BAGAIMANAKAH PIMPINAN PPMS 2010/11 YANG KITA INGINKAN?
Semoga dengn sedikit perkongsian ilmiah ini akan memberikan semangat baru kepada pimpinan secara khususnya dan secara umum kepada ahli seluruhnya. Kepada pimpinan adalah untuk menyiapkan diri bagi menjayakan misi dan visi yang telah dirangka. Bagi ahli adalah bagi menyiapkan diri untuk menjadi pimpinan PPMS dan Bkan buat masa akan datang.
Posisi kepimpinan
1. Kepimpinan adalah suatu institusi penting bagi menyelaraskan suatu penyelarasan sesebuah organisasi. ( PPMS )
2. Ia adalah jentera atau alat yang aktif untuk mencapai tujuan dan matlamat yang digariskan oleh sesebuah organisasi ( PPMS )
3. Kepimpinan adalah suatu amanah yang diterima daripada mereka yang dipimpin. Firman Allah swt:
فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
Maksudnya:
“Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain, maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.”( Al Baqarah 283 )
4. Kepimpinan adalah suatu taklif bukan suatu tasyrif di sesi manusia dan makhluk semuanya. Tetapi ia adalah suatu taklif dan tasyrif di sesi Allah untuk meninggikan darjat Hamba-hambanya
Sabda Rasulullah ( saw ):
كُلُّكُمْ رَاْعٍ و كُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِه
Maksudnya:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawab akan kepimpinannya.”
Sabda Rasulullah ( saw ):
مَا مِنْ راعٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ يموتُ يومَ يموتُ وهو غاشٌ رَعِيَّتِهِ إلا حرَّ مَ اللهُ عليه الْجنةَ
Maksudnya:
“ Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya, ia mati kerana tiba ajalnya pada hal ia telah melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya melainkan Allah mengharamkan syurga baginya .”
PELANTIKKAN PEMIMPIN
Ia adalah suatu yang mesti dipandang berat justeru kepimpinan mempunyai dua rukun yang harus dipenuhi untuk memperolehi pimpinan yang sesuai dan layak. Rukun tersebut ialah: Quwwah dan Amanah.
Firman Allah swt:
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَاأَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنْ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمِينُ
Maksudnya:
“ Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.”( Al Qasas 26 )
1- Al – Quwwah.
-Dalam peperangan:
- Berani mati ( syahid )
- Mahu / siap siaga untuk tampil kehadapan
- Pintar dalam siasah / teknik peperangan
– Dalam menetapkan hukum .
- Kembali kepada keadilan ( berdasarkan Al quran dan Sunnah )
- Kesanggupan melaksanakannya
– Dalam memimpin PPMS .
- Keupayaan membawa PPMS ke arah yang digariskan oleh Manhaj Nabawi
- Mengistiqamahkan ahli untuk terus memperjuangkan risalah As- samawiyyah (Islam)
2- Al – Amanah
- Tidak menjual beli ayat Allah dengan harga pasaran dunia.
- Melenyapkan rasa takut terhadap sesama manusia.
Firman Allah swt:
فَلا تَخْشَوْا النَّاسَ وَاخْشَوْنِي وَلا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلا وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْكَافِرُونَ
Maksudnya:
“ Maka jangan kamu takut kepada manusia tetapi takutlah kepadaku dan jangan kamu kamu memperdagangkan ayat – ayatku denggan harga yang murah dan barangsiapa tidak berhukuum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang – orang yang kufur kepadaAllah .”( Al Maidah 44 )
[Jika 2 rukun ini gugur, kelayakkan sebagai pemimpin yang sesuai dan layak telah hilang. Sebagaimana Abu Zar rha., mempunyai amanah tetapi tiada quwwah, tidak dilantik sebagai pemimpin oleh baginda Rasul saw].
KEPENTINGAN KEPIMPINAN
- Ia adalah tuntutan syara’
- Ia adalah tuntutan ummah
- Untuk pengawasan dalaman sesebuah organisasi (PPMS):
1. Mewujudkan tarbiyyah dikalangan anggota
2. Mengambil tahu hal ehwal anggota
3. menyelaraskan pentadbiran dan perlaksanaan/perjalanan PPMS.
4. Bertanggunggjawab terhadap pembentukkan syakhsiyyah bersaudara dan bermasyarakat
5. Mewujudkan suasana bermusyawarah.
FUNGSI UMUM KEPIMPINAN
Memahami fungsi kepimpinan didalam sesuatu organisasi adalah penting kerana ia melibatkan skop keterlibatan peranan pemimpin secara menyeluruh .
Secara umum fungsi kepimpinan dapat diringkas seperti:
1. Membentuk dan membimbing ahli PPMS ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
2. Menyatupadukan anggota dengan bertindak sebagai orang tengah, pakar rujuk. penasihat, kawan yang bersimpati dan pendengar yang sabar.
3. Mewujudkan suasana yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin memperolehi manfaat secemerlang mungkin. Ini termasuklah memberi dorongan berdasarkan ganjaran, hukuman dan teguran.
4. Merancang, menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi. Setiap aspek pengurusan dijalankan dengan:
- Penglibatan yang bermakna daripada ahli
- Memberi ransangan yang berterusan kepada anggota
- menyatakan dengan jelas matlamat pengurusan agar wujud keselarasan dalan tindakan dan objektif .
5. Memudahkan perhubungan antara anggota organisasi ( PPMS ) . Ini mengambil kira kaedah penyaluran maklumat yang sesuai dan berkesan .
Tegasnya kepimpinan harus mahir taktik komunakasi samaada berbentuk perseorangan, kumpulan – kumpulan kecil dan kumpulan – kumpulan besar .
KEBERKESANAN DAN CIRI – CIRI KEPIMPINAN YANG BAIK
1. Tidak takut celaan orang yang mencela (bersedia menerima kritikan daripada ahli)
2. Tidak gentar menghadapi risiko . (tahu bagaimana mengurus risiko)
3. Berani mencuba . (tidak prejudis)
4. Semangat mahukan perubahan . (tidak statik atau kaku)
5. Tidak memusuhi idea – idea baru atau pendekatan – pendekatan baru.
6. Tidak membezakan tugas atau terlalu memilih kerja – kerja PPMS.
7. Tidak beremosi sebaliknya bertindak rasional.
8. Tegas dan tidak mudah merajuk.
9. Memberi dan menerima.
10.Menunaikan hak orang lain dan tanggungjawab diri sendiri.
11.Bersikap tolerensi terhadap pandangan orang lain dengan tidak menyangka hanya pendapatnya sahaja yang betul.
12.Mengutamakan syura daripada pendapat sendiri.
13.Optimis dengan perancangan yang dirancang.
14.Memiliki fizikal yang baik, minda yang cerdas, prinsip yang berwibawa dan disiplin yang baik.
15.Pengaruh dan penerimaan masyarakat terhadap peribadi dan perjuangannya.
HAK – HAK KEPIMPINAN
Mendapat kesetiaan daripada ahli. (Al Wala’). Tanpa kesetiaan, kepimpinan akan pincang.
Firman Allah swt :
إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ. وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمْ الْغَالِبُونَ.
Maksudnya :
“ Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.” ( Al Maidah 55 – 56 )
Mendapat ketaatan daripada ahli.
Sabda Rasulullah saw :
مَنْ أَطاعَني فقدْ أطاعَ اللهَ و مَن عَصاني فقد عَصى اللهَ و مَن أطاعَ أمِيْري فقد أطاعَني و مَن عَصَى أمِيْري فقد عصاني .
Maksudnya:
“Barangsiapa yang mentaatiku maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang menginkariku maka sesungguhnya ia menginkari Allah dan barangsiapa yang mentaati pemimpinku maka sesungguhnya ia telah mentaatiku dan barangsiapa menginkari pemimpinku maka sesungguhnya ia menginkariku.”
Mendapat pembetulan atau teguran apabila tersilap.
Sabda Rasulullah saw:
ثلاثٌ لا يُغَلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ مُسْلِمٍ : إِخْلاَصُ الْعَمَلِ للهِ و مُنَاْمَحَةُ أَئِمَةَ الْمسلمينَ و لُزُوْمِ جماعتِهِمْ
Maksudnya:
“ Tiga perkara, sukar untuk menjadikan hati mukmin keras: Ikhlas beramal kerana Allah, menasihati pemimpin muslimin dan melazimi Jemaah muslimin.”
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Berlaku adil dalam seluruh perlaksanaan
Firman Alalh swt :
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنْ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Maksudnya :
“ Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (An.nahl:90)
Memimpin ahli – ahli menuju keredhoan Allah perlu ada dua suasana:
- Suasana keinginan tinggi melakukan pelengkapan diri
- Suasana kesungguhan mengabdikan diri kepada Allah
Musyawarah dengan ahli – ahli
Firman Allah swt :
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنْ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maksudnya:
“ Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”