan berprestij ini?
4- Sampai bilakan PPMS hanya mahu bermain di gelanggang sendiri? dengan isu-isu dan masalah-masalah serpihan.
5-Tidak adakah pemikir atau tenaga mahir di kalangan mahasiswa/mahasiswi Syria yang mampu untuk melaksanakan persidangan seumpama ini?
6-Kalau kita mampu pun, dari manakah kita harus bermula?
7- Apakah bezanya kita dengan mereka? mereka berada di bumi anbiyak, kita pun berada di bumi anbiyak, mereka mempunyai ramai alim ulama, kita apa kurangnnya, mereka mempunyai persatuan, PPMS itu apa sebenarnya? bahkan PPMS lebih lama bertapak berbanding MPPMJ
8- Adakah mereka mempunyai pelajar medic atau mahasiswa/wi mereka yang mendapat biasiswa penuh dari kerajaan?
9- Adakah terletaknya pejabat MSD di Jordan menjadi kelebihan kepada mereka dan mereka mampu untuk menganjurkan persidangan mega ini?
10-Mungkin kewangan? tidak sama sekali sahabat-sahabatku sekalian. Timbalan Presiden PPMS tahu akan kemampuan tersebut. sekiranya kita mahu melaksanakannya. tetapi………
Jawab jangan tak jawab…………………..
Tindakan kita yang pertama bagi pandangan penulis adalah: Read more…
MindaMujahid di PMRAM
Moga Ukhuwah ini terus subur hingga ke syurga
Buat pertama kalinya PPMS telah mengadakan lawatan rasmi ke Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada 26-29 November lepas. Lawatan yang berlangsung selama empat hari itu diwakili Timbalan Presiden PPMS sesi 2010, Ust Mohd Mujahid bin Mokhtar.
Tujuan utama diadakan lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim disamping mewujudkan persefahaman antara dua penaung utama pelajar Malaysia dari dua buah negara arab ini.Antara agenda lain yang diatur sepanjang lawatan tersebut termasuklah membincangkan soal mahasiswa khususnya di rantau ini termasuklah prestasi kurikulum, kebajikan dan bertukar pandangan mengenai corak pentadbiran persatuan masing-masing. Antaranya juga adalah menjalinkan kerjasama perdagangan bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua belah pihak.
Ust Mujahid turut diberi peluang berucap mewakili PPMS pada majlis AidilAdha anjuran PMRAM pada 27 November sejurus selepas umat islam menunaikan solat sunat AidilAdha. Disamping menyampaikan salam daripada warga PPMS, beliau juga menceritakan serba sedikit tentang pembawakan kepimpinan PPMS sesi 2010 yang baru dibentuk selepas pemilihan pada 14 November lalu.
Menurut Presiden PPMS, program-program berbentuk lawatan sebegini akan terus dilakukan di beberapa buah negara berdekatan lagi bagi memperkasakan lagi PPMS dari pelbagai sudut. Ini termasuklah rancangan untuk mengadakan lawatan ke Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Jordan yang merupakan penaung PPMS dan beberapa buah persatuan pelajar Malaysia lagi di negara-negara berdekatan.
“Kita berharap agar lawatan-lawatan yang diatur ini mampu memberi inspirasi baru bagi kami mentadbir PPMS dalam memperjuangkan kebajikan dan sahsiah ahli di bawah naungan kami. Semoga bantuan rakan-rakan dari seluruh rantau arab ini mampu meningkatkan kualiti mahasiswa dari pelbagai sudut. Kami juga berharap jalingan silaturrahim antara persatuan-persatuan pelajar Malaysia ini dapat diperluaskan merentasi sempadan benua arab.” Kata Presiden PPMS, Ustaz Nasruddin Mohamed Noori
Sumber Rasmi:e-ppms.org