Archive

Archive for 19/09/2010

Adakah mindamujahid akan bersawang lagi?

19/09/2010 1 comment

Sudah hampir 2 bulan blog ini ditinggalkan bersawang. Sawang bersama kegersangan penulis dalam menulis dan mengupdate blog.nak kata sibuk tidak, tapi tak tahulah sebabnya…mungkinkah ia akan bersawang buat kali kedua? jawapannya..tunggu dan lihat..

Rumah labah-labah adalah rumah yang paling tidak kukuh dan kuat. Seperti yang telah diumpamakan oleh Allah Taala Dalan kitabNya yang Mulia.

Ia perumpaan kepada  mereka yang mengambil wali ( tempat bergantung dan temapt  berpaut) melain Allah yang maha Esa. mereka yang mengambil wali selainnya ia diumapakan seperti sarang labah-labah yang rabuh dan tidak kukuh, dengan hanya ditiup angin ia sudah rubuh dan hancur.

Moral: kalau dinisbahkan kepada blogger, tandanya blog tersebut tidak diupdate ataupun bloggernya malas atau buat-buat sibuk…maka renunglah….

Categories: MINDA MUJAHID

Ramadhaniyyun VS Rabbaniyyun.. Vol.1

Ramadhan al-mubarak 1431 sudah melabuhkan tirainya, sudah menutup pintu gerbang emasnya buat umat Islam yang hidup pada tahun 1431H / 2010M ini. Dengan harapan kita tergolong dikalangan umat yang mendapat rahmat dipermulaanNya, umat yang mendapat keampunanNya, umat yang mendapat pelepasan dari azab bahang api nerakaNya seterusnya mendapat gelaran sebagai al-Muttaqi.

Cuma apa yang ingin penulis mahu lontarkan kepada para pembaca sekalian adalah beberapa persoalan yang penulis harapkan jawapan yang jujur dari para pembaca sekalian, jawapan yang keluar dari ketulusan hati, jawapan yang keluar dari kematangan akal fikiran dan jawapan yang keluar dari keikhlasan dalam bentuk tindakan. Persoalan yang ingin penuli lontarkan ini buat diri sendiri dan para pembaca budiman yang sudah pun melayani tetamu Ramadhan selama 30 hari lamanya. Moga kita termasuk dalam golongan yang telah disabdakan oleh junjungan Besar Muhammad S.W.A.

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan dan melayani tetamunya”

Persoalan yang penulis ingin lontarkan adalah seperti berikut:

Adakah kita sudah mendapat rahmat, keampunan dan pelepasan dari api nerakaNya?

Adakah kita melayan dan memuliakan tetamu Ramadhan dengan sebaik-sebaiknya?

Sudahkah cukup amal ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini untuk mendapatkan gelaran al-Muttaqi?

Apakah yang akan berlaku selepas dari ramdhan ini?

Adakah kita ini Ramadhaniyyin atau Rabbaniyyin?

Jawapan kepada persoalan di atas, yang keluar dari mulut penulis sendiri adalah ……….(tidak ada jawapan yang penulis dapat keluarkan). Melihat kepada diri sendiri, amalan yang telah dibuat, sikap dan sifat buruk yang masih belum dapat ditinggalkan, hubungan buruk dengan maha Pencipta dan sesame manusia, menyebabkan semua persoalan diatas tidak menemui jawapan yang secara tepat dan ikhlas. Tidak tahu pula penulis, mungkin dikalangan para pembaca ada jawapanya yang tersendiri.

Jawap, jawap dan terus menjawap. Penulis berikan peluang dan ruang kepada para pembaca untuk menjawab dan berfikir dalam mencari jawapan. Cuma apa yang menjadi fokus kepada penulisan penulis ini adalah soalan yang terakhir. Adakah kita ini Ramadhaniyyin atau Rabbaniyyin? kenapa persoalan terakhir ini menjadi fakus kepada penulis? Apakah maksud sebenar kepada dua istilah ini? Apakah perbezaan diantara keduanya? Apakah kesudahan kepada perkara ini?

Ramadhaniyyun VS Rabbaniyyun

Kenapa persoalan terakhir ini menjadi fakus kepada penulis?

Nantiikan sambungannya yang seterusnya……..

Categories: MINDA MUJAHID

Perginya Mutiara Syam

Bersemuka seketika bersama Dr Syauqi Abu Khalil di pemeran Buku Antarabangsa Syria 2009

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللَّهَ لا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ ، حَتَّى إِذَا لَمْ يَبْقَ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤَسَاءَ جُهَّالا ، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ ، فَضَلُّوا ، وَأَضَلُّوا .

Daripada Abdullah Bin Umar berkata; telah bersabda Rasulullah S.W.A: Bahawasanya Allah Taala tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Alaah Taala mencabut (menghilangkan) ilmu itu dengan mematikan para alim ulama. Makla apabila sudah ketiadaan para alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan mereka sesat dan menyesatkan orang ramai.” (Riwayat Muslim)

Sudah empat tahun penulis mejadi “warganegara“ negara Syria, cepat sungguh masa ini berlalu. Masa berlalu mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Pencipta dan masa sudah melaksnakan tugasnya dengan amanah sekali. Tugas manusia pula untuk mengambil manfaat dari masa tersebut.

Pelbagai perkara yang penulis telah alami dan lalui. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. Apa yang penulis boleh simpulkan di sini, adalah kebenaran akan sabda junjungan Besar Muhammad  S.W.A dari segi zahir dan maknawi keatas kesuburan bumi Syam ini.

Apa yang penulis ingin berkongsi bersama dengan para pembaca dalam coretan kali ini adalah kembalinya kehadrat Ilahi mutiara yang paling berharga du bumi barakah ini iaitu para alim ulama Syam. Selama empat tahun penulis belajar dan menuntut dibumi barakah ini, sudah ramai para alim ulama ini meninggal dunia di depan mata penulis sendri. Kembalinya mereka kehadrat ilahi bersama kembalinya keberkatan ilmu mereka yang melaut.

Keberkatan dan kemulian bumi Syam ini adalah beberapa faktor atau sebab.insyaAllah diizinkan Allah, penulis akan tuliskan tajuk khusus berkaitan faktor dan sebabnya dalam kesempatan yang akan datang. Cuma satu faktor yang penulis boleh berkongsi bersama pembaca dalam penulis ini adalah faktor para alim ulama yang ikhlas dalam memeberi dan menyampaikan ilmu. Ini adalah salah satu factor yang paling besar kenapa bumi ini didoakan oleh Nabi S.W.A.

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Fatir:28

Antara para alim ulama yang kembali kehadrat ilahi sepanjang keberadaan penulis dibumi Syam ini adalah:

  1. Syeikh Mustafa Turkimani: Faqeh Mazhab Fiqh
  2. Syeikh Mustafa Said Al-khin: Pakar Ilmu Usul Fiqh, Fiqh dan Aqidah
  3. Syeikh Muhammad Adib Kallas: Pakar Ilmu Aqidah Dan Mazhab Aqidah
  4. Syeikh Al-hafiz Hibah Khalil: Syeikhul Qurra Syam
  5. Syeikh Al-hafiz Al-Murabbi Muhammad Thoha Syukkar: Syeikhul Qurra Syam
  6. Syeikh Al-hafiz Mahyuddin Kurdi: Syeikhul Qurra Syam
  7. Syeikh Abu Nur Qursyid: Faqeh Mazhab dan Syeikh Tariqat
  8. Syeikh Dr Syauqi Abu Khalil: Pakar Sejarah dan Tamadun Islam
  9. Ramai lagi, sudah hilang dari ingatan penulis yang lemah ini

Di sini penulis sertakan sedikit biodata ringkas Syeikh Dr Syauqi Abu Khalil Pakar Sejarah dan Tamadun Islam Syam ini sebagai tatapan dan ikutan kita semua dalam meneruskan pengajian kita dibumi berkah ini. Anatara ulama Syam yang menjadi idola penulis dalam bidang sejarah dan peradaban manusia.

Dilahirkan pada tahun 1941

Phd dalam bidang sejarah Islam dan peradaban

Pensyarah di kuliah Syariah Universiti Damsyik

Ketua Penerbitan di Pustaka Dar Fikr, Damsyik

Doktor sejarah dan tamadun Arab Islamiah di Takhassus Fatah Islami

Dekan fakulti sejarah dan peradaban

Penulis kepada hamper 80 buah buku, antaranya:

  • Salsilah Atlas Islamiah ( Atlas Al-Quran, Hadis Nabawi, Daulah `alam Islami, Sirah Nabawiyyah, Tarikh Arabi Islami)
  • Qhazawat Rasulul `azam 10 jilid
  • Ma`arik Al-kubra fi Tarikh Islam 20 jilid
  • Islam wa kafa
  • Insan Baina Ilmu Wad Diin
  • Hadharah Arabiah Islamiah
  • Harun Ar-rasyid
  • Tahrir Al-mar`ah mimman? wafima Hurriyatuha?

Penulis sangat meminati hasil tulisan Dr Syauqi kerana manhaj yang digunakan dalam penulisnya sangat mudah, menarik dan bersifat kotemporari. Walaupun pada hakikatnya penulis tidak mempunyai ssebahagian besar karyanya. Ini adalah kerana prestasi kewangan yang t tidak stabil dan adakalanya merudum dari pasaran bursa saham bank HSBC.

Tapi `ala kulli halnya, penulis menyeru kepada semua para pembaca yang berkemampuan untuk memiliki semua buku atau karya berkaitan sejarah dan tamadun Doktor. Penu;is yakin manhaj yang dibawa oleh Doktor akan menimbulkan minat yang mendalam kepada dunia sejarah dan peradaban manusia dalam diri pembaca sekalian.

Kerana Nabi Sudah bersabda:

إن العلماء ورثة الأنبياء ، إن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما ، وأورثوا العلم

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi, para nabi tidak mewarisi dinar mahupun dirham, tetapi mereka mewarisi ilmu (catatan)”

Categories: MINDA MUJAHID