Archive

Archive for 12/02/2010

PASAKKAN AQIDAH, MANTAPKAN TARBIAH

Categories: MINDA MUJAHID

DATO DR MASYITAH IBRAHIM VS MAHASISWI/WA ISLAM

12/02/2010 1 comment

“…Demi Allah, jejari yang setiap hari berzikir mentauhidkan Allah ini, enggan sekali menulis satu ayat pun yang memperakui dan tunduk kepada taghut…” – al-syahid Sayyid Qutb

Dengan iqrar di atas, penulis coretkan artikel ini buat tatapan pembaca khususnya mahasiswi-mahasiswi, siswazah-siswazah dan serikandi-serikandi perjuangan gerakan Islam. Bukan untuk menyalahkan atau membenarkan sesiapa, tetapi cuba untuk mengambil segala manfaat dari apa yang telah diciptakan Maha Pencipta. Kerana Allah menyuruh orang yan berakal untuk mengambil `ibrah dari apa yang diciptaaNya.

Apa sebenarnya yang ingin penulis coretkan…masih tertanya-tanya diminda pembaca. Idea artikel ini dicurahkan oleh adik usrah penulis(Jiilul Tahrir) Azan Safar kerana kekaguman dan keterujaan serta mahu untuk berkongsi bersama selepas beliau bertemu dan bertentang mata secara live dengan YB Dato Dr Masyitah Ibrahim ketika kunjungan beliau ke PPMS baru-baru ini. Kekaguman dan keterujan Adik Azan mungkin disebabkan beberapa factor( ini bagi pandangan penulis la..):

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

TERIMA KASIH DAN UCAPAN TAHNIAH

Moga Kita Semua Mendapat Manfaat Darinya

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. al-Kahfi:109

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Taala yang telah menciptakan diri yang kerdil ini dan makhluk Mu yang lain. Terima kasih ya Allah, kerana memberi peluang kepada penulis untuk terjun ke dalam dunia penulis dengan lebih serius dan dan efektif. Moga apa yang penulis usaha dan kerjakan ini akan di pandang oleh Mu ya Allah sebagai bekalan yang sedikit untuk melayakkan diriku meneguk Air ditelaga Khausar kekasih-Mu. Read more…

Categories: KITA DAN ISLAM

1431H/2010M:MISI MEMBEDAH BUKU

BERILAH SOKONGAN YANG PADU UNTUK MENJAYAKAN KEMPEN INI

Dua tahun penulis memborong kitab-kitab di pameran buku Antarabangsa Damsyik dan di Halabuni dengan sedikit peruntukkan kewangan yang ada, dalam masa yang sama menempah atau mengirim beberapa buah buku yang menarik dari Malaysia. Penulis merasa belum cukup dengan apa yang penulis miliki sekarang, kalau nak di bandingkan dengan kutub beberapa teman penulis yang lain. Iri hati dan hasad dengki pun ada melihat simpanan buku yang ada dalam dalam bilik atau perpustakaan mini mereka. Tapi semua itu tidak menegatifkan pemikiran penulis dan dalam masa yang sama berusaha mempositifkan minda dan tindakan untuk cuba mengambil manfaat sebanyak mungkin dari buku-buku kepunyaan teman-teman.

Bagi penulis bukan kepada banyk buku atau kita yang dimiliki tetapi apa yang kita boleh perolehi dari apa yang kita miliki. Walaupun rak di bilik kita penuh dengan pelbagai kitab dari pelbagai silibus pengajian dan dari pelbagai karya tangan ulama muktabar, tapi kita tidak memperolehi sedikit pun dari karya-karya agung tersebut tidak bermakna. Tidak pandai member nilai dan kita tidak berusaha mengambil paling kurang 50% manfaat darinya. Maka, bagaimana kita mahu memberi manfaat kepada orang lain sedangkan diri kita tidak ada yang boleh memberi manfaat.

Benarlah kata-kata hikmah para Alim Ulama ini:

“Fakidus syaik la wu`thi”

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

Tarbiah Agenda Kita bersama. Vol 2

3 kompenan penting tarbiah. jangan diabaikan

1. PEOPLE (Manusia)

Petikan dari buku “Manusia dan Islam” di tulis oleh Prof. Dr. Harun Din.

Allah swt. memerintah manusia supaya mereka menerima Islam sepenuhnya. Dengan lain perkataan hendaklah mereka menjadikan diri mereka Islam segala-galanya .Allah berfirman,

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman ,masuklah kamu ke dalam islam itu semuanya.

Untuk menjadikan diri kita Islam semuanya ,maka kita perlu mengenali dari mana kita datang? Mengapa kita wujud? apa yang sepatutnya kita bertindak? Kemana akhirnya kita dan semua makhluk ini akan pergi. Manakah jalan bahagia dan manakah jalan celaka.

Kita datang dari Allah. Dijadikan kita untuk beribadat kepadaNya dalam erti kata yang luas, dan akhirnya kita akan kembali menemui Allah.Baik dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Langkah pertama yang mesti diikuti oleh manusia ialah mengenali siapa manusia dan siapakah yang menjadikan semua alam ini. Bila pengenalan kepada semuanya telah jelas maka lahirlah iman.Iman adalah suatu kepercayaan yang merupakan pedoman untuk bertindak seperti yang disabdakan oleh Rasulullah,

Maksudnya: “iman itu bukanlah suatu yang dapat dicapai dengan berangan-angan saja,akan tetapi sesuatu yang ditegakkan dalam hati dan dibenarkannya dengan amalan harian”. Read more…

Categories: MINDA MUJAHID