Home > MINDA MUJAHID > Surat Terbuka Kepada Pimpinan PPMS 2010/11

Surat Terbuka Kepada Pimpinan PPMS 2010/11


Menuju 25 tahun kedua PPMS

Bismillahirrahmanirrahim…

Setinggi-tinggi kesyukuran dan lafaz Alhamdulillah dirafa’kan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita berada di bawah lembayung kerahmatan dan kenikmatan bumi Syam yang penuh barakah ini. Selawat dan salam dituturkan buat penghulu anbiya, kekasih Allah, baginda Rasulullah SAW dan ke atas keluarganya, sahabat-sahabat, serta para pengikutnya dari dulu, kini, dan sehingga ke hari kiamat

Masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan syabas dan tahniah kepada pimpinan baru PPMS generasi baru. Genarasi yang akan membawa mercu kejayaan buat PPMS dalam 25 tahun kedua penubuhan PPMS. Moga pilihan Allah bagi para pimpinan baru ini melalui tangan-tangan ahli PPMS kan memberi sinar dan harapan baru kepada kelangsungan PPMS buat masa akan datang.

Penulis juga tidak lupa untuk mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada mantan-mantan PPMS sesi lalu kerana membawa bahtera PPMS dengan baik dan cemerlang serta berusaha mengakhri perjalanan 25 tahun pertama PPMS dengan baik untuk memudahkan generasi baru membawa dan memikulnya. Semoga segala jasa dan sumbangan mereka akan mendapat ganjaran yang setimpalnya dari maha pencipta

Sebelum penulis melarikan jari jemari ini dengan lebih agresif dan menulis tanpa henti, ingin penulis menjelaskan kenapa surat ini penulis persembahkan buat tatapan para pimpinan dan kenapakan penulis mengambil pendekatan sebegini untuk mencapaikan rasa hati kepada para pimpinan baru PPMS 2010/11 ini. Tidak ada niat negative atau memandang rendah mahupun memandang serong kepada pimpinan sesi ini tetapi ia adalah diatas dasar:

1.      Ingin mengikut jejak langkah para pimpinan Islam yang terdahulu dalam member pandangan dan teguran kepada pimpinan lain, sebagai contoh:

  • Surat masyhur Abdullah bin Mubarak kepada hamba dua tempat suci Fudhail Bin `iadh
  • Surat Khalifah Umar Al-khattab kepada panglima Islam yang membuka Mesir Saad Bin Abi Waqqas
  • Surat Saidini Ali Abi Tolib kepada

2.      Kerana diatas dasar kasih dan sayang rakyat (ahli) kepada pimpinan dengan cara menegur dan memberi peringatan seperti

  • Abdullah Bin Zubair kepada Hajjaj Yusuf Thaqafi
  • Teguran Said bin Musayyab kepada Khalifah Agong Harun Ar-rasyid

3.      Adalah untuk memberikan panduan bagaimana cara untuk membawa PPMS buat masa akan datan berpandukan kepada ilmu dan pengalaman

4.      Pendekatan ini penulis ambil adalah kerana ingin menunjukan cara dan pendekatan dalam melontarkan kritikan, pandangan, teguran, komentar kepada pimpinan secara terus dengan pelbagai cara dan pendekatan, yang paling penting, tidak ada manusia (ahli) yang hanya sembang kencang sahaja di FB dll akan ketidakpuasan hati mereka tanpa sedikit pun pendangan mereka itu sampai ke pengetahuan pimpinan

Semoga dengan keterangan penulis diatas tujuan kenapa surat ini penulis tujukan kepada pimpinan, dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada para pembaca dan pimpinan, dengan harapan tidak menimbulkan kontroversi buat masa datang.

Wahai Pimpinanku…

PPMS Versi Baru

Melihat perjalanan PPMS sejak kedatangan penulis PPMS sejak 2006 hinggalah sekarang, banyak perubahan yang telah berlaku kepada perjalanan PPMS itu sendiri. Samada dari sudut perubahan batang tubuh PPMS itu sendiri mahupun kepada aktiviti yang telah dilaksanakan. Bermula dari aktiviti bersifat kepondokan hinggalah ketahap keuniversitiaan, dari perancangan zero class hinggalah first Class, dari aktiviti yang mengunakan kewangan paling tinggi 50 ribu SYP hinggalah 25o ribu SYP begitulah seterusnya perubahan demi perubahan yang berlaku kepada perjalanan PPMS sejak ia ditubuhkan sejak tahun 1986.

 

Melihat kepada arus perubahan yang melanda ini, kita mengharapkan kepada pimpinan baru sesi ini, untuk memobalisi perubahan ini dengan baik seterusnya meningkatkan prestasi kepada perubahan ini demi membawa PPMS ke arah 25 tahun kedua akan datang. perubahan yang berlaku kepada PPMS ini, membawa kepada perubahan mentaliti, persepsi dan sikap ahli PPMS itu sendiri. Kerana enjin utama kepada perubahan kepada PPMS itu sendiri datangnya dari perubahan ahli-ahlinya.

Perkara yang utama, yang perlu diambil perhatian oleh pimpinan versi baru ini adalah berusaha untuk membawa PPMS Baru ini ke satu tahap yang memuas dan membanggakan. Permasalahan dari sudut furu`yyah perlu di”yah”kan dari bibir-bibir dan ucapan para pimpinan, kekalkan hubungan dan kerjasama yang baik dan erat dengan pihak yang kita bernaung, Kedutaan Besar Malaysia Ke Syria, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan, dan Syukbah Tullabiah Arabiah.

Jangan hidupkan suasana yang merengangkan hubungan kedu-dua pihak. Berusahalah untuk memeliharanya dari kejahatan kumbang-kumbang jahat yang ingin menghisap madu kerjasama ini yang sudah sekian lama terjalin.

 

Wahai Pimpinanku…

Orientasi utama PPMS adalah dakwah dan kebajikan. Jangan sama sekali kita mengabaikan dua core utama persatuan kita ini. Kita perlu faham bahawa dakwah itu adalah kebajikan, dan kebajikan itu adalah dakwah. Berusahalah untuk memahamkan ahli akan dua orientasi persatuan kita ini dengan cara pendekatan program dan aktivit yang pelbagai dan menarik. Kerana ia sangat penting untuk difahamkan dan memahamkan.

Sekarang persepsi ahli melihat dan memandang PPMS ini adalah kebajikan semata-mata, lebih sedikit sahaja penumpuan PPMS kepada dakwah, ahli yang bising dan bunyi dan bertanyakan dimanakah kebajikan PPMS kepada ahli? Kenapa perkara sebegini berlaku dikalangan? Sebelum pimpinan menyalahkan sikap dan masalah ahli, pimpinan harus merenung sejauh manakah tahap pemehaman kita akan hal ini dan sejauh manakah kita memahami ahli akan hal ini?

Masalah tenaga kerja manusia, tenaga kerja mahir, masalah sumber kewangan yang terhad dan terputus, krisis ketandusan pimpinan, suasana politik semasa Syria yang mencengkam, adalah antara puluhan masalah yang yang perlu di”teruselesai”kan oleh pimpinan sesi baru ini dalam membawa PPMS baru bagi menempuh mehnah dan tribulasi dalam langkah-langkhanya yang mendatang. Mungkin ia akan membantut dan menjejaskan perjalanan PPMS baru ini tetapi kalau ia dilihat secara negative dan tidak ditangani dengan bijaksana maka perubahan yang yang dimimpi dan diharapkan bagi generasi baru ini akan tinggal harapan dan impian.

Penulis melihat bumi Syam ini sudah berubah geografi pemikiran dan kepelbagaian mahasiswa Malaysia yang datang bagaikan arus air terjun yang terus turun mencurah walaupuna bongkah-bongkah batu menghalang laluannya. Maksud penulis,mahasiswa/wi di bumi Syam sekarang ini adalah mahasiswa/si generasi baru yang berada dibawah naungan PPMS pasal kedua ini. Mereka adalah Person in charge kepada perjalanan 25 tahun kedua PPMS buat masa akan datang. generasi mahasiswa/wi baru ini adalah

  • Generasi yang tidak lagi menyoalkan masalah khilafiah tetapi hanya mmbincang soal usuliyyah
  • Generasi yang membicarakan ruang yang lebih luas dari soal perpaduan dan kesatuan sesame ahli PPMS melebihi  kepada perpaduan dan kesatuan sesame Bkan dan Anak Sekolah
  • Generasi yang lebih mengutamakan tenaga, masa, idea, wang dalam menberikan sekongan dan dokongan kepada PPMS melebihi dari Bkan dan Anak Sekolah
  • Generasi yang meletakan ulama negarawan sebagai hadaf dan cita-cita daripada meletakan ulama hanya tempat mengepalai bacaan tahlil dll
  • Generasi yang sudah bermenteliti ahli dan pimpinan dari ahli yang mentelitikan ahli dan hanya makan suap sahaja

Wahai Pimpinanku…

Kita perlu ingat… mereka ini adalah generasi baru dan masih setahun jagung prestasinya untuk kita banggakan, lahirnya generasi baru ini adalah kerana kesungguhan dan dan jasa pimpinan terdahulu, pimpinan terbahulu sudah menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan cemerlang dan gemilang. Maka tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pimpinan baru ini adalah berusaha membawa dan membimbing generasi baru mahasiswa/wi ini ke arah yang dicita-citakan oleh PPMS, Negara, bangsa dan agama bagi 25 tahun perjalanan PPMS buat masa datang.

Generasi yang perlu mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh pimpinan PPMS yang terdahulu dan sekarang bagi menjayakan visi PPMS yang sangat besar iaitu “ke arah melahirkan Generasi Ulama Negarawan”. Tapi persoalannya? Apakah sudah terbentuk acuan yang kita inginkan ini dalam diri setiap pimpinan PPMS sekarang, Adakah pimpinan PPMS sesi sekarang ini sudah bersedia untuk membentuk diri mereka bagi mencapai visi dan cita-cita tersebut? Sudah bersediakan pimpinan sekarang ini dalam membawa visi ini dalam diri mereka sendiri apatah lagi dalam diri generasi baru ini?

Minta maaf dari hati penulis hulurkan…bagi menjawab semua persoalanan ini penulis sendiri pun susah untuk menjawabnya tapi kalau dilihat kenapa surat ini ditulis, pembaca dan pimpinan tidak akan menyalahkan penulis tetapi berusaha untuk bermuhasabah dan mengkoreksi diri bagi mencari jawapan kepada persoalanan yang penulis lontarkan tadi.

Apa yang penulis yang ingin sampai ini adalah kerana mahu menyedarkan kepada diri sendiri sendiri dan para pimpinan dari tanggugnjawab dan amanah yang telah diberikan, janganlah kita mengabaikan prestasi kemunculan generasi ini dengan tidak mengendahkan mereka ataupun membiarkan mereka tetapi berusahalah membawa membimbing dan menjadikan mereka generasi yang akan membawa PPMS menuju 50 tahun kedua PPMS masa akan datang.

Maka penulis menyeru kepada para pimpinan yang dikasihi, bangunlah dari bayangan keronokan dalam memimpin kepada menyedari tanggungjawab yang berat dan besar. Berusahalah bekerja sebagai satu team yang hebat. Kerana kita bukan bekerja  dengan satu orang, bukan dengan satu idea dan bukan dengan satu orang presiden, tetapi kita bekerja sebagai sebuah team impian yang berusaha dalam menjayakan misi dan visi yang besar.

Wahai pimpinanku

Kita perlu ingat dan sedar… bahawa tanggungjawab dan amanah pimpinan ini terbahagi kepada 3 fasal:

Fasal 1: fasal sebelum menjadi pimpinan iaitu bertanggungjwab untuk menpersiapkan ilmu dan kekuatan sebelum menjadi seorang pimpinan berpandukan kepada kata-kata saidini umar Al-Kattab:

“Belajarlah kamu sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin (dilanti sebagai seorang pemimpin)”

Fasal 2: fasal semasa menjadi pimpinan iaitu bertanggungjawab menjaga kebajikan dan berusaha untuk mencapai tujuan serta matlamat yang digariskan oleh sesebuah organisasi ( PPMS )

Fasal 3: fasal selepas menjadi pimpinan iaitu bertanggungjawab untuk melahirkan generasi pelapis yang boleh dan mampu membawa apa yang telah ditinggalkan oleh generasi yang sebelumnya bahkan dapat meningkatkan prestasi melebihi generasi yang sebelumnya.

Bagi mengakhiri surat ini, penulis ingin menukilkan kata-kata keramat murabbi Ustaz Said Hawa dalam karya agongnya Jundullah dalam memberi peringatan dan taujihat kepada para pimpinan dan bakal para pimpinan dalam membawa visi dan misi mereka.

“Qiyadah (Pimpinan) tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah (Pimpinan) perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah (Pimpinan) mesti muhasabah kepada Qa’id dan sesama sendiri”

Apa yang baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk datangnya dari kelemahan diri yang dhaif ini, secara hakikatnya keduanya datang dari Maha pencipta. Moga ada manfaat kepada kita semua. Penulis doakan kepada pimpinan sesi ini dengan lafaz siiru `ala barakatillah….

Muhammad Mujahid mohd mohtar

mindamujahid.wordpress.com

 

 

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: