Home > MINDA MUJAHID > KENAPA ABANG MUJAHID CAKAP DUA BULAN?….

KENAPA ABANG MUJAHID CAKAP DUA BULAN?….


Usrah boleh dilakukan degan pelbagai cara dan kaedah. Yang penting ia diteruskan dan istiqamah. Prinsip Jiilul Tahrir: usrah hingga ke syurga.

“Abang mujahid, kita nak buat jugak ke usrah dalam musim imtihan ni”? Kata seorang ahli diskusi JT kepada penulis.

“kenapa anta Tanya macam tu”? Jawab penulis.

“bukan apa, kot kita nak berhenti sat, untuk masing-masing tumpu imtihan”? katanya dengan jawapan untuk menyakinkan penulis sebagai naqibnya.

“cuba anta bayangkan, apa akan terjadi kepada seorang manusia itu apabila dia tidak makan dan tidak minum selama dua bulan? Soal penulis kepada kepada anak buah yang manja ni.

“Kenapa abang Mujahid cakap sampai dua bulan?” sambungnya lagi..

kalau dah tak makan tak minum, bukan sekadar dua bulan dua hari pun dah melelong silap-silap tak bangun. Apatah lagi abang Mujahid ni, lagi la..hahaha”. Dia menjawab dengan penuh bersemangat sambil cuba untuk menyenkat penulis yang dianggapnya sebagai seorang yang makan banyak. Tapi hakikatnya penulis tidak seperti itu (tidak percaya ka?).

Amboi perli nampak? Jawab penulis

“Macam tulah tarbiah dan dakwah begitu juga amal tarbawi seperti usrah ni, ia adalah makanan dan minuman kepada ruh dan rohani kita. Amal-amal tarbawi sebeginilah yang menjadi makanan dan minuman utama kepada ruh dan spiritual manusia. Ia juga perlukan makanan dan minuman seperti jasad luaran kita perlukan makanan dan minuman setiap hari.

Kalau kita berhenti usrah dalam musim exam ni bermakna selepas dua bulan pulak kita akan berusrah. Kerana dalam dua bulan kita masing-masing sibuk dengant exam masing-masing. Cuba anta bayangkan lepas Maahad Duwali kemudian Ta`hili Abu Nour, kemudian Takhssus Fatah kemudian Kuliah Abu Nour lepas tu daur thani pulak. Jawab penulis dengan penuh bersemangat seperti amanat Kiyai Rahmat Abdullah kepada anak usrahnya dalam filem Snag Murabbi.

Sambung penulis lagi..”dan cuba anta banyangkan pula, ruh kita tidak makan dan tidak minum selama bulan bulan, apa yang akan terjadi? Anta kata boleh melelong dan silap-silap tak bangun. Ana kata pulak, bukan sekadar melelong, bahkan boleh membunuh. Apabila ruh sudah terbunuh secara automatiknya jasad akan terbunuh walaupun dari segi zahirnya kita melihat luarannya nampak hebat dan kemas macam badan ana ni yang dikatakan maskulin. Coleteh penulis sambil mengangkat bakul diri sendiri. Niat penulis adalah untuk memberatkan si dia untuk memehami apa yang penulis sampaikan.

Dia berfikir sejenak.. kemudian berkata:

”betul juga cakap abang tu, kalau macam tu kita buat la. Ana tak da masalah insyaalah..ana akan cuba bagi komitmen”.

Lega hati ini mendengar jawapannya. Moga Allah memberikan kejayaanya dalam imtihan. Kata penulis di dalam hati. Kemudian kata penulis kepadanya..

“macam nilah anak usrah ana, ana harap anta faham kenapa ana cakap macam tu. Penting sebenarnya pengisian ruhani ni, Cuma mungkin dari sudut perlaksaannya kita akan pelbagaikan dan lebih cepat dari usrah-usrah kita seperti biasa untuk memberi peluang kepada semua pihak. Exam pun exam, usrah pun usrah juga. Moga dengan usrah yang kita buat ini. akan membantu dan memudahkan kita untuk menjawab dalam imtihan nanti” coleteh penulis lagi

Coletehan penulis yang terakhir ini sebelum kami berpisah dengan untuk lebih memberikan keyakinan kepadanya supaya ia tidak bersetuju disebabkan pujukan penulis sebagai seorang naqib, tetapi mengharapkan dia bersetuju dengan sebab kefahamannya kepada betapa peripentingnya pengisian tarbiah ini dalam diri seseorang insane apatah lagi bagi mereka yang mengelarkan diri sebagai pendokong agama ini.

Dari diolog ringkas di atas, dapat penulis simpulkan untuk para pembaca sekalian bahawa agenda amal tarbawi ini amat-amat penting kepada diri. Masakan tidak, antara misi utama nabi Muhammad di utuskan adalah kerana untuk mendidik dan mentarbiah manusia melalui pendekatan Al-Quran dan As-sunnah. Untuk menbawa agama ini, kita perlu ditarbiah seperti Allah Taala mentarbiah nabi sebelum Beliau mampu memikul amanah sebagai nabi akhir zaman.

Kalau logik akal tidak boleh menerima bahawa manusia tidak mampu bertahan sekira tidak makan dan minum selama beberapa hari, maka begitu jugalah ruh dan hati manusia. Ruh dan hati adalah enjin utama untuk membawa aksesori luaran manusia.

Kalau enjin utama pun rosak dan tidak dapat berfungi dengan baik maka tidak ada gunannya aksesori yang mahal dan cantik. Bagaimana mampu hati seseorang insane yang sudah mati dari ruh tarbiah untuk membawa dan memikul amanah serta agama ini, silap-silap untuk membawa badan sendiri pun tidak mampu.

Nasihat penulis kepada diri sendiri dan sahabat naqib naqibat, supaya terus thabat dalam melaksanakn agenda tarbiah ini bersama anak usrah masing-masing. Walaupun ketika kita berada dalam marhalah atau di musim imtihan. Kalau kita mahu berhenti juga dari melaksanakan agenda amal tarbawi ini, maka penulis mencabar, supaya sahabat sekalian berhenti juga dari makan dan minum selama dua bulan.

kenapa makanan dan minuman untuk jasad kita manja dan pelihara? tetapi dalam masa yang sama, kita menggekang dan menzalimi ruhani kita daripada menikmati makannan dan minumannya. Bukankah zalim itu, neraka tempat bersemadinya? Renung dan fikir-fikirkanlah….Tarbiah Agenda Kita bersama

p/s: :Agenda tarbiah amat berat, tapi jangan memberatkan:: tajuk artikel penulis yang masih dalam penulisan.



Categories: MINDA MUJAHID
  1. 16/06/2010 at 3:43 pm

    bgus….jwapan utk memstikan pncernaan minda dgn mntap skali..ana ska

    • mujaheed03
      28/06/2010 at 4:15 pm

      terima kasih melayari blog ana. tjuk nya em
      bun hidayah

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: