Archive

Archive for 11/12/2010

Akhirnya Syam Dihujani RahmatNya

Nikmatnya hujan …usaha manusia perlu, kehendakNya tidak menentu

Dirimu diberkati kerana permintaan kekasihNya dan waris kepada kekasihNya…Ya Allah berkatilah bumi Syam….

Semenjak dua menjak cuaca panas seakan tiada penghujungnya.Suhu di lautan pun dah meningkat 1.8 darjah celcius melebihi purata yang di tetapkan iaitu sebanyak 1.5 darjah celcius. Memang sah global warming semakin membarah, kata seorang pakar. Banjir di merata-rata, terbaru kat Indonesia. Ada tempat yang dulu bole main ski sekarang dah tak boleh sebab salji dah cair. Di Malaysia, panas semakin meningkat melebihi 36 darjah celcius dan jumlah tempat melebihi suhu tersebut semakin merata, di perlis, kedah, perak dan juga lembah kelang. Tapi bila sekali hujan, betapa lega rasanya, walau cuma dua hari termasuklah pagi tadi (11/12/2011 sabtu) selepas seluruh warga Syam termasuk ulama dan rakyatnya melaksanakan solat Istisqo iaitu solat minta hujan. Namun, awan masih malu2 lagi nak mencurahkannya dgn banyak. Mungkin dia pun nak berjimat juga untuk hari-hari mendatang agaknya. Stok dia pun dah tak byk lg kot dek sedutan matahari yang tidak berfilter dek juga akibat ozon yang semakin membesar lompangnya. Masya Allah…

Bila hujan tak payahlah lagi siram pokok bunga. Tumbuhan hidup subur.  Aircond kat rumah baru terasa dan macam-macam lagi. Itulah nikmat hujan. Tapi kita sedarinya bila musim panas menjengah kita. Kalau tidak adanya musim panas, tak terfikir pula kita pasal hujan. Begitu juga kalau selalu hujan, time tu teringat sunny day la pulak. Itula resam manusia. Dah terhantuk baru tengadah.  Itu sebab cabaran yang paling sukar sebenarnya bagaimana nak mensyukuri nikmat ketika senang iaitulah nikmat sebelum kita terhantuk. Kalau dah terhantuk, maknanya dah terlambat. Kalau kita nak jadi hamba yg bersyukur yang betul-betul konsisten dan tidak hipokrit dengan Allah, istiqamahlah dengan jalan kebaikan. Termasuk aku!

Moral: hargailah semua nikmat Allah dan bersyukurlah dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya

Categories: ISU DUNIA

Puisi Muhasabah Pejuang 1432

Ku hadiahkan puisi ini untuk para pejuang yang merasa dia memperjuangkan kebenaran.

Muhasabah Untuk Pejuang

Ingin ku katakan kepada para pejuang
Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada
pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku
Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya
Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
Di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang
lalu bersembahyang?
Yang sudah sembahyang berapa ramai pula
yang sembahyangnya memberi kesan?


Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya,
di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?
Kalau ada yang insaf, kemudian menyerah diri kepada kalian
Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?
Jika saudara tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan
Ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?
Apa yang saudara cakapkan selama ini?
Dakwah yang saudara lakukan ke mana saudara ajak orang ramai?
Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada parti?
Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
Untuk seronok-seronok penghibur hati?
Aku harap nilai semula perjuangan saudara!
Koreksi hati tujuan apa saudara berjuang
Sebelum terlanjur berpanjangan
Selama nyawa masih ada di badan
Agar selepas mati tidak menyesal
Takutilah Allah di setiap perkataan!
Ingatlah Allah di dalam perjuangan
Agar dakwah dan perjuangan kita itu
untuk keredhaan Tuhan
Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang.

Dedikasi oleh: Abu Miqdad
© Copyright Control

Categories: TAFSIRAN MINDA

1432H: Ke Arah Introspeksi Diri Menjana Hidup Rabbani

Terus bermusabah, kerana ia sebab kita mengenal peribadi kita sebenarnya

حدثنا معاوية بن عمرو ثنا أبو إسحاق الفزاري ثنا سفيان الثوري عن أيوب عن أبي قلابة عن رجل من أهل الشام عن أبيه قال: جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فسأله عن الاسلام فقال: له أسلم تسلم قال: وما الاسلام قال: تسلم قلبك لله وأن يسلم المسلمون من لسانك ويدك قال: فأي الاسلام أفضل قال:  الايمان قال: ومن الايمان قال: أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله والبعث بعد الموت قال: فأي الايمان أفضل قال: الهجرة قال: وما الهجرة قال: أن تهجر السوء قال: فأي الهجرة أفضل قال: الجهاد في سبيل الله قال فما الجهاد قال: أن تقاتل العدو.

Dalam sebuah hadits riwayat Amar bin Abasah, rasulullah ditanyakan: “Iman apa yang paling afdhol?” beliau menjawab:”Hijrah“. Orang itu bertanya lagi:”Apa itu hijrah?“, beliau menjawab:”Hijrah adalah meninggalkan kemaksiatan dan kejahatan“. Orang itu bertanya lagi: “ Apakah hijrah paling afdhol?”, beliau menjawab: “ adalah berjihad di jalan Allah”, Orang itu bertanya lagi: “ Apa itu jihad?”, beliau menjawab: “ kamu memerangi musuh yang memusuhi Agama Allah” (HR.Ahmad)

Kalau kita melihat waktu-waktu yang telah berlalu dengan senyum dan tangisan di kalender yang terpampang di atas dinding rumah, maka kita akan sedar semua itu telah berlalu dan tidak akan kembali lagi, lembaran-lembaran itu telah kita koyakan satu demi satu, sampai akhirnya lembaran terakhir tersenyum, mungkin senyuman mengucapkan selamat atas apa yang telah kita perolehi dan mungkin juga senyuman mengyesal kerana kita telah melaui hari-hari itu dengan tiada arti dan sia-sia, padahal modal kita yang paling berharga untuk sukses di dunia dan akhirat adalah waktu.

Tapi biarkan itu semua berlalu, tidak mungkin kita akan bolejh kembali ke satu detik yang telah berlalu, sekarang marilah kita menatap apa yang akan kita lakukan dalam satu detik ke depan, kerana saya yakin anda juga percaya bahawa orang yang selalu berpaling ke belakang tidak akan pernah sampai kepada tujuan dan matlamatnya.

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID

11/12/2010 1 comment

BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM.

Segala puji bagi Allah S.W.T. yang mentadbir sekalian ‘alam. Selawat & Salaam buat junjungan mulia, penghulu para nabi & rasul, Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabat radhiyallaahu ‘anhu ajma’iin.Juga tidak lupa kepada mereka yang memikul beban dakwah Islaamiyyah sehingga ke hari kiamat.

ASSALAAMU’ALAIKUM WA RAHMATULLAAHI WA BARAKAATUH.

Saudara/ri yang dihormati lagi dikasihi Allah sekalian, saya cuba menghuraikan makna/ta’riif ; MUHASABAH.

Supaya manfaatnya dapat dikongsi bersama.

Sebelum daripada kita berbicara dari sudut “ibadat”, eloklah terlebih dahulu kita perhatikan kalimah “muhasabah” ini dari segi makna asal kalimah itu di dalam bahasa arab. Kalimah “muhasabah” adalah ; ismul-masdar yang seerti dengan “hisaabun”.

Di dalam kamus al-Mu’jam al-‘Arabiy al-Asaasiy;

kalimah tersebut berasal dari kata fi’il : haasaba- yuhaasibu ; muhasabah & hisaabaa. bermakna; naaqasahu al-hisaab=berbicara ia akan perhitungan.

Read more…

Categories: MINDA MUJAHID