Wehdatul Fikr Wehdatul Amal: Satu Fantasi Atau Realiti. Vol.3
Dari apa yang PPMS susun dan rangka pada tahun ini, masih dalam peringkat permulaan. Ia tidak akan Berjaya sama sekali dengan apa yang dirangcang penulis ulang sekali lagi ia tidak akan Berjaya sama sekali dengan apa yang dirangcang ingat! ia tidak akan Berjaya sama sekali dengan apa yang dirangcang, melainkan penjanaan tenaga dibawah memainkan peranan yang semaknima mungkin iaitu:
Gambar rajah pusingan tenaga dan sekongan yang padu dan utuh dalam organisasi PPMS
Kalau penjanaan tenaga dan Wehdatul Fikr wehdatul Amal dapat dijalinkan, disokong pula dengan sokongan dari sudut moral dan fizikal dari kalangan BKAN dan ahli, maka kita sama-sama boleh melihat sifar mudahnya begini:
Secara teorinya: Hasilnya sangat menarik dan diimpikan oleh semua pihak tetapi, secara praktikalnya tidak seperti kita impikan. Kalau Wehdatul Fikr wehdatul Amal tidak dapat kita jana dan jayakan mulai dari sekarang.
Maka bagaimanakah kita mahu teori yang penulis katakana ini menjadi realiti dan praktikal? Bagaimana mahu menjadikan impian kita semua ini menjadi kenyataan hingga menghasilkan satu kejayaan yang gemilang di dunia dan akhirat? Persoalan yang cuba penulis timbulkan ini adalah sebagai renungan dan muhasabah kita bersama. Mungkin ada dikalangan pembaca sudah daapt menjawabnya dan mungkin ada sebahagain dari para pembaca masih mengerutkan dahi dan mengaru kepala yang tidak gatal memikirkan jawapan kepada persoalan di atas.
Bagi penulis setiap kita mampu untuk menjawab persoalan yang penulis lontarkan ini mengikut neraca pemikiran dan ilmu masing-masing serta sedikit bekalan pengalaman yang sudah ditimba. Tetapi bagi seorang penulis dan orang yang meimbulkan segala persoalan di atas, tentu penulis ada jawapan dan saranannya yang tersendiri. Juga mengikut dan berpandukan kepada neraca keilmuan dan pengalaman hidup penulis. Bukan bermakna segala jawapan dari pembaca itu salah dan tidak tepat. Tidak sama sekali. Sema sekadar untuk perkongsian dan pendedahan secara ilmiah sahaja.
Bagi penulis, jawapan kepada segala persoalan yang penulis lontarkan ini perlu dilihat dari semua sudut dan aspek. Dari sudut pemikiran, georafi, suasana persekitaran dan apa yang paling penting adalah kemampuan dan kekuatan yang kita ada. Secara ringkasnya, penulis melihat jawapannya adalah kita semua perlu kembali dan melihat semula peranan kita masing-masing. Peranan dan tanggungjawab kita ini sangat luas dan besar. Tapi penulis akan hadkan peranan dan tanggungjawab kita ini mengikut apa yang sudah termaktub dalam perlembangaan PPMS. Hidup seorang mukmin mestilah mengikut perlembagaan Al-quran dan As-sunnah, baru kita tidak terpesong dan tersesat. Begitulah kita ini sebagai seorang pimpinan PPMS dan ahli kepada Persatuan.
Kita perlu ingat, kita semua ini ada peranan, amanah dan tanggungjawab masing-masing. Kerana dengan kembalinya kita kepada peranan kita masing-masing, maka segala permasalah yang berlaku selama ini tidak akan berlaku dan kita boleh melaksanakan agenda PPMS dengan lancar dan tersusun. Tapi sekiranya perana, amanah dan tanggungjawab ini diabai dan dilupakan, maka akan timbullah permasalah yang ada sekarang. Masalah betapa sukarnya untuk kita mencapai Wehdatul Fikr wehdatul Amal.
Oleh itu penulis akan nyatakan semula perana dan tanggungjawab kita seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan dan kertas kerja pembentukan. Pimpinan ada peranannya, BKAN ada peranannya dan ahli juga ada peranannya. Apakah peranan kita????:
Peranan PPMS
(Mengikut perlembagaan PPMS fasal 6)
MATLAMAT
Matlamat Persatuan ialah:
- Menyatukan seluruh pelajar Malaysia di Syria di bawah naungan Persatuan.
- Menimbulkan kesedaran Islam yang sebenar di kalangan ahli.
- Meningkatkan tahap keimanan, keilmuan, daya keintelektualan dan kemahiran ahli ke arah yang lebih progresif.
- Menjaga kebajikan ahli dari sudut akademik dan kemasyarakatan.
- Mengukuhkan persaudaraan Islam dan memupuk kerjasama yang erat di kalangan ahli.
Perana BKAN
(Mengikut Kertas kerja pembentukan BKAN sesi 2010)
- Bekerjasama semaknima mungkin dengan PPMS.
- Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam semua program, yang dianjurkan oleh PPMS.
- Menghulurkan bantuan dari pelbagai sudut mengikut kemampuan BKAN.
- Menjadi PIC utama dalam mendekatkan ahli kepada PPMS.
- Menjadi mata dan tangan kepada dalam menjalankan misi AMANAHMU.
- Menjadi panel utama dalam menjaga kebajikan dan akademik ahli.
- Menjayakan sistem Yang Berhormat (YB) dan institusi mas`ul bersama PPMS.
- Bersama PPMS dalam menjayakan misi “Tarbiah Agenda Bersama”.
- Menjana sumber kewangan PPMS.
Perana Ahli
(Mengikut Perlembagaan PPMS fasal 8)
Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
- Menghormati dan mematuhi perlembagaan Persatuan dan segala etika disiplin yang dikeluarkan.
- Sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran Persatuan.
- Sentiasa menjaga hubungan baik Persatuan dengan semua pihak.
- Sentiasa mewujudkan suasana harmoni dan menjaga nama baik Persatuan.
Tambahan dari Pimpinan PPMS sesi 2010:
- Kehadiran dalam setiap program yang dianjurkan oleh PPMS dan BKAN
- Keterlibatan ahli dalam menyumbang tenaga, idea, cadangan amat-amat dialukan bagi kesinambungan program PPMS dan BKAN buat masa akan datang.
- Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia pada pandangan umum masyarakat Arab Syria dan umum.
- Menjadi Duta kecil PPMS dan Malaysia dalam membawa misi PPMS dan Malaysia.
Akhirnya, penulis mahu mengakhiri perbincangan berkenaan Wehdatul Fikr wehdatul Amal dengan menukilkan perutusan Presiden PPMS 2010 dalam ucaptamanya yang bertajuk “Pasak perpaduan, Gempur Perubahan” pada 19 Disember 2009 di Pusat Pentadbiran PPMS. Pada item 1.3 iaitu Mewujudkan Kesatuan Pemikiran Dan Kerja Moga kita mendapat manfaat darinya. Dan menjadikan kita semua orang-orang yang berusaha untuk merealisasikan gagasan Wehdatul Fikr wehdatul Amal.
“Pasak Perpaduan, Gempur Perubahan menjadi mekanisma penting yang mesti difahami semua pihak yang terlibat tidak kira pimpinan dan ahli. Keberkesanan dalam melaksanakan misi ini memerlukan kerjasama dan kesefahaman yang utuh dalam membangunkan kompenana-kompenan yang berkait padanya. Seperti pemerintah dengan rakyat, majikan dengan pekerja dan pemimpin dengan ahli. Perbincangan dan keputusan dari kedua-dua pihak sangat memainkan peranan penting dalam membuahkan hasil yang sempurnan”.
Muhammad Mujahid Mohd Mohtar