Home > ISU DUNIA > 3 MAC 2010:ULANG TAHUN KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIAH TURKI YANG K-86

3 MAC 2010:ULANG TAHUN KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIAH TURKI YANG K-86


Dunia juga tidak dapat mendustakan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin dan pemerintah Mustafa Kamal Ataturk. Dunia melihat persekongkolan antara Mustafa Kamal Atarturk dengan pihak Inggeris dibongkarkan oleh sahabat karibnya, selaku setiausaha peribadinya, Muzhir Mufid Konshuh. Beliau menceritakan tatkala dia diminta untuk menulis perancangan rahsia setelah berjaya memegang tampuk pemerintahan Turki. Beliau menggerakkan pena menulis

Pertama, menjadikan sistem dasar pemerintahan nanti adalah sistem Republik. Kedua, hak dan kemudahan sultan beserta keluarganya akan dihapuskan apabila tepat pada masanya. Ketiga, mengharamkan hijab dari wanita. Keempat, topi tarbus tidak boleh dikenakan dan akan memakai topi seperti bangsa yang maju…Mendengar perancangan ini, pena yang dipegang Muzhir jatuh tanpa disedari. Namun Mustafa Kamal menyuruhnya meneruskan menulis lagi…Beliau akur. Kelima, menukar huruf latin dan menghapuskan huruf Arab… Akhirnya Muzhir menyatakan, “Cukuplah wahai Basya, cukup!”

Tanggal 21 November 1922 di Muktamar Luzan ke-2 yang dihadiri antara wakil Mustafha Kamal Ataturk iaitu Esmut Inono dengan wakil Negara-negara bersekutu iaitu Lord Qiruzon juga memegang jawatan sebagai Menteri Luar Britian. Mereka memutuskan perancangan sulit iaitu: 1) Mustafa Kamal Attaturk hendaklah berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Turki dari Agama Islam. 2) Menghapuskan jawatan khalifah 3) Menghapuskan saki baki pejuang Islam dan menghalau mereka keluar dari Turki. 4) Menggantikan gaya hidup islam timur dengan gaya hidup barat yang tiada ikatan agama dan memusuhi islam.

Bagaimana mereka menjayakan usaha jahat mereka ini? Perancangan rapi dan pelaksaan yang mantap menjadi faktor kejayaan mereka meruntuhkan Islam. Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam mendedahkan konspirasi mereka ini: ü  Mewajibkan rakyat turki memakai topi, padahal pada masa itu topi adalah simbol kekafiran pada pandangan bangsa Turki Muslim. Mereka yang menolak memakai topi, akan digantung di lapangan tersebut. ü  Menghapuskan huruf Arab, dan memaksa mereka menulis dengan huruf Latin. Cara tersebut bertujuan memisahkan bangsa turki secara total dari agama dan warisan mereka. Mereka yang tidak dapat menguasai huruf Latin dengan baik akan dinafikan dari mendapat pekerjaan, kewarganegaraan ditarik dan pengusiran dari tanah air atau dipenjarakan. ü  Melarang poligami dan memutuskan persamaan antara lelaki dan wanita dalam semua hak dan kewajipannya, membangun sekolah kejuruan bagi pemuda-pemudi, membangun sekolah yang mengajarkan tarian timur dan tarian barat, melarang hijab, mengeluarkan wanita dari rumah untuk memegang jabatan kerajaan, membangun teater dan panggung wayang serta mendorong rakyatnya untuk mengadakan pesta tarian. ü  Mengubah dua buah masjid agung iaitu Aya Sofiya dan Masjid al-Fatih menjadi muzium. ü  Membangun ladang contoh untuk memelihara lembu dan babi, yang bermaksud untuk menentang semua nilai Islam yang luhur. ü  Mendirikan patungnya disetiap tempat. ü  Memaksa kaum muslimin menyerukan azan dengan bahasa Turki dan memaksa mereka membaca al-Quran al-Karim dengan Bahasa Turki bukan dengan bahasa Arab. Pernah suatu ketika Mustafa Kamal mendengar azan Subuh dalam Bahasa Arab dari masjid berdekatan dengan istananya, lantas dia memerintahkan supaya masjid tersebut dirobohkan. ü  Memasukkan kalendar barat untuk menggantikan kalendar Hijriyyah. ü  Menghapuskan sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha ü  Menetapkan hari ahad sebagai hari cuti mingguan sebagai ganti hari Jumaat. ü  Melarang kaum muslimin Turki mengerjakan ibadah haji dan melarang kaum wanita memakai hijab.

Akhirnya detik 3 Mac 1924 menjadi satu detik malapetaka bagi seluruh umat Islam. Ya, seluruh umat Islam! Detik ini secara rasminya Mustafa Kamal Attaturk menghapuskan Khalifah Islamiah. Detik mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan Negara. Detik mahkamah-mahkamah syariat ditutup. Detik Jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf dihapuskan. Detik keluarga khalifah Abdul Majid ke-2 serta semua ahli keluarganya dihalau dari Negara Turki. Detik inilah maruah Islam diganyang tanpa erti kemanusiaan. Detik inilah…

Namun, walaupun pelbagai usaha dan tipu daya untuk memadamkan cahaya Islam yang bersinar, ternyata usaha mereka gagal. Malah cubaan untuk menukar negara Islam Turki kepada Negara Sekular Turki mendapat tohmahan dari Parlimen Jerman; “Turki lebih kepada peradaban yang bukan peradaban kita!” Demikian juga kenyataan oleh penulis wanita Turki; “Kita pernah menjadi negara terdepan di timur, kemudian kita menjadi negara yang paling terakhir di barat!”. Natijahnya Turki menjadi seperti kisah burung gagak yang hendak meniru burung rajawali, ia gagal menjadi burung rajawali dan tidak layak untuk kembali menjadi burung gagak!

Walaupun Islam dan umat Islam gagal mempertahankan Khalifah Islam Uthmaniah, namun usaha untuk mengembalikannya terus berjalan. Pengakuan Akhbar Perancis ‘Le Monde Diplomatique’ edisi 18 Januari 1983 yang mengutip dari majalah ‘Ar-Raid’ yang diterbitkan di Jerman menyatakan, “Sekalipun Islam memang tersigkir dari pemerintahan, namun ia tidak pernah tersingkir dihati mereka. Pertubuhan Islam dan pendidikan agama tetap berjalan bahkan mendapat pendokong yang baru. Semangat masyarakat Turki  untuk mempertahankan symbol-simbol islam tetap kuat. Tidak sahaja mereka kembali kepada kelompok (tarikat) Naqsyabandiah, Qadiriah dan lain-lainnya kerana pemerintahan memusuhinya sehingga ia kembali kepada kelompok itu. Lebih dari itu, mereka menolak setiap ajaran dan pandangan yang bertentangan dengan Islam dan kembali kepada kebimbangan rosaknya peradaban Turki ditengah-tengah perkembangan gaya hidup barat”.

Categories: ISU DUNIA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: