Archive
APA YANG MEREKA PERLU BUAT?
Mantan Pimpinan PPMS 2099/10. Boleh bersatu atas dasar “kita PPMS, PPMS kita”
Banyak respon yang penulis dapat dari para sahabat dan pembaca berkaitan artikel penulis yang bertajuk “surat terbuka kepada pimpinan PPMS 2010/2010. Ada yang bersifat positif dan yang bersifat negative. Bersifat positif penulis ucapkan terima kasih dan penulis akan beusaha untuk memenhi harapam dan permintaan mereka untuk menulis beberapa isu berkaitan PPMS dan Syria pada sesi kali ini. Bagi yang bersifat negative, perlu mengucapkan juga ribuan terima kasih kerana menyedarkan penulis dari bayangan artikel yang panjang dan idea yang sonsang. Penulis ambil semua ini dengan hati dan minda yang terbuka.
Dari beberapa respon itu, maka tercetuslah dihati penulis untuk menulis berkaitan dengan kepentingan BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) kepada PPMS serta beberapa seruan penulis kepada pimpinan BKAN sesi baru pada tahun ini. Bertepatan juga bulan disember ini adalah bulan pembentukan Pimpinan PPMS dari sudut visi, misi, perancangan, kewangan dan lain dan bulan kepda semua BKAN untuk mengadakan AGM mereka bagi memilih pimpinan bagi sesi akan datang. moga artikel ini tepat pada masanya.
Kandungan artikel ini penulis lebih kepada teguran, pandangan, komen dan sewaktu dengannya kepada pimpinan BKAN yang sudah dan bakal naik untuk membawa bahtera BKAN msing-masing bagi sesi akan datang. berpandukan kepada pengalaman dan pemerhatian penulis selama ini kepada institusi BKAN dan BKAS ( Badan Kebajikan Anak Sekolah).
Sebelum penulis meneruskan dengan lebih lanjut suka penulis katakana disini, artikel yang penulis tuliskan pada sesi yang lalu adalah bukan bertujuan ditujukan kepada pimpinan PPMS sahaja, tetapi kepada mereka yang meletakan diri untuk membawa PPMS maju kehadapan dari semua aspek kehidupan. Maka pimpinan BKAN dan BKAS adalah golongan pimpinan yang penulis maksudkan kerana BKAN dan BKAS adalah satu bahagian dari bahagian-bahagian yang ada dalam batang tubuh PPMS itu sendiri.
Juga ditujukan kepada ahli secara keseluruhannya, kerana dari merekalah akan lahirnya generasi pmpinan yang berkualiti dan ahli yang sanggup berkorban buat masa akan datang. ahli perlulah berusaha untuk bermentaliti pimpinan dan berpeganglah kepada konsep “erti hidup pada memberi” dalam kehidupan berpersatuan dan berorganisasi.
1.Terlebih dahulu pimpinan BKAN dan BKAS yang baru perlu ingat dan sedar akan kedudukan mereka dalam hearaki kepimpinan diperingkat PPMS. Kewujudan mereka adalahselepas kejuwudan PPMS pada tahun 1986.
Badan Kebajikan Anak Negeri Syria
Antara 8 Badan Kebajikan Anak Negeri yang berdaftar secara rasmi dibawah PPMS sejak tahun 1986 hinggalah sekarang adalah:
- Badan Kebajikan Penuntut Perak Syria (BKPPS): Ditubuhkan pada 6 May 1994
- Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS): Ditubuhkan pada 27 Mac 1996
- Keluarga Penuntut Terengganu Syria (KPTS): Ditubuhkan pada 17 Jun 1998
- Badan Kebajikan Anak Selangor Syria (BKASS): Ditubuhkan sekitar tahun 2002
- Ikatan Mahasiswa Pahang Syria (IMPS): Ditubuhkan pada 1 Ogos 2003
- Ikatan Siswa Negeri Sembilan Syria (ISINS): Ditubuhkan pada 21 Mac 2005
- Himpunan Ukhwah Mahasiswa Kelantan Syria: Ditubuhkan pada 10 Februari 2006
- Ikatan Penuntut Pulau Pinang Syria (IPPS)
Antara Objektif, tujuan, dasar, matlamat utama kepada penubuhan Badan Kebajikan Anak Negeri ini adalah untuk:
- Menjaga kebajikan ahli.
- Menyatukan ahli dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.
- Meningkatkan prestasi akademik ahli.
- Menjadi perantaraan ahli setiap negeri dengan PPMS.
Berdasar fakta di atas, dan berpandukan kepada orientasi utama PPMS adalah dakwah dan kebajikan, maka apakah yang seharusnya pimpinan BKAN dan BKAS perlu buat? Jawapannya apa yang prlu mereka buat adalah:
1. Menjadi tulang belakang utama bagi menjayakan visi dan misi PPMS, meletakan visi dan misi PPMS sebagai perkara asas dan utama dalam kertas kerja pembentukan BKAN da BKAS, sertas berusaha untuk menjaya visi dan misi tersebut melalui aktiviti-aktiviti yang dijalan dan dianjurkan.
2. Meletakan konsep “kita PPMS, PPMS kita” sebagai gaya bekerja dalam membawa organisasi dan persatuan. Walaupun sudah setahun konsep ini diperkenalkan, tetapi pimpinan dan ahli masih lagi tidak mengubah mentality mereka. Sebagai contoh, ada sebahagian BKAN sudah mengadakan ziarah Mahabbah dalam lebih awal dari pihak PPMS, maka ahli rumah akan merungut kepada pimpinan BKAN mereka “kenapa pimpinan PPMS tidak mengziarahi kami seperti antum mengziarahi kami? Maka jawap pimpinan tersebut “ tak tahu la, mereka duduk sibuk apa tidak tahu”.
Persoalan dan jawapan ini tidak sepatutnya timbul dari mulut ahli dan pimpinan sekiranya konsep “kita PPMS, PPMS kita” dapat kita amalkan dalam cara bekerja kita. Kerana pimpinan BKAN adalah sebahagian dari PPMS ahli boleh menyampaikan pandangan, kritikan, cadangan mereka kepada pimpinan BKAN, dan pimpinan BKAN perlu bertanggungjawab untuk mendengar dengan baik serta menyampaikannya kepada pihak pimpinan PPMS dalam siri liqa bersama PPMS-BKAN.
Tapi bukan bermakna pimpinan PPMS tidak perlu turun padang untuk mengziarahi ahli, jangan tersalah faham dengan maksud penulis ini. Kia harap harapa selepas dari ini perbualan di atas akan bertukar kepada “terima kasih kerana sudi mengziarahi kami, kami ada beberapa perkara yang ingin kami sampaikan terus kepada pimpinan PPMS, tetapi kami segan dan diorang pun lambat nak ziarah kami? Jawapam pimpinan BKAN” sama-sama aiwah bagus tu, kalau tak menjadi keberatan anta, anta boleh sampaikan pada pihak kami, insyaAllah kami akan sampaikan sebab dalam masa terdekat ni kami ada liqa dengan PPMS, kami akan sampaikan” kalaulah diolag seperti ini berlegar dikalangan ahli, pasti salah menyalah dikalangan pimpinan tidak akan berlaku, dan ahli berpuashati kerana semua pihak sudi mendengar keluhan mereka.
3. memandangkan kepada kuantiti ahli yang sedikit, dan kepada beberapa yang kurang aktif, penulis mengsyorkan kepada semua pimpinan BKAN bru untuk menumpu organisasi dan aktiviti mereka kepada kebajikan ahli secara keseluruhan. BKAN besar dan ramai mengadakan program dan aktiviti secara umum dan terbuka bagi membolehkan BKAN-BKAN kecil dan kuantiti ahli yang sedikit dapat menyertai serta mendapat faedah yang banyak. Ini penulis melihat akan menjimatkan:
- Tenaga kerja manusia dan mahir
- Menjimatkan kewangan dan perbelanjaan
- Dapat mengrungkan kekanggan masa dan tempat
4. Bagi program-program yang bersifat umum dan selain dari kebajikan yang bersifat khusus, penulis mencadangkan kepada BKAN untuk mengadakan program bersama dengan pihak PPMS. Kerjasama ini dalam apa jua bentuk dan konsep perlaksanaan.
5. Dari sudut kewangan BKAN, penulis melihat ada baiknya ia tidak hanya berlegar disekitar BKAN tertentu sahaja, tetapi ia boleh dikongsi bersama dengan pihak PPMS dan BKAN-BKAN yang lain dalam melancarkan lagi aktiviti dan program yang dijalankan.
Kerana berdasarkan pengalaman yang penulis perolehi, sebahagian BKAN kecil tidak menganjurkan apa programdan aktiviti demi meningkatkan pembangunan ahli, sedangkan mereka mempunyai wang yang banyak bahkan disalurkan secara tetap oleh pihak kerajaan negeri. Dalam masa yang sama kita melihat ada sebahagian BKAN yang besar, ahli yang ramai, aktiviti yang rancak, tetapi terbantut disebaBKAN dengan krisis kewangan yang dialami. Maka perkara ini perlu dipandang serius oleh pimpinan BKAN dan PPMS. Kerana duit yang banyak tidak berguna sekiranya ia tidak digunakan.
Tetapi apabila perkara yang berkaitan hal ehwal kewangan ini penulis utarakan, ramai pimpinan BKAN berubah wajah dan seperti “lembu kenyang”, maksudnya ada yang marah, kritik, tidak bersetuju, susah untuk berbincang dan ada yang buat tidak tahu sahaja. Penulis sangat-sangat faham dan tahu, duit BKAN adalah hak mereka, atas merekalah untuk membelanjakan atau sebaliknya, tetapi mereka dan pimpinan perlu ingat bahawa duit itu adalah duit ahli secara umumnya, mereka berhak untuk mendapat dan memilikinya dan pimpinan hanya menjadi wasilah untuk menjaga dan mengunakan kewangan tersebut sahaja tidak lebih dari itu.
Sekirnya duit tersebut tidak dibelanjakan dengan baik dan intergriti, tunggulah balasan dari maha pencipta. Dari kenyataan penulis ini, dlihat sangat kasar dan tidak berbudi bahasa, tetapi tidak ada niat lain di hati penulis ini melainkan untuk mengajak semua pimpinan untuk berfikir dan menilai semula apa yang penulis katakan. Serta berusaha untuk menjadikan konsep “kita PPMS, PPMS kita” dalam merealisasikan matlamat kita semua buat masa akan datang demi untuk mentelesaikan krisis kewangan dan kepimpinan diperingkat PPMS serta BKAN-BKAN yang lain.
6. berusaha bersama-sama dengan pihak pimpinan PPMS dalam menyelesaikan beberapa krisis besar yang berlaku PPMS dan seluruhnya. Sebagai contoh:
- Krisis tenaga manusia
- Krisis tenaga mahir
- Krisis kewangan
- Krisis ketandusan pimpinan pelapis
Dengan cara:
- Tidak membanyakan aktiviti dan program yang dirancang
- Menumpukan program kearah pembangunan insane dalam menyelesaikan krisis tenaga mahir
- Berusaha untuk menyalurkan peruntukan kewangan dari wang BKAN atau dari mana-mana sumber untuk menampung kewangan PPMS buat masa akan datang.
- Beusaha mencari pimpinan pelapis untuk membawa PPMS dan BKAN buat masa akan datang melalui pendekatan berkongsi masalah dengan ahli dan memberikan kepercayaan kepada ahli untuk bekerja dan merancang.
Sedikit pandangan penulis kepada Badan Kebajikan Anak Sekolah secara umum, sekali lagi penulis ulang secara umum tidak kepada mana-mana pihak. Apabila menyebut soal BKAS, ada perkara yang positif dan negative kepada kewujudan BKAS ini.
Sudut positif:
- Dapat mengeratkan hubungan sesame ahli dan pihak sekolah supaya tidak terputus hubungan yang sudah terbina.
- Dapat menjaga kebajikan dan akdemik dikalangan ahli dengan lebih khusus
- Dapat membina kekuatan sesame ahli
- Dan lain-lain (mengikut objektif penubuhan BKAS)
Sudut negative:
- Dapat membina tembok dan jurang pemisah antara ahli BKAS dengan ahli PPMS secara keseluruhan dari sudut hubungan, perbincangan dll
- Menghidupkan suasana “mereka sahaja yang bugus dan baik dari sudut akademik dan tarbiah yang lain tidak boleh bersama mereka”
- Konsep Ta`asub mudah terhasil dikalangan ahli
- Ahli baru BKAS mudah mengikut prinsip dan kehendak songsang abang-abang mereka dalam melaksanakan perkara yang mereka tidak sukai tetapi pada hakikatnya perkara tersebut adalah untuk maslahah ramai.
- Perpecahan mudah berlaku kalau tidak didirikan diatas dasar usul dan prinsip kebersaman
- meretakkan kesatuan idea, fikrah, amal, tenaga dalam lain-lain dalam membawa misi yang sangat besar kepada mahasiswa Malaysia Syria secara keseluruhan
Dapat kita lihat perbezaan yang jauh antara dari sudut positif dan dari sudut negative mengikut pandangan penulis dan reality mahasiswa serta kedudukkan PPMS sebagai persatuan inuk dalam membawa mahasiswa ke arena yang lebih besar dan berat. Bukan bermakna hasil dari sudut positif dan negative ini, penulis tidak bersetuju dengan kewujudan BKAS tetapi hanya sebagai muhasabah antara kita bersama sahaja dalam melihat maslaha dan mafsadah mana yang lebih besar adkah kewudanya atad sebaliknya?.
Untuk pengetahuan para pimpinan BKAS, mengikut pandangan penulis, seperti mana yang telah penulis sebut dalam artikel yang lalu bahawa mahasiswa Malaysia dibumi syam ini adalah mahasiswa generasi baru yang melihat dan berbicara soal:
1.Perkara yang lebih besar perlu didahului dari kepentingan diri dan perkara yang lebih kecil konsepnya
إن المفسدة الصغيرة تغتفر من أجل المصلجة الكبيرة
Ertinya : Kemudaratan yang kecil tidak diambil kira dalam usaha meraih kemaslahatan (kepentingan) yang lebih besar.
2. kepentingaan yang kekal dan meyakinkan buat masa akan datang dari perkara yang belum pasti dan nyata
لا تترك مصلحة محققة من أجل مفسدة متوهمة
Ertinya : Tidak harus meninggalkan maslahat yang pasti kerana takutkan kemudaratan yang tidak pasti dan menurut andaian yang lemah.
3. Memberikan sokongan dari sudut tenaga, fikrah, idea, wang dan lain-lain kepada perkara yang lebih besar matlamat dan cita-citanya dari perkara yang sedikit hasilnya
4. Tidak melihat siapa yang memimpin mereka samada dari mana-mana ahli BKAN atau BKAS tetapi melihat bagaimana cara untuk mereka memberi sokongan dan dokongan dalam membawa visi dan misi secara bersama.
5. Ahli yang melihat BKAN dan BKAS ini adalah wasilah untuk mencapai cita-cita dan impian yang lebih besar dalam menyatu dan mngeratkan ukhuwah sesame ahli, dan berpandangan sekiranya wasilah ini adalah perkara yang sebab utama yang membantutkan hadaf sebenar wasilah ini, mereka akan meninggalkannya kerna ia tidak mencapai seperti yang dimaksudkan.
Jadi apa yang perlu pimpinan BKAS buat sekarang:
1. berusaha untuk tidak mejadikan penubuhan BKAS terjebak dengan wabak negative diatas. Berusahalah untuk mengawal dan menghalangnya
2. membawa generasi baru ini kearah pencapaian yang lebih baik, bukan berpandukan kepada sikap dan sifat buruk generasi-generasi yang terdahulu dalam membawa visi dan misi bersama.
3. Berusaha untuk memberikan penumpuan dan keutamaan kepada perkara yang lebih besar daripada kemahuan dan kehendak yang khusus dan bersifat peribadi.
Penutupnya, dari apa yang penulis tuliskan ini bukanlah bermakna pimpinan BKAN dan BKAS dikongkong, diikat, dicucuk hidungnya, dikawal, dihalang dari merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti yang mereka rencanakan kerana kita hidupkan berkonsep demokrasi. Bak kata P.Ramlee “Demokrasi Terpimpinan”. Masing-masing ada hak dan kehendak yang perlu dihormati. Tetapi apa yang penulis ingin sampaikan ini adalah untuk:
- Memberikan pendedahan sebenar kepada para pimpinan akan konsep dan prinsip serta menual bekerja yang sebenarnya antara BKAN dan PPMS
- Berusaha untuk mengubah persepsi dan mentality yang songsang dan tidak secara hakikatnya kepada kejernihan pemikiran dan minda mengikut landaan dan acuan yang sebenarnya
- Mengajak untuk kita semua bermuhasabah kepada apa yang telah buat, dalam membina genrasi batu buat masa akan datang.
- Memberikan menjelasan tidak semua apa yang kita buat itu betul dan apa yang kita tinggalkan itu adalah salah dan tidask mendatangkan kebaikan, tetapi mengkin kerana kita tidak tahu dan membezakannya
- Menerangkan kepada semua, kita semua mempunyai hak dan nilai, berilah hak dan nilai tersebut kena pada tempatnya semoga kita tidak menyesal dikemudian hari.
Sekiranya kita melihat sesuatu perkara tersebut demgam pemikiran yang positif, pasti kita akan mendapat hasil yang positif, sekiranya kita melihat sesustu perkara tersebut dengan pemikiran negates pasti hasilnya negates dan menjumudkan.
Muhamaad Mujahid Mohd Mohtar
Surat Terbuka Kepada Pimpinan PPMS 2010/11
Bismillahirrahmanirrahim…
Setinggi-tinggi kesyukuran dan lafaz Alhamdulillah dirafa’kan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita berada di bawah lembayung kerahmatan dan kenikmatan bumi Syam yang penuh barakah ini. Selawat dan salam dituturkan buat penghulu anbiya, kekasih Allah, baginda Rasulullah SAW dan ke atas keluarganya, sahabat-sahabat, serta para pengikutnya dari dulu, kini, dan sehingga ke hari kiamat
Masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan syabas dan tahniah kepada pimpinan baru PPMS generasi baru. Genarasi yang akan membawa mercu kejayaan buat PPMS dalam 25 tahun kedua penubuhan PPMS. Moga pilihan Allah bagi para pimpinan baru ini melalui tangan-tangan ahli PPMS kan memberi sinar dan harapan baru kepada kelangsungan PPMS buat masa akan datang.
Penulis juga tidak lupa untuk mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada mantan-mantan PPMS sesi lalu kerana membawa bahtera PPMS dengan baik dan cemerlang serta berusaha mengakhri perjalanan 25 tahun pertama PPMS dengan baik untuk memudahkan generasi baru membawa dan memikulnya. Semoga segala jasa dan sumbangan mereka akan mendapat ganjaran yang setimpalnya dari maha pencipta
BAGAIMANAKAH PIMPINAN PPMS 2010/11 YANG KITA INGINKAN?
Semoga dengn sedikit perkongsian ilmiah ini akan memberikan semangat baru kepada pimpinan secara khususnya dan secara umum kepada ahli seluruhnya. Kepada pimpinan adalah untuk menyiapkan diri bagi menjayakan misi dan visi yang telah dirangka. Bagi ahli adalah bagi menyiapkan diri untuk menjadi pimpinan PPMS dan Bkan buat masa akan datang.
Posisi kepimpinan
1. Kepimpinan adalah suatu institusi penting bagi menyelaraskan suatu penyelarasan sesebuah organisasi. ( PPMS )
2. Ia adalah jentera atau alat yang aktif untuk mencapai tujuan dan matlamat yang digariskan oleh sesebuah organisasi ( PPMS )
3. Kepimpinan adalah suatu amanah yang diterima daripada mereka yang dipimpin. Firman Allah swt:
فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
Maksudnya:
“Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain, maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.”( Al Baqarah 283 )
4. Kepimpinan adalah suatu taklif bukan suatu tasyrif di sesi manusia dan makhluk semuanya. Tetapi ia adalah suatu taklif dan tasyrif di sesi Allah untuk meninggikan darjat Hamba-hambanya
Sabda Rasulullah ( saw ):
كُلُّكُمْ رَاْعٍ و كُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِه
Maksudnya:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawab akan kepimpinannya.”
Sabda Rasulullah ( saw ):
مَا مِنْ راعٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ يموتُ يومَ يموتُ وهو غاشٌ رَعِيَّتِهِ إلا حرَّ مَ اللهُ عليه الْجنةَ
Maksudnya:
“ Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya, ia mati kerana tiba ajalnya pada hal ia telah melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya melainkan Allah mengharamkan syurga baginya .”
PELANTIKKAN PEMIMPIN
Ia adalah suatu yang mesti dipandang berat justeru kepimpinan mempunyai dua rukun yang harus dipenuhi untuk memperolehi pimpinan yang sesuai dan layak. Rukun tersebut ialah: Quwwah dan Amanah.
Firman Allah swt:
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَاأَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنْ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمِينُ
Maksudnya:
“ Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.”( Al Qasas 26 )
1- Al – Quwwah.
-Dalam peperangan:
- Berani mati ( syahid )
- Mahu / siap siaga untuk tampil kehadapan
- Pintar dalam siasah / teknik peperangan
– Dalam menetapkan hukum .
- Kembali kepada keadilan ( berdasarkan Al quran dan Sunnah )
- Kesanggupan melaksanakannya
– Dalam memimpin PPMS .
- Keupayaan membawa PPMS ke arah yang digariskan oleh Manhaj Nabawi
- Mengistiqamahkan ahli untuk terus memperjuangkan risalah As- samawiyyah (Islam)
2- Al – Amanah
- Tidak menjual beli ayat Allah dengan harga pasaran dunia.
- Melenyapkan rasa takut terhadap sesama manusia.
Firman Allah swt:
فَلا تَخْشَوْا النَّاسَ وَاخْشَوْنِي وَلا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلا وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْكَافِرُونَ
Maksudnya:
“ Maka jangan kamu takut kepada manusia tetapi takutlah kepadaku dan jangan kamu kamu memperdagangkan ayat – ayatku denggan harga yang murah dan barangsiapa tidak berhukuum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang – orang yang kufur kepadaAllah .”( Al Maidah 44 )
[Jika 2 rukun ini gugur, kelayakkan sebagai pemimpin yang sesuai dan layak telah hilang. Sebagaimana Abu Zar rha., mempunyai amanah tetapi tiada quwwah, tidak dilantik sebagai pemimpin oleh baginda Rasul saw].
Akhirnya Syam Dihujani RahmatNya
Nikmatnya hujan …usaha manusia perlu, kehendakNya tidak menentu
Dirimu diberkati kerana permintaan kekasihNya dan waris kepada kekasihNya…Ya Allah berkatilah bumi Syam….
Semenjak dua menjak cuaca panas seakan tiada penghujungnya.Suhu di lautan pun dah meningkat 1.8 darjah celcius melebihi purata yang di tetapkan iaitu sebanyak 1.5 darjah celcius. Memang sah global warming semakin membarah, kata seorang pakar. Banjir di merata-rata, terbaru kat Indonesia. Ada tempat yang dulu bole main ski sekarang dah tak boleh sebab salji dah cair. Di Malaysia, panas semakin meningkat melebihi 36 darjah celcius dan jumlah tempat melebihi suhu tersebut semakin merata, di perlis, kedah, perak dan juga lembah kelang. Tapi bila sekali hujan, betapa lega rasanya, walau cuma dua hari termasuklah pagi tadi (11/12/2011 sabtu) selepas seluruh warga Syam termasuk ulama dan rakyatnya melaksanakan solat Istisqo iaitu solat minta hujan. Namun, awan masih malu2 lagi nak mencurahkannya dgn banyak. Mungkin dia pun nak berjimat juga untuk hari-hari mendatang agaknya. Stok dia pun dah tak byk lg kot dek sedutan matahari yang tidak berfilter dek juga akibat ozon yang semakin membesar lompangnya. Masya Allah…
Bila hujan tak payahlah lagi siram pokok bunga. Tumbuhan hidup subur. Aircond kat rumah baru terasa dan macam-macam lagi. Itulah nikmat hujan. Tapi kita sedarinya bila musim panas menjengah kita. Kalau tidak adanya musim panas, tak terfikir pula kita pasal hujan. Begitu juga kalau selalu hujan, time tu teringat sunny day la pulak. Itula resam manusia. Dah terhantuk baru tengadah. Itu sebab cabaran yang paling sukar sebenarnya bagaimana nak mensyukuri nikmat ketika senang iaitulah nikmat sebelum kita terhantuk. Kalau dah terhantuk, maknanya dah terlambat. Kalau kita nak jadi hamba yg bersyukur yang betul-betul konsisten dan tidak hipokrit dengan Allah, istiqamahlah dengan jalan kebaikan. Termasuk aku!
Moral: hargailah semua nikmat Allah dan bersyukurlah dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya
Puisi Muhasabah Pejuang 1432
Ku hadiahkan puisi ini untuk para pejuang yang merasa dia memperjuangkan kebenaran.
Muhasabah Untuk Pejuang
Ingin ku katakan kepada para pejuang
Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada
pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku
Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya
Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
Di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang
lalu bersembahyang?
Yang sudah sembahyang berapa ramai pula
yang sembahyangnya memberi kesan?
Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya,
di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?
Kalau ada yang insaf, kemudian menyerah diri kepada kalian
Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?
Jika saudara tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan
Ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?
Apa yang saudara cakapkan selama ini?
Dakwah yang saudara lakukan ke mana saudara ajak orang ramai?
Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada parti?
Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
Untuk seronok-seronok penghibur hati?
Aku harap nilai semula perjuangan saudara!
Koreksi hati tujuan apa saudara berjuang
Sebelum terlanjur berpanjangan
Selama nyawa masih ada di badan
Agar selepas mati tidak menyesal
Takutilah Allah di setiap perkataan!
Ingatlah Allah di dalam perjuangan
Agar dakwah dan perjuangan kita itu
untuk keredhaan Tuhan
Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang.
Dedikasi oleh: Abu Miqdad
© Copyright Control
1432H: Ke Arah Introspeksi Diri Menjana Hidup Rabbani
Terus bermusabah, kerana ia sebab kita mengenal peribadi kita sebenarnya
حدثنا معاوية بن عمرو ثنا أبو إسحاق الفزاري ثنا سفيان الثوري عن أيوب عن أبي قلابة عن رجل من أهل الشام عن أبيه قال: جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فسأله عن الاسلام فقال: له أسلم تسلم قال: وما الاسلام قال: تسلم قلبك لله وأن يسلم المسلمون من لسانك ويدك قال: فأي الاسلام أفضل قال: الايمان قال: ومن الايمان قال: أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله والبعث بعد الموت قال: فأي الايمان أفضل قال: الهجرة قال: وما الهجرة قال: أن تهجر السوء قال: فأي الهجرة أفضل قال: الجهاد في سبيل الله قال فما الجهاد قال: أن تقاتل العدو.
Dalam sebuah hadits riwayat Amar bin Abasah, rasulullah ditanyakan: “Iman apa yang paling afdhol?” beliau menjawab:”Hijrah“. Orang itu bertanya lagi:”Apa itu hijrah?“, beliau menjawab:”Hijrah adalah meninggalkan kemaksiatan dan kejahatan“. Orang itu bertanya lagi: “ Apakah hijrah paling afdhol?”, beliau menjawab: “ adalah berjihad di jalan Allah”, Orang itu bertanya lagi: “ Apa itu jihad?”, beliau menjawab: “ kamu memerangi musuh yang memusuhi Agama Allah” (HR.Ahmad)
Kalau kita melihat waktu-waktu yang telah berlalu dengan senyum dan tangisan di kalender yang terpampang di atas dinding rumah, maka kita akan sedar semua itu telah berlalu dan tidak akan kembali lagi, lembaran-lembaran itu telah kita koyakan satu demi satu, sampai akhirnya lembaran terakhir tersenyum, mungkin senyuman mengucapkan selamat atas apa yang telah kita perolehi dan mungkin juga senyuman mengyesal kerana kita telah melaui hari-hari itu dengan tiada arti dan sia-sia, padahal modal kita yang paling berharga untuk sukses di dunia dan akhirat adalah waktu.
Tapi biarkan itu semua berlalu, tidak mungkin kita akan bolejh kembali ke satu detik yang telah berlalu, sekarang marilah kita menatap apa yang akan kita lakukan dalam satu detik ke depan, kerana saya yakin anda juga percaya bahawa orang yang selalu berpaling ke belakang tidak akan pernah sampai kepada tujuan dan matlamatnya.
BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM.
Segala puji bagi Allah S.W.T. yang mentadbir sekalian ‘alam. Selawat & Salaam buat junjungan mulia, penghulu para nabi & rasul, Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabat radhiyallaahu ‘anhu ajma’iin.Juga tidak lupa kepada mereka yang memikul beban dakwah Islaamiyyah sehingga ke hari kiamat.
ASSALAAMU’ALAIKUM WA RAHMATULLAAHI WA BARAKAATUH.
Saudara/ri yang dihormati lagi dikasihi Allah sekalian, saya cuba menghuraikan makna/ta’riif ; MUHASABAH.
Supaya manfaatnya dapat dikongsi bersama.
Sebelum daripada kita berbicara dari sudut “ibadat”, eloklah terlebih dahulu kita perhatikan kalimah “muhasabah” ini dari segi makna asal kalimah itu di dalam bahasa arab. Kalimah “muhasabah” adalah ; ismul-masdar yang seerti dengan “hisaabun”.
Di dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asaasiy;
kalimah tersebut berasal dari kata fi’il : haasaba- yuhaasibu ; muhasabah & hisaabaa. bermakna; naaqasahu al-hisaab=berbicara ia akan perhitungan.
Beberapa Faktor Kegemilangan Dakwah Islamiah
Dakwah Islamiah sebenarnya mempunyai kekuatannya yang tersendiri, ini adalah kerana Islam itu sendiri mempunyai kekuatan yang paling tinggi sebagai ad-Din yang komprehensif, dan mengatasi segala agama dan aliran pemikiran yang lain. Dalam hal ini
Allah s. w. t. berfirman:
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
Maksudnya: “Dialah (Allah) yang telah mengutuskan rasulNya dengan hidayat dan dengan agama yang sebenar demi untuk mengangkatnya mengatasi agama-agama yang lain, walau dibenci oleh orang-orang yang syirik”.
Kegemilangan dakwah Islamiah telah pun bermula sejak dari zaman Nabi Nuh a. s. dan ianya berterusan sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s. a. w. Dalam perbincangan yang berkaitan dengan isu faktor kegemilangan dakwah Islamiah disepanjang zaman, artikel ini akan mengutarakan beberapa faktor utama yang membawa kepada kejayaan dan kegemilangan, antaranya ialah:
Kesyumulan Islam (alamiyyah al-Islam)
Islam membawa ajaran yang berteraskan prinsip yang menyeluruh, ajaran Islam merangkumi seluruh aspek hidup yang berkaitan dengan perkara dunia dan akhirat. Islam mengajar manusia tentang nilai-nilai kemanusiaan yang sebenar dan memandu mereka ke arah kebahagiaan dan keselamatan dalam kehidupan seharian. Dengan asas ajaran Islam yang menyeluruh itu, maka dakwah Islamiah dapat berjalan dengan berkesan dalam menarik manusia kepada agama Allah s. w. t. dan membina mereka ke arah kehidupan yang lebih sempurna dalam aspek-aspek peribadatan, sosial, ekonomi, akhlak dan sebagainya.
Kekuatan Pejuang atau Para Duat (Akhlaqiyyah al-duat)
Para pejuang Islam atau duat di sepanjang zaman mempunyai kekuatan dalaman yang tinggi dalam perjalanan dakwah mereka. Mereka muncul bukan sekadar pejuang dalam medan ketenteraan bahkan mereka adalah duat yang membawa bersama kekuatan roh dan jiwa, kemantapan akahlak dan tingkah laku, di mana semuanya itu telah dapat membawa kemenangan demi kemenangan dalam jihad dan perjuangan yang disertai oleh mereka. Justeru itu, persiapan diri amat diperlukan demi untuk menarik sasaran dakwah, kerana itulah asas utama dalam perjuagan para duat. Sesungguhnya para duat mempu berdepan dengan sasaran mereka berasaskan metodologi dakwah yang sesuai dan mampu berbicara dengan hati manusia dan menarik mereka untuk menerima Islam sebagai ad-Din. Para duat sewajarnya membawa contoh yang hidup melalui tutur bicara, pergaulan dan perwatakan mereka. Dalam situasi tertentu, para duat seharusnya banyak menggunakan lisan al-hal dari lisan al-maqal, ini adalah kerana lisan al-hal lebih mendapat perhatian dari sasaran dakwah kerana ianya merupakan sesuatu yang dapat dinilai melalui penglihatan dan pengamatan mata kasar mereka. Faktor ini adalah sesuatu yang amat penting dalam membawa kegemilangan dakwah Islamiah di sepanjang zaman.
Metod Dakwah Yang Berkesan (Ta’thir uslub al-da’wah)
Sumber metod dakwah Islam ialah dari al-Quan dan al-Sunnah. Ianya adalah antara faktor utama yang membawa kepada kegemilangan dakwah Islamiah di sepanjang zaman. Ini adalah kerana tumpuan utama metod dakwah ialah ke arah untuk menarik sasaran dakwah melalui berbagai cerita, peristiwa dan penjelasan mampu untuk menghidupkan jiwa-jiwa manusia yang kosong dari nilai-nilai yang sewajarnya. Betapa banyak peristiwa penerimaan seseorang terhadap Islam adalah disebabkan pembacaan dan penghayatannya dari ayat-ayat suci al-Quran begitu juga dari hadia-hadis Rasulullah s. a. w. juga hasil dari pelaksanaan dakwah yang berterusan berasaskan metod yang dipetik dari al-Quran dan al-Hadis. Hasil dari kedua-dua sumber tersebut menyebabkan metod dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Keyakinan Pejuang Islam Dalam Berdakwah (thabat al-duat fi sabil al-da’wah)
Kesan tarbiah yang diterima oleh pejuang Islam atau duat melahirkan peribadi yang beriman, bertakwa, mempunyai jati diri dan kesabaran yang tinggi dalam medan perjuangan dakwah. Dengan itu, mereka lahir sebagai pejuang atau duat yang kental semangatnya, dan yakin dengan janji-janji Allah s. w. t. terhadap usaha dakwah yang mereka lakukan. Ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلً
اBerkmaksud: “Ada di antara orang-orang beriman itu para pejuang yang benar janji mereka dengan Allah, ada di kalangan mereka yang telah gugur syahid dan sebilangan yang lain pula sedang menunggu untuk mati syahid dan mereka sama sekali tidak akan menukar janji mereka dengan Allah”. Dengan berbekalkan keyakinan yang penuh kepada Allah s. w. t., maka sejarah telah membuktikan bagaimana para pejuang dan duat dapat melebarkan kekuatan Islam di merata tempat, kadang-kadang tanpa menumpahkan peluh mahu pun darah. Keyakinan yang tinggi dan kesabaran dalam perjuangan di kalangan para duat telah menghasilkan kejayaan yanggemilang dalam rangka untuk menarik minat sasaran dakwah untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidup mereka.
Kejelasan Matlamat Tarbiah Islam (wudhuh ghayat al-tarbiah al-Islamiah)
Matlamat tarbiah Islam atau pendidikan Islam yang jelas adalah antara faktor utama dalam arus kegemilangan dakwah Islamiah di sepanjang zaman, di mana penekanan tarbiah Islam ialah ke arah pembinaan insan yang bersepadu dalam aspek moral, akhlak, iman dan amal supaya lahir seorang insan yang mempunyai ciri-ciri yang sejati sebagai hamba Allah s. w. t. Penekanan kepada aspek pembinaan hati dan pembersihan jiwa seterusnya pembangunan akhlak yang sejati telah menjadikan dakwah Islamiah sebagai dakwah yang unggul dan dapat menarik perhatian manusia terutamanya dalam realiti keperluan manusia terhadap kedamaian dan keselamatan dalam kehidupan seharian. Kejelasan matlamat tarbiah Islamiah adalah kerana ianya bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah dan asas kepada manhaj pula ialah taghyir wa takwin al-nafs (merubah dan membina jiwa manusia).
Islam Menyeru Ke Arah Kesejahteraan (Da’wah al-Islam ila al-amn)
Dasar utama dakwah Islamiah ialah ke arah membina kesejahteraan dan keamanan. Islam tidak cenderung kepada peperangan, pertelingkahan dan permusuhan. Firman
Allah pada ayat 61 surah al-Anfal:
وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bermaksud: “Dan jika pihak musuh itu cenderung kepada berdamai maka cenderunglah engkau (wahai Muhammad) kepadanya serta bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Mengetahui.
Islam tidak mengharuskan peperangan terhadap manusia semata-mata untuk mengislamkannya sebagaimana ia tidak menegah daripada pembunuhan orang Islam apabila jelas hukum qisas. Islam telah meletakkan garis panduan dalam perkara peperangan seperti tidak halal memerangi orang perempuan, orang-orang tua, kanak-kanak serta orang yang lemah.
Berasaskan hal tersebut, jelas Islam adalah agama yang sentiasa menyeru kepada perhubungan yang baik, aman dan harmoni antara sesama umat Islam begitu juga dengan golongan bukan Islam. Islam tidak menyeru ke arah peperangan dan permusuhan kecuali dalam keadaan seperti untuk mempertahankan hak-hak dakwah, hak-hak negara dan harta dan fitnah terhadap agama, maka ketika itu jihad wajib ditegakkan. Nilai kesejahteraan dan keamanan dalam Islam telah berjaya menarik minat golongan bukan Islam untuk menerima dakwah Islam dan seterusnya membina kehidupan yang bahagia dan harmoni bersama-sama umat Islam yang lain. Faktor ini adalah sesuatu yang amat wajar diketengahkan dalam dakwah terutamanya dalam konteks dakwah pada masa kini.
Dakwah Melalui Amal Jamaie (al-Dakwah bi al-Amal al-Jamaie)
Pelaksanaan dakwah secara berjamaah adalah amalan utama para Rasul alaihimussalam dalam perjalanan dakwah mereka di sepanjang zaman. Dakwah secara berjamaah memberikan banyak kekuatan dalaman dan luaran dan ianya akan dapat memudahkan sesuatu perancangan dilaksanakan dengan tersusun dan teratur. Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Bermaksud: “Sesungguhnya Allah amat menyukai roang-orang berperang di jalanNya dalam saf yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh.”
Sejarah dakwah telah membuktikan bahawa para Rasul telah menggerakkan amalan dakwah berasaskan kepada amal jamaie dan ianya kemudian diikuti oleh para sahabat dan para duat kemudiannya,
Amal Jamaie dalam berdakwah dapt membina berbagai kekuatan sama ada dari aspek pelaksanaan manhaj, sasaran dakwah dan penyelarasan kerja-kerja dakwah. Hasil dari amal jamaie pula akan mencapai matlamat yang telah digariskan.
Sejarah telah membutikan bagaimana kejayaan dakwah Islamiah di sepanjang zaman adalah hasil dari amal jamaie di kalangan duat dan dengan demikian akan lahir kekuatan Islam dan umat Islam melalui kebangkitan gerakan Islam dan pertubuhan Islam sama ada di dunia umat Islam atau di negara bukan Islam. Justeru itu, gerakan Islam melalui amal berjamaah ini telah memberikan sumbangan yang besar terhadap kegemilangan dakwah Islamiah sejak dari zaman para Rasul hingga kini.
Kesimpulannya sesungguhnya dakwah Islamiah adalah landasan utama dalam perjuangan membina dan mendidik umat sejagat kearah kehidupan yang sebenarnya iaitu kehidupan yang berasaskan kepada konsep al-falah (kejayaan) di dunia dan juga di akhirat nanti. Dakwah Rasulullah s. a. w. telah berjaya membina peribadi dan anggota masyarakat yang unggul dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap Islam. Kejayaan yang dicapai tersebut adalah berteraskan kepada keupayaan dalam menyusun gerak kerja dakwah yang teratur di samping menhaj yang rapi dan pelaksanaan dakwah yang berterusan.
Dengan itu, Kegemilangan dakwah akan tetap berkesinambungan dalam arus perdana masyarakat pada hari ini jika sekiranya perjalanan dakwah mengambil kira aspek-aspek kekuatan dan kejayaan dakwah pada zaman Rasulullah s. a. w. dan selepasnya. Justeru itu, kegemilangan dakwah dan kecemerlangannya adalah tanggungjawab para duat di sepanjang zaman, dan dakwah Islamiah pula akan terus gemilang dengan perjuangan para duat dengan bersandarkan kepada keiklasan dan pengorbanan mereka.