Archive
Embun Hidayah
Alhamdulillah, bersyukur penulis kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan dan keizzinan untuk menghirup udara keimanan dan ukhuwah kerana Islam. Kerana dengan Islam, kita semua disatukan. Kelazatan dalam berukhuwah lebih penulis terasa apabila ukhuwah dan talian persahabatan yang diikat dan dibina merentasi benua, bangsa, negara, warna kulit dan iklim.
KENAPA ABANG MUJAHID CAKAP DUA BULAN?….
Usrah boleh dilakukan degan pelbagai cara dan kaedah. Yang penting ia diteruskan dan istiqamah. Prinsip Jiilul Tahrir: usrah hingga ke syurga.
“Abang mujahid, kita nak buat jugak ke usrah dalam musim imtihan ni”? Kata seorang ahli diskusi JT kepada penulis.
“kenapa anta Tanya macam tu”? Jawab penulis.
“bukan apa, kot kita nak berhenti sat, untuk masing-masing tumpu imtihan”? katanya dengan jawapan untuk menyakinkan penulis sebagai naqibnya.
“cuba anta bayangkan, apa akan terjadi kepada seorang manusia itu apabila dia tidak makan dan tidak minum selama dua bulan? Soal penulis kepada kepada anak buah yang manja ni.
“Kenapa abang Mujahid cakap sampai dua bulan?” sambungnya lagi..
HARI LAHIR: MISI MENTAJDIDKAN BAI`AH
Kek pertama dalam hidup untuk meraikan hari lahir mindamujahid
Artikel ini penulis coretkan sempenan hari lahir penulis pada 12 Mei yang lalu. Artikel ini penulis persembahkan untuk diri sendiri sebagai hadiah yang teristimewa dan untuk muhasabah diri. Penulis persembahkan juga kepada mereka yang menyambut hari lahir dalam bulan Mei ini, tidak dilupakan juga kepada mereka yang sudah dan yang akan meraikan hari lahir mereka. Moga apa yang penulis lakarkan ini, akan memberi manfaat kepada kita semua.
Terima kasih penulis ucapkan kepada adik-beradik seperjuangan di bumi Syam kerana mendoakan kerahmatan dan keberkatan dalam umur penulis. Moga apa yang kalian doa dan belanjakan untuk penulis juga terbias kepada kalian dalam meniti baki-baki umur di dunia ini. Tidak ada istilah yang lebih besar selain kalimah syukur yang dapat penulis ucapkan kepada Maha Pencipta kerana memanjangkan usia dan umur penulis untuk mengambil segala manfaat yang telah diciptakan oleh Allah Taala. Dalam masa yang sama untuk memberikan peringatan kepada penulis untuk penulis berhenti sejenak bermuhasabah atas apa yang penulis laku dan amalkan selama ini.