TERIMA KASIH DAN UCAPAN TAHNIAH
Moga Kita Semua Mendapat Manfaat Darinya
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. al-Kahfi:109
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Taala yang telah menciptakan diri yang kerdil ini dan makhluk Mu yang lain. Terima kasih ya Allah, kerana memberi peluang kepada penulis untuk terjun ke dalam dunia penulis dengan lebih serius dan dan efektif. Moga apa yang penulis usaha dan kerjakan ini akan di pandang oleh Mu ya Allah sebagai bekalan yang sedikit untuk melayakkan diriku meneguk Air ditelaga Khausar kekasih-Mu.Terima kasih kepada itqan kerana sudi menjadi platform kepada penulis untuk berpencak dalam dunia penulis. Dunia penulis yang menjadi salah satu sunnah wasilah untuk menyampaikan dakwah Islam yang syumul kepada umat. Dunia penulisan yang menjadi amalan dan sifat para ulama salafus soleh dan pimpinan gerakan Islam dalam dunia Islam
Terima kasih yang tidak terhingga penulis ucapkan kepada semua teman-teman team Itqan 08/09. Kerana antum sudi member kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada penulis dalam mengempalai team Itqan pada tahun ini. Dan sudi menahan segala karenah penulis dam berkerja dan berurusan dengan antum kalian. Ala Kulli Halnya, Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan kalian baik di dunia atau di akhirat.
Dalam posting kali ini penulis ingin mengumumkan ketua editor dan timbalan ketua editor yang baru bagi sesi 2010/2011. Dan barangsiapa yang berminat untuk berkhidmat dengan agama Allah melalui mata pena dan memceburi bidang penulis serta mahu meningkatkan prestasi diri, bolehlah berhubung terus ketua editor bagi syabab dan timbalan ketua bagi akhawat. Moga dengan penyertaan kalian yang berminat, kita dapat meneruskan usaha baik ini dan dapat memeriahkan lagi dunia penulis di bumi Syam yang kita sayangi ini.
- Ketua Editor: Ust Azan bin Safar (09 69659116)
- Timbalan ketua Editor: Ustz Abidatul Kamilah Binti Azih (09 91231834)
Tahniah dan syabas penulis, team itqan sesi lepas, PPMS dan seluruh warga mahasiswa/wi Syria ucapkan. Dari 300 mahasiswa/wi kita di bumi Anbiyak ini, antuma terpilih. Bekerjalah dengan berdedikasi dan dinamik.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan Itqan edisi bumper bolehlah berhubung:
Ust Nasrul Islam Mohd Darus: 09 47616629
Ust Mohd Idham Che Azim: 09 40929663
Ust Saifullah Abdullah: 09 44845122
Ust Noor Ikhwan Abd Razak: 09 49647354
Ustz Zuliana Nordin: 09 44946479
Ustz Nor Ain Mat Hasan Lutfi: 09 91231834
Ada sebarang komentar dan candangan membina boleh menghantar ke email: mrawa_malaysia@yahoo.com.
Terima kasih atas sokongan kalian….