Akhirnya Syam Dihujani RahmatNya
Nikmatnya hujan …usaha manusia perlu, kehendakNya tidak menentu
Dirimu diberkati kerana permintaan kekasihNya dan waris kepada kekasihNya…Ya Allah berkatilah bumi Syam….
Semenjak dua menjak cuaca panas seakan tiada penghujungnya.Suhu di lautan pun dah meningkat 1.8 darjah celcius melebihi purata yang di tetapkan iaitu sebanyak 1.5 darjah celcius. Memang sah global warming semakin membarah, kata seorang pakar. Banjir di merata-rata, terbaru kat Indonesia. Ada tempat yang dulu bole main ski sekarang dah tak boleh sebab salji dah cair. Di Malaysia, panas semakin meningkat melebihi 36 darjah celcius dan jumlah tempat melebihi suhu tersebut semakin merata, di perlis, kedah, perak dan juga lembah kelang. Tapi bila sekali hujan, betapa lega rasanya, walau cuma dua hari termasuklah pagi tadi (11/12/2011 sabtu) selepas seluruh warga Syam termasuk ulama dan rakyatnya melaksanakan solat Istisqo iaitu solat minta hujan. Namun, awan masih malu2 lagi nak mencurahkannya dgn banyak. Mungkin dia pun nak berjimat juga untuk hari-hari mendatang agaknya. Stok dia pun dah tak byk lg kot dek sedutan matahari yang tidak berfilter dek juga akibat ozon yang semakin membesar lompangnya. Masya Allah…
Bila hujan tak payahlah lagi siram pokok bunga. Tumbuhan hidup subur. Aircond kat rumah baru terasa dan macam-macam lagi. Itulah nikmat hujan. Tapi kita sedarinya bila musim panas menjengah kita. Kalau tidak adanya musim panas, tak terfikir pula kita pasal hujan. Begitu juga kalau selalu hujan, time tu teringat sunny day la pulak. Itula resam manusia. Dah terhantuk baru tengadah. Itu sebab cabaran yang paling sukar sebenarnya bagaimana nak mensyukuri nikmat ketika senang iaitulah nikmat sebelum kita terhantuk. Kalau dah terhantuk, maknanya dah terlambat. Kalau kita nak jadi hamba yg bersyukur yang betul-betul konsisten dan tidak hipokrit dengan Allah, istiqamahlah dengan jalan kebaikan. Termasuk aku!
Moral: hargailah semua nikmat Allah dan bersyukurlah dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya