Archive

Archive for June, 2010

Bulan Rejab – Nama dan Kelebihannya

Sebenarnya terdapat beberapa bulan dan tempat yang mendapat tempat yang istimewa pada sisi Allah berbanding yang lainnya. Tetapi perlu diingatkan bahwa tingkatan sesetengah tempat dan masa adalah berdasarkan sumber-sumber yang sohih. Banyak hadith yang meriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab adalah lemah ataupun palsu dan semestinya kita hendaklah mengambil sumber yang sohih sebagai panduan dan asas kepada hujah-hujah kita dalam mengatakan tentang bulan Rejab.

Walaupun begitu, kita harus ingat bahawa terdapat beberapa peristiwa yang sangat penting berlaku semasa bulan Rejab iaitu malam Isra’ dan Mikraj (menurut beberapa pendapat), peperangan Tabuk dan pembebasan Masjidil Aqsa daripada kaum salib di tangan Salahuddin Al-Ayyubi. kita seharusnya mengingati peristiwa-peristiwa ini kembali dan mempelajari resipi kejayaan daripada generasi lepas.

Syaikh ‘Atiyyah Saqr, bekas pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar berkata;

Al-Hafidh Ibn `Ali ibn Muhammad ibn Hajar Al-`Asqalani, seorang tokoh ilmuwan Islam menulis satu kajian yang detail bertajuk “Tabyeen Al-`Ajab bima Warada fi Fadl Rajab.” Ibn Hajar mengatakan bahwa hampir semua hadith yang melaporkan tentang kedudukan bulan Rejab dan kelebihannya dengan berpuasa dan solat sunat adalah tergolong di dalam hadith-hadith yang lemah dan palsu.

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

WikiIslam – Ensiklopedia Memusuhi Islam

 

Islam terus menjadi sasaran media kuffar untuk di permainkan dengan harapan pandangan umum terhadap Islam dan Ummat terus buruk dengan pelbagai sterotype yang telah di pamerkan oleh mereka. Di kalangan kaum Muslimin mungkin ramai yang tidak pernah mendengar tentang laman ini http://www.WikiIslam.com yang mengandungi content penuh dengan penipuan dan pemalsuan terhadap ajaran dan sejarah Islam yang menjadi salah satu sumber rujukan umum terutamanya mereka yang selesa berbahasa Inggeris.

WikiIslam mempunyai sejarah penubuhan yang tersendiri. Ia berasal daripada seorang yang murtad daripada Islam berasal dari Iran yang tidak taat kepada Allah dan Rasul dan menetap di Kanada. Pendiri laman ini berakar umbi daripada Faith Freedom International pada September 2006 yang mengklaim diri mereka sebagai pergerakan ex-Muslim yang kuatir terhadap peningkatan ancaman Islam terhadap dunia.

Ternyata laman ini di dalangi oleh kaum kuffar yang bencikan Islam kerana nyata tertulis dalam laman FAQ WikiIslam ini laman in bertujuan untuk membantu Muslim meninggalkan Islam dengan menyediakan maklumat yang tidak benar terhadap Islam. Read more…

Categories: KITA DAN ISLAM

ISLAM JUGA ADA PRINSIP DAN HAKNYA…- Dr Wahbah az-Zuhaily

Bukan penulis yang menemuramah,..gambar ini penulis bersama teman seperjuangan Ust Zulhelmi At-takiri ( blogger attakiri.blogspot.com). ketika menemani beliau menziarahi Syeikh Dr Wahbah Zuhaily sebulan yang lalu

Dr. Wahbah Al-Zuhaily, salah seorang ulama’ besar kotemporari Damsiyq dan dunia Islam telah ditemubual oleh wartawan Itqan berkenaan perkembangan agama dan politik Islam di Malaysia. Ikuti wawancara ekslusif berikut… (wawancara ini telah disiarkan dalam majalah Itqan PPMS edisi 33 yang bertajuk Siasah Syar`iyyah: Tuntutan dan perlaksaannya.). Penulis postingkan buat tatapan ahli gerakan Islam dan sidang pembaca yang budiman.

Itqan : Selepas kejayaan gerakan Islam di Malaysia, ianya telah mengorak langkah untuk bergabung dengan gerakan bukan Islam. Gerakan ini mewakili suku kaum yang pelbagai. Gerakan Islam ini masih belum mampu untuk memimpin seluruh negeri di Malaysia melainkan dengan mendapatkan sokongan daripada gerakan bukan Islam yang lain. Masyarakat Islam di Malaysia mendesak supaya hukum-hakam Islam ditegakkan secara drastik, dalam masa yang sama gerakan lain tidak bersependapat dengan desakan tersebut. Justeru, bagaimanakah metod terbaik bagi gerakan Islam tersebut mengatasi masalah ini?

Dr. Wahbah al-Zuhaily :Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…Amma ba’d;

Sesungguhnya percampuran suku kaum di Malaysia dan juga di negara-negara lain yang majoritinya orang Islam memerlukan kepada satu uslub hikmah dalam berpolitik. Antaranya adalah dengan tidak menyekat non-muslim bebas dari melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka. Namun, di sana terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi bersama. Contohnya, peraturan-peraturan sivil, undang-undang jenayah dan undang-undang yang bersangkutan dengan perlembagaan negara. Maka, apabila dikatakan tidak menghalang non-muslim bebas dari melakukan aktiviti-aktiviti mereka bukanlah bermakna kita menggadai prinsip-prinsip asal kita yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Oleh itu, pelaksanaan perkara-perkara tersebut adalah termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan hukum syariat, undang-undang, ketamadunan etika atau akhlak serta keagamaan ini dianggap suatu konteks terpenting yang mana undang-undang Malaysia sememangnya tidak terlepas daripadanya.

Itqan : Oleh itu, apakah prinsip-prinsip asas yang perlu ada pada gerakan Islam tersebut jika mendapat tentangan daripada gerakan-gerakan lain?

Read more…

Categories: KITA DAN ISLAM

Apabila Imtihan Menjelma Lagi

Sumber asal: www/e-ppms.org

Bismillahirrahmanirrahim,

Menyorot kembali sejarah ulama-ulama terdahulu, bagaimana cara mereka dalam menuntut ilmu menyebabkan kita merasa betapa jauh jarak yang membezakan antara cara kita dan cara mereka. Kita yang telah dihidangkan berbagai-bagai kemudahan, namun masih  melutut di takuk yang sama. Ulama terdahulu sanggup merentasi negara dan benua dalam usaha mencari sepotong hadis. Betapa hebatnya kehendak mereka dalam mencari ilmu pengetahuan bak kuku dan isi, tidak boleh dipisahkan.

Menjelang musim imtihan yang akan tiba tidak lama lagi, suka penulis menyentuh mengenainya. Penulis rasa ramai yang sudah memperhebatkan usaha-usaha bagi mendapatkan kejayaan yang diidam-idamkan oleh semua pelajar. Dari kelas khususi hingga ke meja study, semuanya rancak berjalan. Seronok kitab-kitab kerana sudah tidak berhabuk lagi setelah lama menyepi.

Apa yang paling penting dalam diri kita semua ialah kefahaman mengenai perlunya kita mengambil sebab untuk berjaya. Ada orang kata, “bace banyak-banyak pun buat ape, kalau Allah tak bagi lulus tak lulus juga”. Jika ada yang berfikir sebegini ianya adalah satu kesilapan yang besar. Allah swt sendiri telah menyarankan supaya kita mengambil sebab dalam apa jua keadaan sekalipun. Penulis teringat sebuah kata-kata yang masyhur daripada saidina umar: ”Ya, kita melarikan diri dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah yang lain”

Ada juga orang berkata “Bila nak dekat imtihan baru nak tingkatkan usaha, nampak cam tak ikhlas dengan ilmu, lebih baik buat cam biase”. Betulkah kata-kata ini? Dari satu sudut mungkin nampak betul tetapi dari sudut yang lain ianya salah. perkara pertama yang kita perlu fahami ialah imtihan ini adalah salah satu dari pembelajaran. Jadi apa salahnya kita membaca kitab untuk imtihan kerana imtihan tidak berbeza dengan cara pembelajaran yang lain. Yang salah, sekiranya sebelum imtihan langsung tidak membaca buku, bila tiba imtihan baru mula kelam-kabut. Kita telah memilih cara belajar yang perlu menghadapi imtihan, jadi masuk akallah sekiranya apabila imtihan semakin hampir, kita tingkatkan usaha semaksimum yang mungkin.

Bak kata pepatah ”Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”, ianya amat bertepatan dengan keadaan tika ini. Jika yang mahu mencapai kecemerlangan, seribu satu usaha sedang dilakukan. Namun bagi yang sebaliknya masih leka dibuai mimpi indah bersama sang bidadari, Bila ditanya, seribu satu alasan dan dalih diberikan. Terkadang penulis perhatikan, apabila semakin banyak ilmu seseorang dia akan semakin pandai beralasan.entahlah…

Ramai di kalangan kita yang sudah mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi peperiksaan. Dari petua Dr. Fadhilah kamsah hingga ke H.M Tuah Iskandar, semuanya sudah bersedia. Namun, dalam kita bersiap secara zahirnya jangan kita lupakan persiapan rohani. Marilah kita lebih mendekatkan diri kepada tuhan yang menciptakan alam ini. Diri kita, syeikh hingga imtihan semuanya dia yang ciptakan. Maka untuk kita mendapatkan kecemerlangan di dalam imtihan, perkara pertama yang kita patut lakukan ialah menguatkan keyakinan kita terhadap Allah swt dengan ibadat-ibadat yang telah disyariatkan. Biarlah petua dari motivator yang terhebat sekalipun, jika diri kita berjauhan dengan Allah swt, sukar untuk kita mendapatkannya.

Read more…

Categories: KITA DAN ISLAM

DI MANAKAH KITA KINI?

Zaman Kegemilangan Kita : selama 1314 tahun

Artikel ini saya tuliskan untuk Majalah Itqan PPMS pada tahun 2009 edisi 35 yang bertajuk:Pembantaian Ummah: Kebobrokan Ahzab Moden Mencabar Sensitiviti . Saya publishkan kembali artikel ini buat tatapan sahabat-sahabat semua.

“…Demi Allah, jejari yang setiap hari berzikir mentauhidkan Allah ini, enggan sekali menulis satu ayat pun yang memperakui dan tunduk kepada taghut…” – al-syahid Sayyid Qutb

Selepas menyelesaikan misi untuk menghabiskan beberapa buah buku dan bahan bacaan bersifat sejarah, pemikiran dan politik dalam beberapa minggu, tersentak di pemikiran dan terdetik di hati ini kelemahan dalam memahami isi kandungan dengan sebaik mungkin    terhadap bahan bacaan tersebut dan disampaikan kepada khalayak umum. Kemalasan   untuk membaca, mengkaji dan menyelidik adalah menjadi punca sebenar kepada perkara ini berlaku.

Tetapi terpaksa penulis melakukan demikian untuk menghasilkan satu natijah terbaik dalam mengolah dan menghuraikan isu yang diketengah dan dibincangkan oleh Itqan pada kali ini. Pembantaian Ummah: Kebobrokan Ahzab Moden Mencabar Sensitiviti. Tajuk fokus ini dijadikan sebagai edisi bumper kerana ia dilihat tidak ada isu yang paling besar yang      berlaku di dunia ini melainkan isu ummah sejagat. Permasalahan yang berlaku ini adalah bukan disengajakan tetapi ia telah direncana dan dirancang oleh musuh Islam sejak kewafatan kekasih mulia Muhammad s.a.w.

Penulis bahagikan penulisan ini kepada beberapa bahagian dan sudut yang penting, dalam menghuraikan secara keseluruhan kepada apa yang dibincangkan dalam Itqan keluaran kali ini:

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID