JIILUL TAHRIR “BERUKHUWWAH” KE MAQAM ARBA`IAN
Berusarah di Maqam 40 adalah untuk mencari kepuasan sebenarnya
Maqam Arba`in yang terletak di Jabal Qasium adalah salah satu tempat destinasi pelancongan bagi para pelancong yang datang ke bumi Syam. Tempat yang mencatat pelbagai peristiwa besar dalam lipatan sejarah peradaban manusia. Dan menjadi tempat yang paling sesuai untuk melihat dan menikmati permandangan kota Syam secara keseluruhan.
Antara beberapa peristiwa yang terakam dan tercatat dalam sejarah yang berlaku di Jabal Qasium (Maqan Arba`in ):
- Tempat berlakunya peristiwa pembunuhan pertama dalam dunia, yang berlaku diantara anak nabi Allah Adam iaitu Qabil dan Habil
- Tempat pengibadatan Arba`in orang wali Allah, yang setiap wali ini meninggal, ia akan diganti dengan wali yang lain. Bagi mencukupi bilangan wali Arba`in orang dalam satu-satu masa. Sempenan dengan inilah tempat ini di manakan Maqam Arba`in. Dan Arba`in mihrab solat yang terletak di dalamnya adalah sebagai bukti akan cerita ini.
- Tempat beribadatnya nabi Allah Musa dan khizhir `Alaihisalam
- Tempat berhimpunnya para anbiya, para auliya dan orang beriman pada akhir zaman nanti
Penulis tidak mencari fakta yang sebenar berkenaan tempat ini, tetapi penulis naqal dari kebanyakkan sumber dan cerita penduduk setempat yang mashyur. Kepada teman-teman yang mempunyai sumber dan fakta yang yang tetap beserta sumber rujukan yang sahih, bolehlah di kongsi bersama dalam ruangan komenter.
Apapun pun cerita orang berkenaan maqam Arba`in ini, bagi penulis ia tidaklah menjadi topik yang besar untuk kita perkatakan, dalam masa yang sama penulis tidak menafikan betapa peripentingnya sesuatu tempat itu untuk membangun dan meningkatkan prestasi diri bagi seseorang insane dalam mengharungi mehnah kehidupan ini. Khususnya dalam soal tarbiah dan akademik.
Maka di atas pandangan inilah, maka pada 19 Mac 2010 hari Jumaat. Penulis bersama adik-adik usrah Jiilul Tahrir mengadakan ekspidisi mendaki Jabal Qasium yang terletaknya Maqam Arba`in untuk mengadakan usrah dan mengambil pengajaran dari penciptaan Allah Taala bagi menambah keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Meningkatkan pembangunan diri serta mahu mempelbagaikan modus operandi dalam melaksanakan usrah. bukan hanya bersifat statik pada satu-satu tempat sahaja.
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan Bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya Yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”. ( surah al-Ankabut;19)
“Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan Bagaimana kesudahan orang-orang Yang terdahulu dari mereka?” ( surah ar-Rum :9)