Archive

Archive for 28/06/2010

Bulan Rejab – Nama dan Kelebihannya

Sebenarnya terdapat beberapa bulan dan tempat yang mendapat tempat yang istimewa pada sisi Allah berbanding yang lainnya. Tetapi perlu diingatkan bahwa tingkatan sesetengah tempat dan masa adalah berdasarkan sumber-sumber yang sohih. Banyak hadith yang meriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab adalah lemah ataupun palsu dan semestinya kita hendaklah mengambil sumber yang sohih sebagai panduan dan asas kepada hujah-hujah kita dalam mengatakan tentang bulan Rejab.

Walaupun begitu, kita harus ingat bahawa terdapat beberapa peristiwa yang sangat penting berlaku semasa bulan Rejab iaitu malam Isra’ dan Mikraj (menurut beberapa pendapat), peperangan Tabuk dan pembebasan Masjidil Aqsa daripada kaum salib di tangan Salahuddin Al-Ayyubi. kita seharusnya mengingati peristiwa-peristiwa ini kembali dan mempelajari resipi kejayaan daripada generasi lepas.

Syaikh ‘Atiyyah Saqr, bekas pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar berkata;

Al-Hafidh Ibn `Ali ibn Muhammad ibn Hajar Al-`Asqalani, seorang tokoh ilmuwan Islam menulis satu kajian yang detail bertajuk “Tabyeen Al-`Ajab bima Warada fi Fadl Rajab.” Ibn Hajar mengatakan bahwa hampir semua hadith yang melaporkan tentang kedudukan bulan Rejab dan kelebihannya dengan berpuasa dan solat sunat adalah tergolong di dalam hadith-hadith yang lemah dan palsu.

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

WikiIslam – Ensiklopedia Memusuhi Islam

 

Islam terus menjadi sasaran media kuffar untuk di permainkan dengan harapan pandangan umum terhadap Islam dan Ummat terus buruk dengan pelbagai sterotype yang telah di pamerkan oleh mereka. Di kalangan kaum Muslimin mungkin ramai yang tidak pernah mendengar tentang laman ini http://www.WikiIslam.com yang mengandungi content penuh dengan penipuan dan pemalsuan terhadap ajaran dan sejarah Islam yang menjadi salah satu sumber rujukan umum terutamanya mereka yang selesa berbahasa Inggeris.

WikiIslam mempunyai sejarah penubuhan yang tersendiri. Ia berasal daripada seorang yang murtad daripada Islam berasal dari Iran yang tidak taat kepada Allah dan Rasul dan menetap di Kanada. Pendiri laman ini berakar umbi daripada Faith Freedom International pada September 2006 yang mengklaim diri mereka sebagai pergerakan ex-Muslim yang kuatir terhadap peningkatan ancaman Islam terhadap dunia.

Ternyata laman ini di dalangi oleh kaum kuffar yang bencikan Islam kerana nyata tertulis dalam laman FAQ WikiIslam ini laman in bertujuan untuk membantu Muslim meninggalkan Islam dengan menyediakan maklumat yang tidak benar terhadap Islam. Read more…

Categories: KITA DAN ISLAM