Home > MINDA MUJAHID > BERATNYA AMANAH INI….Ya Allah

BERATNYA AMANAH INI….Ya Allah


Adik-adik Jiilul Tahrirku, ingatlah! betapa beratnya amanah ini

Amanah adalah satu perkataan yang sangat ringan untuk dilafazkan oleh seorang manusia dengan menggunakan isi yang tidak bertulang iaitu lidah. Tapi sangat berat dan tidak terperi  kesusahannya untuk melaksanakan dan merealisasikannya. Kerana kita adalah manusia sombong, ego dan jahil. Makhluk yang sanggup menawarkan diri untuk menanggung amanah yang terberat ini selepas para Malaikat, bumi, langit, gunung-ganang, bukit-bukau dan makhluk Maha Pencipta yang  lain tidak mahu dan menolak mentah amanah yang berat ini.

Semua pengakuan kesanggupan untuk memikul amanah ini sudah terakam dalam lembaran kitab maha suci Al-quran  Al-karim dan kalam yang dilafazkan oleh kekasihnya Muhammad penghulu segala nabi.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan”. Surah Ahzab:72.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”. Surah al-Baqarah:30

Walaupun amanah yang dipikul oleh manusia ini adalah satu perkara yang sangat berat dan tidak mampu untuk memikulnya, semua ini terkandung pelbagai hikmah yang pling besar kepada diri manusia itu sendiri. Antara hikmah disebalik semua ini:

  • Pengiktirafan Allah kepada makhluk yang bernama manusia, walaupun ia adalah taklifan dari Allah tapi sebenarnya ia adalah kemulian yang Allah mahu berikan kepada manusia. Mengatasi makhluk-makhluk Allah yang lain.
  • Mahu mengangkat kedudukan manusia ketahap melebihi darjat para malaikatNya dan seisi dunia.
  • Mahu menjadikan manusia ini sebagai makhluk yang paling dikasihi dan tempat untuk didampingi
  • Mahu manusia memasuki tempat yang paling teristimewa yang diciptakanNya iaitu Jannatul Firdaus
  • Mahu memberikan kepada manusia syariat dan segala ciptaanNya yang paling agung iaitu dunia dan Islam sebagai nakhoda untuk mengemudinya.

Tapi semua ini hanya dibentang dan dianugerahkan kepada makhlukNya yang:

Mukminin-Muslimin-Muttaqqin-Muslihin-Mukhlisin-Mujahiddin-mujtahidin

Secara umumnya, amanah paling besar yang telah diberikan oleh Allah kepada makhluk yang bernama manusia  adalah:

  • Khalifah dan King maker kepada dunia

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (manusia)”…Surah al-Baqarah:30

“Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya”. Surah Huud:61

  • Hamba yang taat

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. Surah Adz Dzariyaat:56

Dua amanah yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan setiap insan tidak dapat dielakkan melainkan kita melakukan dalam keadaan suka atau benci, susah mahupun senang seperti mana yang telah disabdakan oleh junjungan besar S.A.W dalam kitab Syarah Nawawi `ala Sohih Muslim:

“Atas seseorang muslim itu  adalah dengar dan patuh, walau dalam keadaan suka atau benci kepadanya”

Juga seperti yang termaktub dalam kitab Risalah Ta`alim, As-syahid Hasan Al-Bana ada berwasiat pada rukun Bai`ah yang ke-6 iaitu Taat:

“Menanggung segala arahan, dan melaksanakannya samada dalam keadan susah mahupun senang, benci atau suka”…..

Penulis mahu membawa pembaca kalian untuk kita  melihat amanah yang letakkan di atas bahu kanan dan kiri kita secara khususnya dan melihat dari perspektif seorang yang bergelar agamawan atau intelektual Islam

  1. Seorang individu kepada diri sendiri: berusaha untuk memjadi insane yang terbaik dari sudut aqidah, ibadah, dan akhlak pada pandangan manusia dan Maha Pencipta.
  2. Seorang anak kepada kedua ibu ayah: berusaha memenuhi hajat mereka, membalas jasa baik mereka, dan mendoakan mereka selamat dunia akhirat
  3. Seorang mahasiswa kepada guru atau pensyarah: manfaatkan ilmu, pengalaman dan kemahiran mereka, kemudian sampaikan kepada masyarakat luar.
  4. Sorang individu kepada masyarakat: selamatkan mereka dari jurang kebinasaan dan tunjuki  mereka cahaya keimanan.
  5. Seorang insane kepada agamanya: menjadi pendokong dan pembela hingga ke hari kiamat>
  6. Seorang rakyat kepada Negara: menjadi rakyat yamg mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Negara dari sudut politik, pendidikan, ketenteraan, hiburan, pentadbiran, sukan  serta lain-lain mengikut acuan dan lunas-lunas Islam.
  7. Individu pimpinan kepada dipimpin: bertanggungjawab untuk membangunkan potensi diri mereka kearah yang lebih dan lebih terbaik dari semua sudut lapangan.
  8. Menjadi pengikut yang yang ikhlas dan jujur kepada pemimpin: berani menegur mereka sekiranya mereka terpesong dari landasan syariat Allah dan membantu mereka dalam membangunkan Negara sekira mereka melaksanakan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
  9. Ahli kepada persatuan atau jemaah Islam: bersifat wala dalam menanggung segala arahan dan tindakan. Memberi nilai kepada persatuan atau Jamaah dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
  10. Individu kepada alam sekeliling: berusaha untuk membentuk suasana dan alam sekeliling mengikut acuan Allah Taala.

Dari apa yang penulis paparkan ini, jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa amanah yang terbeban di atas pundak kita sangat banykan dan sangatlah berat. Orang yang sedar dan beryakinan sahaja yang dapat melaksanakan amanah yang tergalas ini. Paling tidak satu dari sepuluh amanah di atas ada dalam diri kita (banyka lagi sebenarnya amanah kita), dan bersedialah untuk melaksana dan menunaikannya.

Moga dengan apa yang penulis paparkan ini dapat menjadi renungan kita bersama untuk mengoreksi dan menilai diri kita sendiri dengan amanah yang mungkin kita terlupa, terabai dan tidak dapat untuk menunaikan kerana kelalaian kita.

Seperti sabda Nabi S.A.W yang menyuruh kita pemperbaharui iman kita dengan melafazkan dua kalimah syahadah maka begitu juga dengan amana, ia juga perlu kepada pembaharuan dari diri orang menanggung amanah tersebut dengan cara bermuhasabah dan melihat alam sekeliling. Gunalah akal untuk membuat penilai yang tepat kepada amanah kita ini kerana sabda Nabi S.A.W

“ wahai manusia! Setiap sesuatu ada pemandunya, pemandu kepada manusia adalah akal. Orang paling bijak berdalil dan mengenali hujah ia adalah yang paling baik akalnya”.

 “Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggungjawab dan amanah, keretakan padanya selain membawa padah kepada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan.setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jemaah, semakin kita berada diatas, semakin besalah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita”A

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: