Home > MINDA MUJAHID > MUHASABAH SEPARUH PENGGAL PPMS 2010

MUHASABAH SEPARUH PENGGAL PPMS 2010


Pimpinan dan ahli perlu bermuhasabah dalam setiap masa. Setiap kita ada kelemahan dan kekurangan

BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM.

Segala puji-pujian hanya untuk Pemilik & Pentadbir sekalian ‘alam.Selawat & salaam ke atas Nabi yang mulia, Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda juga para sahabat baginda, radhiyallaahu ‘anhum ajma’iin.Dan mereka yang memikul beban dakwah Islamiyyah sehingga ke Hari Kebangkitan.

Allah S.W.T. telah berfirman :

” Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” ( Surah Al-Hujuraat: 10)

ASSALAAMU’ALAIKUM WA RAHMATULLAAHI WA BARAKAATUH.

Saudara/ri yang saya hormati lagi di kasihi Allah sekalian.

Pada sesi kedua penggal 2010, PPMS memberikan penumpuan kepada muhasabah separuh penggal. Dalam merangka perjalanan yang lebih baik, sistemetik dan berkesan buat masa akan datang. Muhasabah yang akan dijalankan oleh pihak PPMS ini merangkumi pelbagai aspek dan sudut dari sekecil-kecil perkara hinggalah isu keselematan yang semakin hangat berlaku.

PPMS menyeru kepada semua Ahli, terutamanya exco PPMS, YDP BKAN dan ahli biasa untuk bermuhasabah kepada diri sendiri dan PPMS dengan memberikan pandangan, kritikan, teguran dan lain-lain kepada PPMS. Moga dengan pandangan dari ahli akan memberikan kebaikan kepada pimpinan dan PPMS buat masa akan datang.

Muhasabah adalah merupakan satu juzu’ penting di dalam jadual hidup muslim. Tanpanya, insan akan senantiasa mengulangi kesilapan tanpa merenung ke dalam diri, menghisap ‘amal perbuatan, mengakui ketelanjuran seterusnya merendahkan diri memohon maaf. Tujuan tulisan adalah untuk menemukan titik-titik perdamaian.Semoga ia mendatangkan manfaat & maslahah bersama.

RENUNGAN.

Imam an-Nawawi r.h telah menghimpunkan hadith-hadith berkenaan larangan mencerca sesama muslim, di dalam kitabnya yang mahsyur;Riyardhus-sholihiin: baab an-nahyi ‘an al-ii dzaa’ , & baab an-nahyi ‘an at-tabaaghudh wa at-taqaatu’ wa at-tadaabur.(larangan permusuhan, memutuskan hubungan & bertengkar).

Firman Allah S.W.T. (bermaksud); “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara” (Surah al-hujuraat: 10) .

Manakala ciri-ciri orang yang beriman itu adalah sebagaimana firman Allah di dalam ayat yang lain; (bermaksud); “…yang bersikap lemah-lembut terhadap orang yang beriman, yang bersikap keras terhadap orang kafir(yang memusuhi islam)..” ( surah al-Maidah:54).

Firman AllahS.W.T. lagi (bermaksud); ” Muhammad itu adalah pesuruh Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang yang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka..” ( surah al-Fath: 29).

Diantara hadis-hadis yang berkenaan ialah ; Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Aash r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah S.A.W.

“Seorang muslim itu (adalah) barangsiapa yang sejahtera orang-orang Islam lain daripada lidahnya dan tangannya, dan orang yang berhijrah (adalah) barangsiapa yang meninggalkan perkara yang ditegahi Allah daripada (mengerjakan)nya”.

Yang dimaksudkan “muslim” disini ialah ; muslim yang sempurna.Iaitu dia tidak menuturkan (dengan kata-kata) atau berbuat (dengan tangannya) sesuatu yang boleh menyakiti hati saudaranya. Sabda Rasulullah S.A.W. lagi (mafhumnya) :

“Janganlah kamu berbencian, dan janganlah berhasad,dan janganlah bertengkar,dan janganlah memutuskan(persaudaraan), dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak dihalalkan bagi seorang muslim menjauhi(tidak bertegur)akan saudaranya melebihi tiga hari”.

Saudara/ri yang di kasihi sekalian,

ayat-ayat dari Kitab Allah & juga hadith-hadith yang disebutkan tadi sudah begitu ma’ruf lagi difahami oleh kebanyakan kita.Persoalan yang masih berlegar-legar di sini ialah kita masih lagi tidak dapat mengamalkannya.Sebenarnya syaitan itu senantiasa ia mencari-cari ruang untuk melaga-lagakan kita sesama muslim & mu’min. Firman Allah SWT: (bermaksud) ” Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaithan, sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagi kamu”.

KHULASHOH

Apa yang dapat di ambil perhatian di sini bagi mengelakkan berlakunya pertikaman lidah & kata-mengata di antara satu sama lain sehingga mendatangkan ‘aib sesama kita.Adalah perlu kita sedari di dalam perbincangan tersebut kita tidak dapat menolak bahawa adanya perbezaan orientasi pemikiran, perasaan, haluan politik, patriotisme & naluri kejiwaan yang berbagai-bagai dikalangan kita, yang mana ia boleh mencetuskan ‘perbahasan’ sengit sekiranya tidak mampu dikawal dengan baik.

Apa-apa isu pun selepas daripada ini, haruslah ada signifikasi untuk kita berhujah dengan matang dan saling hormat-menghormati di antara satu dengan sama yang lain.

Sebarang kesilapan saya, harap dapatlah ditegur…

 Setiap pandangan, kritikan dan teguran boleh disalurkan ke: ppms_info@yahoo.com

Muhammad Mujahid Mohd Mohtar
Pemangku Presiden PPMS 2010
Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: