Home > ISU DUNIA > MindaMujahid di PMRAM

MindaMujahid di PMRAM


Moga Ukhuwah ini terus subur hingga ke syurga

Buat pertama kalinya PPMS telah mengadakan lawatan rasmi ke Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada 26-29 November lepas. Lawatan yang berlangsung selama empat hari itu diwakili Timbalan Presiden PPMS sesi 2010, Ust Mohd Mujahid bin Mokhtar.

Tujuan utama diadakan lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim disamping mewujudkan persefahaman antara dua penaung utama pelajar Malaysia dari dua buah negara arab ini.Antara agenda lain yang diatur sepanjang lawatan tersebut termasuklah membincangkan soal mahasiswa khususnya di rantau ini termasuklah prestasi kurikulum, kebajikan dan bertukar pandangan mengenai corak pentadbiran persatuan masing-masing. Antaranya juga adalah menjalinkan kerjasama perdagangan bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua belah pihak.

Ust Mujahid turut diberi peluang berucap mewakili PPMS pada majlis AidilAdha  anjuran PMRAM pada 27 November sejurus selepas umat islam menunaikan solat sunat AidilAdha. Disamping menyampaikan salam daripada warga PPMS,  beliau juga menceritakan serba sedikit tentang pembawakan kepimpinan PPMS sesi 2010 yang baru dibentuk selepas pemilihan pada 14 November lalu.

Menurut Presiden PPMS, program-program berbentuk lawatan sebegini akan terus dilakukan di beberapa buah negara berdekatan lagi bagi memperkasakan lagi PPMS dari pelbagai sudut. Ini termasuklah rancangan untuk mengadakan lawatan  ke Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Jordan yang merupakan penaung PPMS dan beberapa buah persatuan pelajar Malaysia lagi di negara-negara berdekatan.

“Kita berharap agar lawatan-lawatan yang diatur ini mampu memberi inspirasi baru bagi kami mentadbir PPMS dalam memperjuangkan kebajikan dan sahsiah ahli di bawah naungan kami. Semoga bantuan rakan-rakan dari seluruh rantau arab ini mampu meningkatkan kualiti mahasiswa dari pelbagai sudut. Kami juga berharap jalingan silaturrahim antara persatuan-persatuan pelajar Malaysia ini dapat diperluaskan merentasi sempadan benua arab.” Kata Presiden PPMS, Ustaz Nasruddin Mohamed Noori

Sumber Rasmi:e-ppms.org

Categories: ISU DUNIA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: