Archive
Surat Terbuka Kepada Pimpinan PPMS 2010/11
Bismillahirrahmanirrahim…
Setinggi-tinggi kesyukuran dan lafaz Alhamdulillah dirafa’kan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita berada di bawah lembayung kerahmatan dan kenikmatan bumi Syam yang penuh barakah ini. Selawat dan salam dituturkan buat penghulu anbiya, kekasih Allah, baginda Rasulullah SAW dan ke atas keluarganya, sahabat-sahabat, serta para pengikutnya dari dulu, kini, dan sehingga ke hari kiamat
Masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan syabas dan tahniah kepada pimpinan baru PPMS generasi baru. Genarasi yang akan membawa mercu kejayaan buat PPMS dalam 25 tahun kedua penubuhan PPMS. Moga pilihan Allah bagi para pimpinan baru ini melalui tangan-tangan ahli PPMS kan memberi sinar dan harapan baru kepada kelangsungan PPMS buat masa akan datang.
Penulis juga tidak lupa untuk mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada mantan-mantan PPMS sesi lalu kerana membawa bahtera PPMS dengan baik dan cemerlang serta berusaha mengakhri perjalanan 25 tahun pertama PPMS dengan baik untuk memudahkan generasi baru membawa dan memikulnya. Semoga segala jasa dan sumbangan mereka akan mendapat ganjaran yang setimpalnya dari maha pencipta
BAGAIMANAKAH PIMPINAN PPMS 2010/11 YANG KITA INGINKAN?
Semoga dengn sedikit perkongsian ilmiah ini akan memberikan semangat baru kepada pimpinan secara khususnya dan secara umum kepada ahli seluruhnya. Kepada pimpinan adalah untuk menyiapkan diri bagi menjayakan misi dan visi yang telah dirangka. Bagi ahli adalah bagi menyiapkan diri untuk menjadi pimpinan PPMS dan Bkan buat masa akan datang.
Posisi kepimpinan
1. Kepimpinan adalah suatu institusi penting bagi menyelaraskan suatu penyelarasan sesebuah organisasi. ( PPMS )
2. Ia adalah jentera atau alat yang aktif untuk mencapai tujuan dan matlamat yang digariskan oleh sesebuah organisasi ( PPMS )
3. Kepimpinan adalah suatu amanah yang diterima daripada mereka yang dipimpin. Firman Allah swt:
فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
Maksudnya:
“Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain, maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.”( Al Baqarah 283 )
4. Kepimpinan adalah suatu taklif bukan suatu tasyrif di sesi manusia dan makhluk semuanya. Tetapi ia adalah suatu taklif dan tasyrif di sesi Allah untuk meninggikan darjat Hamba-hambanya
Sabda Rasulullah ( saw ):
كُلُّكُمْ رَاْعٍ و كُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِه
Maksudnya:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawab akan kepimpinannya.”
Sabda Rasulullah ( saw ):
مَا مِنْ راعٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ يموتُ يومَ يموتُ وهو غاشٌ رَعِيَّتِهِ إلا حرَّ مَ اللهُ عليه الْجنةَ
Maksudnya:
“ Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya, ia mati kerana tiba ajalnya pada hal ia telah melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya melainkan Allah mengharamkan syurga baginya .”
PELANTIKKAN PEMIMPIN
Ia adalah suatu yang mesti dipandang berat justeru kepimpinan mempunyai dua rukun yang harus dipenuhi untuk memperolehi pimpinan yang sesuai dan layak. Rukun tersebut ialah: Quwwah dan Amanah.
Firman Allah swt:
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَاأَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنْ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمِينُ
Maksudnya:
“ Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.”( Al Qasas 26 )
1- Al – Quwwah.
-Dalam peperangan:
- Berani mati ( syahid )
- Mahu / siap siaga untuk tampil kehadapan
- Pintar dalam siasah / teknik peperangan
– Dalam menetapkan hukum .
- Kembali kepada keadilan ( berdasarkan Al quran dan Sunnah )
- Kesanggupan melaksanakannya
– Dalam memimpin PPMS .
- Keupayaan membawa PPMS ke arah yang digariskan oleh Manhaj Nabawi
- Mengistiqamahkan ahli untuk terus memperjuangkan risalah As- samawiyyah (Islam)
2- Al – Amanah
- Tidak menjual beli ayat Allah dengan harga pasaran dunia.
- Melenyapkan rasa takut terhadap sesama manusia.
Firman Allah swt:
فَلا تَخْشَوْا النَّاسَ وَاخْشَوْنِي وَلا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلا وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْكَافِرُونَ
Maksudnya:
“ Maka jangan kamu takut kepada manusia tetapi takutlah kepadaku dan jangan kamu kamu memperdagangkan ayat – ayatku denggan harga yang murah dan barangsiapa tidak berhukuum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang – orang yang kufur kepadaAllah .”( Al Maidah 44 )
[Jika 2 rukun ini gugur, kelayakkan sebagai pemimpin yang sesuai dan layak telah hilang. Sebagaimana Abu Zar rha., mempunyai amanah tetapi tiada quwwah, tidak dilantik sebagai pemimpin oleh baginda Rasul saw].