1431H/2010M:MISI MEMBEDAH BUKU
BERILAH SOKONGAN YANG PADU UNTUK MENJAYAKAN KEMPEN INI
Dua tahun penulis memborong kitab-kitab di pameran buku Antarabangsa Damsyik dan di Halabuni dengan sedikit peruntukkan kewangan yang ada, dalam masa yang sama menempah atau mengirim beberapa buah buku yang menarik dari Malaysia. Penulis merasa belum cukup dengan apa yang penulis miliki sekarang, kalau nak di bandingkan dengan kutub beberapa teman penulis yang lain. Iri hati dan hasad dengki pun ada melihat simpanan buku yang ada dalam dalam bilik atau perpustakaan mini mereka. Tapi semua itu tidak menegatifkan pemikiran penulis dan dalam masa yang sama berusaha mempositifkan minda dan tindakan untuk cuba mengambil manfaat sebanyak mungkin dari buku-buku kepunyaan teman-teman.
Bagi penulis bukan kepada banyk buku atau kita yang dimiliki tetapi apa yang kita boleh perolehi dari apa yang kita miliki. Walaupun rak di bilik kita penuh dengan pelbagai kitab dari pelbagai silibus pengajian dan dari pelbagai karya tangan ulama muktabar, tapi kita tidak memperolehi sedikit pun dari karya-karya agung tersebut tidak bermakna. Tidak pandai member nilai dan kita tidak berusaha mengambil paling kurang 50% manfaat darinya. Maka, bagaimana kita mahu memberi manfaat kepada orang lain sedangkan diri kita tidak ada yang boleh memberi manfaat.
Benarlah kata-kata hikmah para Alim Ulama ini:
“Fakidus syaik la wu`thi”
(“Kita tidak mempunyai apa-apa, maka bagaimana kita mahu memberi?”)
KENAPA MEMBEDAH TIDAK MEMBACA ATAU LAIN-LAIN?
Tapi kenapa yer penulis meletakkan istilah membedah bukannya membaca atau sebaliknya?agak-agak apa yer?tahu x? cubala jawab…(ok 2 minit berfikir )dah dapat jawapannya? Mungkin setangah dari pembaca sudah mendapat.siapa yang sudah mendapat jawapannya penulis mengucapkan tahniah kerana pembaca sudah mengunakan akal yang di anugerahkanNya. Mungkin betul, mungkin jugak salah. Bagi yang masih belum mendapat jawapan teruskan usaha anda. Ok! sekarang kita lihat pula apa pandangan dari penulis (sekadar pandangan. Mungkin betul, mungkin jugak salah) jawapannya:
Definasi Kamus Dewan Bahasa membawa maksud membelah mana-mana bahagian dalam badan untuk membuang dan merawat bahagian yang berpenyakit. Definafi ini sangat tepat dengan apa yang penulis inginkan. Bagi pandangan penulis, definasi ini penulis tafsirkan seperti berikut:
1) Membelah halaman-halaman yang terkandung dalam lembaran buku yang dibedah. Bukan sekadar memeriksa(membaca) dan x-ray(membelek) sahaja tetapi keluarkan apa yang terkandung di dalamnya untuk manfaat bersama.
2) Kerana untuk membuang dan merawat bahagian yang berpenyakit dalam diri seperti kejahilan, jumud, malas membaca, mengkaji, menyelidik dll.
3) Apabila segala penyakit ini sudah dibuang dan dirawat, insyaallah kebangkitan akan bermula
Apa syahidnya penulis memulakan artikel ini dengan coretan di atas?, banyak penulis nak berkongsi bersama teman-teman pembaca sekalian. Tapi apa yang penulis mahu fokuskan dalam coretan ini adalah berdasar tajuk di atas, iaitu mahu berusaha sedaya mungkin dan semampu mungkin untuk membongkar dan membedah beberapa buku yang disenaraihitamkan pada tahun ini untuk :
1) Mahu menyahut seruan kempen membaca Biro/Lajnah Pembangunan Insan 1 bulan 1 buku 12 bulan 12 buku.
2) Tidak membazirkan waktu dengan sebarang aktiviti yang tidak bermanfaat dan cuba untuk member manfaat kepada orang lain dan mereka yang memerlukan
3) Tidak mahu mengotorkan buku atau kitab yang di beli dengan sawang atau habuk di sebabkan tidak pernah membaca atau membukanya (kesian kat buku-buku tu J)
4) Cuba untuk menghargai kitab yang di beli dengan cara membaca, mengkaji, dan menyampaikan
5) Belajar dan bersyukur dengan pemberiaan yang Allah berikan buat masa sekarang, tahun depan belum tahu lagi.
6) Berkongsi bersama-sama teman mahasiswa/wi Syria dengan segala perkara yang di perolehi dari pembacaan tersebut.
7) Menghidupkan budaya membaca, mengkaji, menyelidik dan mengeluarkan hasil darinya
8) Dan yang paling penting, adalah berusaha untuk meningkatkan pristasi dan kebolehan diri untuk Islam dari sudut keilmuan dan thaqafah yang jelas.
Niat penulis pada tahun ini ingin memberi penumpuan dari sudut Usul Dakwah, Tarbiah, Sejarah Islam, Usul Fiqh dan Maqasid Syariah. Dari beberapa sudut memang tidak mampu, tetapi kalu diri yang jahil ini tidak mengajar atau dididik dengan cara demikian maka ia akan berlaku sebaliknya. Antara buku atau kitab yang telah disenaraihitamkan sebagai mangsa untuk menjalani pembedahan pada tahun ini adalah seperti berikut:
1) Usul Dakwah: Dr Abdul Karim Zaidan
2) Qabasat Min Dakwah Wad Duat: Dr Bassam Sobbaq
3) Nusus Dakwiah Min Ahadis Khairul Bariah: Dr Haidar Ahmad Sofih
4) Fusul Fi Amrah wal Amir: Ust Said Hawa
5) Fiqh Dakwah Ila Allah: Syeikh Abd Rahman Habannakah Al-Maidani
6) Jundullah, Thaqafatan wal Akhlakan: Ust Said Hawa
7) Tarikh Daulah Islamiah: Syeikh Muhammad Ali Sobuni
8) Nahwa Thaqafah Islamiah Asilah: Dr Umar Sulaiman Asqar
9) Maqasid Syariah: Ibnu `Asur
10) Usul Fiqh: Dr Abd Karim Zaidan
Risalah atau kutaib yang ingin dibedah:
1) Jilul Nasr Al-Mansyud: Dr Yusuf Al-Qardhawi
2) Kasais Islam: Dr Yusuf Al-Qardhawi
3) Ummah Islamiah, Hakikatu La Waham: Dr Yusuf Al-Qardhawi
4) Hatta Ya`lama Syabab: Dr ABd Nasih Ulwan
5) Sina`tus Syabab: Dr Muhammad Said Hawa (Anak Said Hawa)
Insyaalah, perkataan itu jer yang penulis dapat lafazkan dari apa yang penulis rencanakan dan dari semua senarai kitab yang ingin dibedah. Dengan semangat yang ada dan sahabat-sahabat yang minat membaca apa yang penulis niatkan ini akan dapat terlaksana. Tahun lepas penulis ada rancang tapi dari 10 kitab yang di senaraikan, hanya 5 sahaja yang dapat penulis abis dan bedah, yang berbaki di bawa ke tahun ini, dan cuba menghabiskannya.
Kepada teman-teman yang ingin join misi ini pada tahun ini iaitu misi tahun membedah buku, penulis mengucapkan ahlan wa sahlan…kita berusaha bersama-sama untuk suburkan suasana harmoni ini dan kita kongsi bersama apa yang kita bedah. Untuk menyertai misi ini mudah sahaja, mingkin langkah-langkah dibawah ini dapat membantu sahabat-sahabat dalam memulakan misi ini:
1) Sahabat-sahabat pembaca tidak perlu mengikut apa yang telah digariskan oleh penulis, jangan terikat dengan apa yang sahabat-sahabat baca dari coretan ini
2) Just teman-teman hanya perlu merancang apa yang teman-teman ingin perolehi pada tahun ini dari pembacaan yang ingin dibaca. Apakah focus yang ingin dicapai pada tahun ini? Sains ka, politik ka atau lain-lain. Tapi nasihat penulis, bertindaklah mengikut kemampuan diri.
3) Kemudian tuangkan apa yang sudah difikirkan dalam apa jua cara dan yang kaedah, yang penting jangan membiarkannya berligar di pemikiran dan otak kita sahaja. Rencanalah sahabat-sahabat, nescaya antum tidak rugi apa pun
4) Tidak perlu membeli buku-buku yang baru, cukup sekadar memanfatkan buku yang sedia ada, kemudian bedah. Penulis dapat rasakan banyak lagi buku-buku yang sahabat-sahabat belum membedahnya tapi sekadar membaca helaian-helaian tertentu atau membeliknya mungkin.
5) Kalau tidak mampu seorang, ajak teman yang berminat untuk bersama sahabat-sahabat dalam menjayakan misi ini.
6) Niatkan apa yang antum buat ini adalah untuk Islam, kemudian untuk meningkatkan prestasi diri serta untuk member manfaat kepada teman-teman seperjuangan. Pasti antum akan bersemangat.
7) Cuba kongsikan bersama apa yang antum bedah dari buku-buku yang terpilih mga kita dapat lebih dari usaha yang dilakukan.
Cuba bayangkan setiap orang dari 5 orang pembaca melaksanakan misi ini dan setiap seorang membedah 5 buah buku paling kurang dalam setahun serta mahu berkongsi bersama. Maka kita akan memperolehi 25 buah buku dalam setahun yang sudah dibedah, dikaji dan diselidiki. Itu baru 5 orang dan seorang 5 buah buku, cuba bayangkan kalau sebaliknya? Apakah ia tidak ada manfaat? Cuba kita fikirkan…. Kata Nabil “lu piki la sendiri”….
Selamat mencuba….kalau buat kongsi bersama yer…..