Home > MINDA MUJAHID > Wehdatul Fikr Wehdatul Amal: Satu Fantasi Atau Realiti. Vol.1

Wehdatul Fikr Wehdatul Amal: Satu Fantasi Atau Realiti. Vol.1


Formula baru untuk Wehdatul Fikr Wehdatul Amal

Melihat kepada perpecahan ummah Islam selepas tahun 1924, tahun di mana terkuburnya khilafah ummah yang berpusat di Istanbul Turki. Mujaddid Islam telah bangun dan berusaha menyatukan Ummah di bawah satu naugan atau satu kumpulan bagi mengembalikan semua kesatuan ummah. Seperti Syeikh Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhamad Abduh, Syeikh Rasyid Redha dan ramai lagi telah berusaha menyedarkan ummah untuk kembali bersatu di bawah satu tunjang utama iaitu Islam dengan mendirikan semula khilafah yang telah terkubur.

Dari zaman ke zaman, tahun ke tahun, bulan ke bulan, hari ke hari, hinggalah tahun 2010 ini kita telah menyaksikan kebangkitan ummah Islam di seluruh dunia melalui gerakan Islam atau harakah Islamiah yang telah ditubuhkan oleh para pencipta kesatuan dan keadilan. Gerakan ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk mengembalikan kesatuan ummah ke arah mengembalikan khilafah dan keizzahan Islam. Pelbagai slogan dan tema dilaungkan oleh pimpinan gerakan Islam ini dengan pelbagai pendekatan demi untuk menyedarkan ummah betapa peripentingnya kesatuan dalam diri ummah Islam sebelum mereka bercita-cita mendirikan semula khilafah umamh.

“Islam adalah jalan penyelesaia”, “Islam untuk semua”, “Islam adalah agama keadilan dan sejahtera” adalah beberapa contoh slogan atau tema yang dimainkan oleh mereka dalam menyedar dan memaklumkan kepada ummah masa kini bahawa Islamlah agama bagi segala-segalanya. Demi untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

Kenapa isu menyatukan ummah menjadi topik yang selalu dibincangkan bahkan sudah banyak diperkatakan sejak berzaman, tapi hasilnya masih tidak memuas dan menyakinkan? Untuk menjawab kepada persoalan di atas, penulis menyarankan kepada para pembaca untuk membaca dan mengkaji isi kandungan Itqan edisi 35 yang memberi fokus pembantaian ummah: kebobrokan ahzab moden mencabar sensetiviti. Pembaca pasti akan menemui jawapannya.

Untuk menyatukan ummah bukan kerja perseorangan atau tugasan di atas bahu pimpinan mahupun gerakan Islam sahaja, tetapi ia menjadi satu tanggungjawab ke atas setiap individu yang inginkan ummah kembali bersatu bukan seperti yang berlaku sekarang ini. Seperti yang berlaku kepada ummah Islam di seluruh dunia tika ini.

Atas dasar kesedaran inilah, PPMS pada sesi 2010 tampil membawa satu misi yang sangat berat dipikul demi untuk melihat pemikiran dan gerakerja mahasiswa dan mahasiswi Syria berada di bawah satu paksi dan naugan, maka termeterailah gagasan Wehtaul Fikr Wehdatul Amal sebagai satu misi yang ingin dicapai dalam kertas kerja pembentukan PPMS pada tahun ini. Gagasan ini terbentuk adalah bertujuan untuk menjana pemikiran dan tindakan bagi merealisasikan objektif penubuhan PPMS iaitu menyatukan mahasiswa yang menuntut dibumi Syria di bawah satu pertubuhan yang dinamakan Persatuan Pelajar Malaysia Syria.

Gagasan Wehtaul Fikr Wehdatul Amal ini menjadi misi utama pimpinan PPMS tahun ini, bukan bermakna masyarakat PPMS di bumi Syam tidak bersatu  atau berpecah dengan perpecahan yang sangat krikital hingga ia tidak diubati lagi. Atau adalah untuk merapatkan hubungan yang sudah berpecah dan terpecah. Kalau inilah yang difikirkan oleh para pembaca sekalian, penulis rasakan ianya satu persepsi yang sangat salah serta tidak tepat dan boleh penulis katakan ianya satu persepsi yang dilihat dari skop yang sangat sempit, jumud dan persepsi yang membawa kepada ketidakpuasan hati individu tertentu kepada gagasan ini.

Categories: MINDA MUJAHID
  1. Ubaidillah Abdullah (abu muaz)
    12/04/2010 at 10:51 am

    alf makruk..perkembangan yg membanggakan…..ana doakan nta & antum trus diberikan kekuatan ‘mendownload’ seluruh ilmu dan hikmah yg ada di bumi sham…trsukan usaha siiru ‘ala baraka tillah’…ana cadangkan ntum tubuhkan ‘team’ dgn nama ‘mujahid’s circle’ (atau apa2 nama…nak guna nama ana pun buleh) utk menggkaji dan menyebarkan manhaj wasatiah Dr yusof al-Qaradhawi….dlm kontek m’sia hr ini menghadam dan menyebarkan penulisan dr yusof Qaradhawi satu kewajipan….Allah ma’akum

    • mujaheed03
      03/06/2010 at 4:54 pm

      terima kasih abg ubai atas sokongan yang diberikan.doakan kami

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to mujaheed03 Cancel reply