PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA SEJORDAN KALI KE-4:KITA BILA LAGI?????
Alhamdulillah, penulis sempat untuk menulis sedikit coretan buat merehatkan minda yang hampair 2 minggu di asak ganas oleh abu nour. bagi menghadapi ujian yang sangat mencabar tapi menarik. coteran kali ini hanya mahu mengajak sahabat-sahabat khususnya mahasiswa/mahasiswi untuk memikir dan meranung serta kalau boleh mendatangkan satu asal yang sangat baik buat diri dan PPMS.
selepas pembaca melihat posting ini, apa yang tergambar di benak dan pemikiran pembaca kalian? itu penulis tidak tahu sebab persepsi manusia dan pembaca pelbagai serta tidak mampu untuk penulis rasakan. ala kulli halnya, caba pembaca menjawab semua persoalan yang penulis lontarkan di bawah ini. Jawab dengan hati yang ikhlas dan inginkan perubahan serta peningkatan diri. bukannya melihat kepada waqi dan kemampuan yang ada.
1-Adakah PPMS yang sudah 24 tahun di tubuhkan, masih tidak mampu untuk mengadakan persidangan sebegini?
2- adakah Mahasiswa/mahasiswi Syria ridak mampu untuk membincangkan isu-isu atau tajuk-tajuk kertas kerja di bawah ini?
3-Adakah tidak terdetik dalam hati mahasiswa/mahasiswi kita iri hati kepada mahasiswa/mahasiswi Jordan kerana mampu menganjurkan persidangan berprestij ini?
4- Sampai bilakan PPMS hanya mahu bermain di gelanggang sendiri? dengan isu-isu dan masalah-masalah serpihan.
5-Tidak adakah pemikir atau tenaga mahir di kalangan mahasiswa/mahasiswi Syria yang mampu untuk melaksanakan persidangan seumpama ini?
6-Kalau kita mampu pun, dari manakah kita harus bermula?
7- Apakah bezanya kita dengan mereka? mereka berada di bumi anbiyak, kita pun berada di bumi anbiyak, mereka mempunyai ramai alim ulama, kita apa kurangnnya, mereka mempunyai persatuan, PPMS itu apa sebenarnya? bahkan PPMS lebih lama bertapak berbanding MPPMJ
8- Adakah mereka mempunyai pelajar medic atau mahasiswa/wi mereka yang mendapat biasiswa penuh dari kerajaan?
9- Adakah terletaknya pejabat MSD di Jordan menjadi kelebihan kepada mereka dan mereka mampu untuk menganjurkan persidangan mega ini?
10-Mungkin kewangan? tidak sama sekali sahabat-sahabatku sekalian. Timbalan Presiden PPMS tahu akan kemampuan tersebut. sekiranya kita mahu melaksanakannya. tetapi………
Jawab jangan tak jawab…………………..
Tindakan kita yang pertama bagi pandangan penulis adalah:1-PPMS perlu menghantar wakil rasmi untuk menghandiri persidangan tersebut. bukan sekadar mengikuti pembentangan, tetapi yang lebih penting belajar bagaimana mereka mampu menganjurkan persidangan tersebut. Bawalah balik segala dokumen berkenaan persidangan tersebut. moga kita dapat melaksanakan buat masa akna datang. tapi mengiktut realiti kita di bumi Syria. kenapa nak malu…..bagi penulis bodohlah orang yang berfikiran begitu. Apa salah kita belajar dari mereka? mereka sudah kali ke-4…kita??????? KCB jer yang sudah 4 kali khatam bahkan lebih….
2-selalulah melayari blog rasmi persidangan ini Pertamakembali.blogspot.com.moga kita mendapat manfaatnya dan sampaikan kepada orang lain
3- Kumpul duit dari sekarang, 4/2/2010 untuk kita sama-sama pergi kesana sebagai peserta terhormat.Malu?????? bodoh jawapannya
4-Minta dari kawan-kawan di Jordan yang menghadiri persidangan ini untuk kongsi ilmu dan memberikan kertas kerja yang di bentangkan
5- Sudah mula rangka plan dan kertas kerja untuk cuba dan berusaha untuk mengadakan persidangan sebegi di Syria buat tahun 2011 atau tahun-tahun berikutnya. mungkin tahun 2011 kita akan buat persidangan ilmuan Muda Syria(PIMSI).insyaalah
Sedikit maklumat tentatif persidangan:
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (1)
PEMBENTANG : Hasrizal Abdul Jamil PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (1) :
TAJUK : Profesional dan Ustaz Di Dalam Dakwah
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (2) :
TAJUK : Di Antara Dua Realiti- Malaysia dan Jordan (Pertembungan Uruf)
PEMBENTANG : Heizal Hezri
PERBENTANGAN KERTAS KERJA (3)
TAJUK : Wacana Baru Graduan Timur Tengah di Malaysia(Dakwah Rentas Agama)
PEMBENTANG : Maszlee Malik
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA(4): TAJUK : Meneladani Sejarah di Dalam Dakwah
PEMBENTANG : Hasrizal Abdul Jamil
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA(5):
TAJUK: Dunia Pasca ‘Clash of Civilisation”: melakarkan konsep saling memahami di antara tamadun
PEMBENTANG : Maszlee Malik
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA(6):
TAJUK : Realiti Dakwah di Malaysia
PEMBENTANG : Hasrizal Abdul Jamil
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (7) :
TAJUK : Fitnah Dakwah ( Hadith Fitan tentang Da’ie)
PEMBENTANG : Maszlee Malik
Sesi SOAL JAWAB : DAKWAH DAN REALITI MAHASISWA TIMUR TENGAH
Sumber Rasmi: Pertamakembali.blogspot.com