Tarbiah Agenda Kita bersama. Vol 2
3 kompenan penting tarbiah. jangan diabaikan
1. PEOPLE (Manusia)
Petikan dari buku “Manusia dan Islam” di tulis oleh Prof. Dr. Harun Din.
Allah swt. memerintah manusia supaya mereka menerima Islam sepenuhnya. Dengan lain perkataan hendaklah mereka menjadikan diri mereka Islam segala-galanya .Allah berfirman,
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman ,masuklah kamu ke dalam islam itu semuanya.
Untuk menjadikan diri kita Islam semuanya ,maka kita perlu mengenali dari mana kita datang? Mengapa kita wujud? apa yang sepatutnya kita bertindak? Kemana akhirnya kita dan semua makhluk ini akan pergi. Manakah jalan bahagia dan manakah jalan celaka.
Kita datang dari Allah. Dijadikan kita untuk beribadat kepadaNya dalam erti kata yang luas, dan akhirnya kita akan kembali menemui Allah.Baik dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Langkah pertama yang mesti diikuti oleh manusia ialah mengenali siapa manusia dan siapakah yang menjadikan semua alam ini. Bila pengenalan kepada semuanya telah jelas maka lahirlah iman.Iman adalah suatu kepercayaan yang merupakan pedoman untuk bertindak seperti yang disabdakan oleh Rasulullah,
Maksudnya: “iman itu bukanlah suatu yang dapat dicapai dengan berangan-angan saja,akan tetapi sesuatu yang ditegakkan dalam hati dan dibenarkannya dengan amalan harian”. Apabila iman sudah tertanam maka mestilah segala perbuatan dan pekerjaan harian menggambarkan iman itu! Jangan ada hendaknya sesuatu yang bercanggah dengan iman tersebut. Punca kegelisahan dan penderitaan manusia adalah disebabkan jauhnya manusia itu dari Allah. Allah berfirman,
Maksudnya: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit , dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam kehidupan buta”.
Seterusnya Islam mengajar manusia supaya sentiasa mengingati Allah dan mengatur berbagai sistem untuk diikuti oleh manusia. Semua sistem-sistem itu untuk mempereratkan hubungan antara manusia sesama manusia dan antara manusia dengan Allah. Hubungan baik dengan Allah, juga dengan manusia hendaklah sentiasa dipelihara , jika tidak padah buruk sedang menanti. Allah berfirman,
Maksudnya: “mereka ditimpakan kehinaan dari segala jurusan di mana sahaja mereka berada , kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia”.
Untuk menjaga hubungan baik dengan Allah , maka hendaklah seluruh penghidupan kita dipertalikan dengan Allah, sesuai dengan pengakuan yang diucapkan di setiap kali kita bersembahyang .
Maksudnya: “Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Apabila manusia ini telah menjadikan seluruh hidupnya untuk Allah dan kerana Allah, maka ia jadilah seorang muslim yang sebenar .Yang tidak ada di dalam hidupnya saat-saat pemisah antara islam dan tidak islam, saat beragama dan tidak beragama. Semuanya demi islam demi menegakkan islam agar tinggi dan mulia. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw,
Maksudnya: “Islam itu tinggi dan tidak ada lagi yang lebih tinggi darinya”.
Sedarlah wahai kaum muslimin sekalian! Masa tidak dapat menunggu kita. Jangan biarkan agama Islam tergadai dengan tangan-tangan durjana.. kitalah yang bakal mempertahankannya!!!
Dari apa yang dipaparkan diatas, penulis mahu kita semua merenung dan menilai. Diantara ketiga-tiga kompenen di atas, kompenen yang terakhir inilah yang paling susah untuk kita bentuk dan tarbiah. Dan kompenen ini jugaklah yang menjadi cabaran yang sangat hebat dan dasyat untuk BPI atau LPI hadapinya. Walaunpun kita mempunyai matlamat dan mekanisme yang sangat hebat dan teratur tapi belum tentu ia akan dapat terhasil sekiranya kita tidak mengambil berat dan serius kompenen yang ketiga ini.
Gerakan dakwah yang dibawa oleh nabi Muhammad adalah adalah sangat sempurna, ia memiliki PURPOSE yang sangat jelas dan nyata dan memiliki PROCESS yang sangat hebat dan agung iaitu Al-quran, As-sunnah dan daulah tetapi kenapa masih ramai PEOPLE yang hancur dan lebur sepanjang peradaban. Apakah punca dan silapnya? Apakah masih ada kelemahan cacatnya dalam gerakan dakwah dan tarbiah Beliau? Masih kurangkah pengikut yang mahu membawa agenda tarbiah dan dakwah beliau? Masih ada lagikah lapangan yang belum sampai Islamnya? Semua persoalan yang penulis lontarkan ini adalah buat renungan kita bersama selaku mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai jundullah. Jawablah dengan ilmu serta bertindaklah dengan perancangan yang bersistem
Cuma apa yang ingin penulis sampaikan di sini adalah dari pandang sudut kita sebagai sorang mahasiswa dan mahasiswi Islam. Punca utama kepada permasalahan dan keterbantukan agenda tarbiah adalah PARADIGM kita. Dalam kata lain mindset atau persepsi kita dalam menerima setiap pembaharuan yang ingin dicapai dan dibawa. Inilah jugak yang ditekankan oleh Ust Hairul Faizal dalam pembentangan beliau tempoh hari dihadapan nuqaba murabbi PPMS. Kita perlu belajar untuk cuba mengubah paradigma kita kepada satu system penbentukan pemikiran berlandaskan lunas-lunas Islam dan isinya.
Sebagai contoh. Kita sebagai seorang naqib perlu melihat tugasan yang diberikan adalah amanah dari Allah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya Allah bukannya sekadar pengiktirafan PPMS kepada kebolehan dan kemampuan sesorang. Begitu jugak ahli yang terpilih untuk mengikuti usrah, perlu melihat mengikuti usrah adalah pilihan Allah keatas diri kita untuk mengubah dan membersih serta mendekatkan diri kepadaNya. Untuk cuba mengubah menteliti, persepsi atau pradigma kita mengikut lunas-lunas Islam bagi penulis ia tidak ada cara lain melainkan diri kita yang ingin mengubahnya dengan banyak membaca bahan-bahan ilmiah dan fikrah, selalu menghadiri siri-siri usrah daln lain-lain.
Kenapa penulis melihat benda ini sangat serius kalau nak dibandingkan 2 kompenen yang lain, ini adalah kerana dengan manusia itu dapat mengubah menteliti atau pradigmalah ia akan mengubah segala-galanya di dunia ini. Dan apa yang kita rencana dan rancangkan akan mendapat kejayaannya secara mudah dan berkesan. Sebagai contoh mudah, penulis bawakan di sini satu survey yang pernah dibuat oleh Prof Thomas C Berry, pensyarah Year University, master di harvard. Kajian dibuat Harvard Bussiness School (HBS) merupakan school bussiness study boleh dikatakan yang terbaik di dunia. Apabila dikaji, soal ilmu, kemahiran dan maklumat hanya memainkan peranan 7% sahaja untuk menyumbang kepada kecemerlangan orang yang graduate daripada HBS, tetapi 93% adalah faktor yang berkaitan dengan SIKAP.
Tapi kita kena ingat! Mengubah paradigm (cara melihat) dengan meruntuhkan persepsi dan mindset yang ada dan menggantikan dengan rasa percaya kepada kita bukanlah kelompok correcting people (yang membetulkan manusia), sebaliknya kita adalah orang yang berusaha untuk connecting people(menyatu padukan manusia).
Jadi apakah tindakkan kita untuk menjayakan misi dan konsep ini? Di sini penulis senaraikan beberapa tindakan yang perlu diambil berat oleh semua yang berperanan dalam menjayakan agenda tarbiah dan dakwah dan seterusnya kepada mereka yang ingin menjinakkan diri untuk terjun kedalam bidang dakwah dan mahu membawa obor tarbiah secara bersama. Insyaalah bagi posting akan dating penulis akan cuba menghuraikan apa yang penulis lontar tadi. Moga ia mendapat manfaat kepada diri ini dan para pembaca sekalian.