Home > MINDA MUJAHID > APA YANG MEREKA PERLU BUAT?

APA YANG MEREKA PERLU BUAT?



Mantan Pimpinan PPMS 2099/10. Boleh bersatu atas dasar “kita PPMS, PPMS kita”

Banyak respon yang penulis dapat dari para sahabat dan pembaca berkaitan artikel penulis yang bertajuk “surat terbuka kepada pimpinan PPMS 2010/2010. Ada yang bersifat positif dan yang bersifat negative. Bersifat positif penulis ucapkan terima kasih dan penulis akan beusaha untuk memenhi harapam dan permintaan mereka untuk menulis beberapa isu berkaitan PPMS dan Syria pada sesi kali ini. Bagi yang bersifat negative, perlu mengucapkan juga ribuan terima kasih kerana menyedarkan penulis dari bayangan artikel yang panjang dan idea yang sonsang. Penulis ambil semua ini dengan hati dan minda yang terbuka.

Dari beberapa respon itu, maka tercetuslah dihati penulis untuk menulis berkaitan dengan kepentingan BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) kepada PPMS serta beberapa seruan penulis kepada pimpinan BKAN sesi baru pada tahun ini. Bertepatan juga bulan disember ini adalah bulan pembentukan Pimpinan PPMS dari sudut visi, misi, perancangan, kewangan dan lain dan bulan kepda semua BKAN untuk mengadakan AGM mereka bagi memilih pimpinan bagi sesi akan datang. moga artikel ini tepat pada masanya.

Kandungan artikel ini penulis lebih kepada teguran, pandangan, komen dan sewaktu dengannya kepada pimpinan BKAN yang sudah dan bakal naik untuk membawa bahtera BKAN msing-masing bagi sesi akan datang. berpandukan kepada pengalaman dan pemerhatian penulis selama ini kepada institusi BKAN dan BKAS ( Badan Kebajikan Anak Sekolah).

Sebelum penulis meneruskan dengan lebih lanjut suka penulis katakana disini, artikel yang penulis tuliskan pada sesi yang lalu adalah bukan bertujuan ditujukan kepada pimpinan PPMS sahaja, tetapi kepada mereka yang meletakan diri untuk membawa PPMS maju kehadapan dari semua aspek kehidupan. Maka pimpinan BKAN dan BKAS adalah golongan pimpinan yang penulis maksudkan kerana BKAN dan BKAS adalah satu bahagian dari bahagian-bahagian yang ada dalam batang tubuh PPMS itu sendiri.

Juga ditujukan kepada ahli secara keseluruhannya, kerana dari merekalah akan lahirnya generasi pmpinan yang berkualiti dan ahli  yang sanggup berkorban buat masa akan datang. ahli perlulah berusaha untuk bermentaliti pimpinan dan berpeganglah kepada konsep “erti hidup pada memberi” dalam kehidupan berpersatuan dan berorganisasi.

1.Terlebih dahulu pimpinan BKAN dan BKAS yang baru perlu ingat dan sedar akan kedudukan mereka dalam hearaki kepimpinan diperingkat PPMS. Kewujudan mereka adalahselepas kejuwudan PPMS pada tahun 1986.

Badan Kebajikan Anak Negeri Syria

Antara 8 Badan Kebajikan Anak Negeri yang berdaftar secara rasmi dibawah PPMS sejak tahun 1986 hinggalah sekarang adalah:

  • Badan Kebajikan Penuntut Perak Syria (BKPPS): Ditubuhkan pada 6 May 1994
  • Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS): Ditubuhkan pada 27 Mac 1996
  • Keluarga Penuntut Terengganu Syria (KPTS): Ditubuhkan pada 17 Jun 1998
  • Badan Kebajikan Anak Selangor Syria (BKASS): Ditubuhkan sekitar tahun 2002
  • Ikatan Mahasiswa Pahang Syria (IMPS): Ditubuhkan pada 1 Ogos 2003
  • Ikatan Siswa Negeri Sembilan Syria (ISINS): Ditubuhkan pada 21 Mac 2005
  • Himpunan Ukhwah Mahasiswa Kelantan Syria: Ditubuhkan pada 10 Februari 2006
  • Ikatan Penuntut Pulau Pinang Syria (IPPS)

Antara Objektif, tujuan, dasar, matlamat utama kepada penubuhan Badan Kebajikan Anak Negeri ini adalah untuk:

  • Menjaga kebajikan ahli.
  • Menyatukan ahli dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.
  • Meningkatkan prestasi akademik ahli.
  • Menjadi perantaraan ahli setiap negeri dengan PPMS.

Berdasar fakta di atas, dan berpandukan kepada orientasi utama PPMS adalah dakwah dan kebajikan, maka apakah yang seharusnya pimpinan BKAN dan BKAS perlu buat? Jawapannya apa yang prlu mereka buat adalah:

1. Menjadi tulang belakang utama bagi menjayakan visi dan misi PPMS, meletakan visi dan misi PPMS sebagai perkara asas dan utama dalam kertas kerja pembentukan BKAN da BKAS, sertas berusaha untuk menjaya visi dan misi tersebut melalui aktiviti-aktiviti yang dijalan dan dianjurkan.

2. Meletakan konsep “kita PPMS, PPMS kita” sebagai gaya bekerja dalam membawa organisasi dan persatuan.  Walaupun sudah setahun konsep ini diperkenalkan, tetapi pimpinan dan ahli masih lagi tidak mengubah mentality mereka. Sebagai contoh, ada sebahagian BKAN sudah mengadakan ziarah Mahabbah dalam lebih awal dari pihak PPMS, maka ahli rumah akan merungut kepada pimpinan BKAN mereka “kenapa pimpinan PPMS tidak mengziarahi kami seperti antum mengziarahi kami? Maka jawap pimpinan tersebut “ tak tahu la, mereka duduk sibuk apa tidak tahu”.

Persoalan dan jawapan ini tidak sepatutnya timbul dari mulut ahli dan pimpinan sekiranya konsep “kita PPMS, PPMS kita” dapat kita amalkan dalam cara bekerja kita. Kerana pimpinan BKAN adalah sebahagian dari PPMS ahli boleh menyampaikan pandangan, kritikan, cadangan mereka kepada pimpinan BKAN, dan pimpinan BKAN perlu bertanggungjawab untuk mendengar dengan baik serta menyampaikannya kepada pihak pimpinan PPMS dalam siri liqa bersama PPMS-BKAN.

Tapi bukan bermakna pimpinan PPMS tidak perlu turun padang untuk mengziarahi ahli, jangan tersalah faham dengan maksud penulis ini. Kia harap harapa selepas dari ini perbualan di atas akan bertukar kepada “terima kasih kerana sudi mengziarahi kami, kami ada beberapa perkara yang ingin kami sampaikan terus kepada pimpinan PPMS, tetapi kami segan dan diorang pun lambat nak ziarah kami? Jawapam pimpinan BKAN” sama-sama aiwah bagus tu, kalau tak menjadi keberatan anta, anta boleh sampaikan pada pihak kami, insyaAllah kami akan sampaikan sebab dalam masa terdekat ni kami ada liqa dengan PPMS, kami akan sampaikan” kalaulah diolag seperti ini berlegar dikalangan ahli, pasti salah menyalah dikalangan pimpinan tidak akan berlaku, dan ahli berpuashati kerana semua pihak sudi mendengar keluhan mereka.

3. memandangkan kepada kuantiti ahli yang sedikit, dan kepada beberapa yang kurang aktif, penulis mengsyorkan kepada semua pimpinan BKAN bru untuk menumpu organisasi dan aktiviti mereka kepada kebajikan ahli secara keseluruhan. BKAN besar dan ramai mengadakan program dan aktiviti secara umum dan terbuka bagi membolehkan BKAN-BKAN kecil dan kuantiti ahli yang sedikit dapat menyertai serta mendapat faedah yang banyak. Ini penulis melihat akan menjimatkan:

  • Tenaga kerja manusia dan mahir
  • Menjimatkan kewangan dan perbelanjaan
  • Dapat mengrungkan kekanggan masa dan tempat

4. Bagi program-program yang bersifat umum dan selain dari kebajikan yang bersifat khusus, penulis mencadangkan kepada BKAN untuk mengadakan program bersama dengan pihak PPMS. Kerjasama ini dalam apa jua bentuk dan konsep perlaksanaan.

5. Dari sudut kewangan BKAN, penulis melihat ada baiknya ia tidak hanya berlegar disekitar BKAN tertentu sahaja, tetapi ia boleh dikongsi bersama dengan pihak PPMS dan BKAN-BKAN yang lain dalam melancarkan lagi aktiviti dan program yang dijalankan.

Kerana berdasarkan pengalaman yang penulis perolehi, sebahagian BKAN kecil tidak menganjurkan apa programdan aktiviti demi meningkatkan pembangunan ahli, sedangkan mereka mempunyai wang yang banyak bahkan disalurkan secara tetap oleh pihak kerajaan negeri. Dalam masa yang sama kita melihat ada sebahagian BKAN yang besar, ahli yang ramai, aktiviti yang rancak, tetapi terbantut disebaBKAN dengan krisis kewangan yang dialami. Maka perkara ini perlu dipandang serius oleh pimpinan BKAN dan PPMS. Kerana duit yang banyak tidak berguna sekiranya ia tidak digunakan.

Tetapi apabila perkara yang berkaitan hal ehwal kewangan ini penulis utarakan, ramai pimpinan BKAN berubah wajah dan seperti “lembu kenyang”, maksudnya ada yang marah, kritik, tidak bersetuju, susah untuk berbincang dan ada yang buat tidak tahu sahaja. Penulis sangat-sangat faham dan tahu, duit BKAN adalah hak mereka, atas merekalah untuk membelanjakan atau sebaliknya, tetapi mereka dan pimpinan perlu ingat bahawa duit itu adalah duit ahli secara umumnya, mereka berhak untuk mendapat dan memilikinya dan pimpinan hanya menjadi wasilah untuk menjaga dan mengunakan kewangan tersebut sahaja tidak lebih dari itu.

Sekirnya duit tersebut tidak dibelanjakan dengan baik dan intergriti, tunggulah balasan dari maha pencipta. Dari kenyataan penulis ini, dlihat sangat kasar dan tidak berbudi bahasa, tetapi tidak ada niat lain di hati penulis ini melainkan untuk mengajak semua pimpinan untuk berfikir dan menilai semula apa yang penulis katakan. Serta berusaha untuk menjadikan konsep “kita PPMS, PPMS kita” dalam merealisasikan matlamat kita semua buat masa akan datang demi untuk mentelesaikan krisis kewangan dan kepimpinan diperingkat PPMS serta BKAN-BKAN yang lain.

6. berusaha bersama-sama dengan pihak pimpinan PPMS dalam menyelesaikan beberapa krisis besar yang berlaku PPMS dan seluruhnya. Sebagai contoh:

  • Krisis tenaga manusia
  • Krisis tenaga mahir
  • Krisis kewangan
  • Krisis ketandusan pimpinan pelapis

Dengan cara:

  • Tidak membanyakan aktiviti dan program yang dirancang
  • Menumpukan program kearah pembangunan insane dalam menyelesaikan krisis tenaga mahir
  • Berusaha untuk menyalurkan peruntukan kewangan dari wang BKAN atau dari mana-mana sumber untuk menampung kewangan PPMS buat masa akan datang.
  • Beusaha mencari pimpinan pelapis untuk membawa PPMS dan BKAN buat masa akan datang melalui pendekatan berkongsi masalah dengan ahli dan memberikan kepercayaan kepada ahli untuk bekerja dan merancang.

Sedikit pandangan penulis kepada Badan Kebajikan Anak Sekolah secara umum, sekali lagi penulis ulang secara umum tidak kepada mana-mana pihak. Apabila menyebut soal BKAS, ada perkara yang positif dan negative kepada kewujudan BKAS ini.

Sudut positif:

  • Dapat mengeratkan hubungan sesame ahli dan pihak sekolah supaya tidak terputus hubungan yang sudah terbina.
  • Dapat menjaga kebajikan dan akdemik dikalangan ahli dengan lebih khusus
  • Dapat membina kekuatan sesame ahli
  • Dan lain-lain (mengikut objektif penubuhan BKAS)

Sudut negative:

  • Dapat membina tembok dan jurang pemisah antara ahli BKAS dengan ahli PPMS secara keseluruhan dari sudut hubungan, perbincangan dll
  • Menghidupkan suasana “mereka sahaja yang bugus dan baik dari sudut akademik dan tarbiah yang lain tidak boleh bersama mereka”
  • Konsep Ta`asub mudah terhasil dikalangan ahli
  • Ahli baru BKAS mudah mengikut prinsip dan kehendak songsang abang-abang mereka dalam melaksanakan perkara yang mereka tidak sukai tetapi pada hakikatnya perkara tersebut adalah untuk maslahah ramai.
  • Perpecahan mudah berlaku kalau tidak didirikan diatas dasar usul dan prinsip kebersaman
  • meretakkan kesatuan idea, fikrah, amal, tenaga dalam lain-lain dalam membawa misi yang sangat besar kepada mahasiswa Malaysia Syria secara keseluruhan

Dapat kita lihat perbezaan yang jauh antara dari sudut positif dan dari sudut negative mengikut pandangan penulis dan reality mahasiswa serta kedudukkan PPMS sebagai persatuan inuk dalam membawa mahasiswa ke arena yang lebih besar dan berat. Bukan bermakna hasil dari sudut positif dan negative ini, penulis tidak bersetuju dengan kewujudan BKAS tetapi hanya sebagai muhasabah antara kita bersama sahaja dalam melihat maslaha dan mafsadah mana yang lebih besar adkah kewudanya atad sebaliknya?.

Untuk pengetahuan para pimpinan BKAS, mengikut pandangan penulis, seperti mana yang telah penulis sebut dalam artikel yang lalu bahawa mahasiswa Malaysia dibumi syam ini adalah mahasiswa generasi baru yang melihat dan berbicara soal:

1.Perkara yang lebih besar perlu didahului dari kepentingan diri dan perkara yang lebih kecil konsepnya

إن المفسدة الصغيرة تغتفر من أجل المصلجة الكبيرة

Ertinya : Kemudaratan yang kecil tidak diambil kira dalam usaha meraih kemaslahatan (kepentingan) yang lebih besar.

2. kepentingaan yang kekal dan meyakinkan buat masa akan datang dari perkara yang belum pasti dan nyata

لا تترك مصلحة محققة من أجل مفسدة متوهمة

Ertinya : Tidak harus meninggalkan maslahat yang pasti kerana takutkan kemudaratan yang tidak pasti dan menurut andaian yang lemah.

3. Memberikan sokongan dari sudut tenaga, fikrah, idea, wang dan lain-lain kepada perkara yang lebih besar matlamat dan cita-citanya dari perkara yang sedikit hasilnya

4. Tidak melihat siapa yang memimpin mereka samada dari mana-mana ahli BKAN atau BKAS tetapi melihat bagaimana cara untuk mereka memberi sokongan dan dokongan dalam membawa visi dan misi secara bersama.

5. Ahli yang melihat BKAN dan BKAS ini adalah wasilah untuk mencapai cita-cita dan impian yang lebih besar dalam menyatu dan mngeratkan ukhuwah sesame ahli, dan berpandangan sekiranya wasilah ini adalah perkara yang sebab utama yang membantutkan hadaf sebenar wasilah ini, mereka akan meninggalkannya kerna ia tidak mencapai seperti yang dimaksudkan.

Jadi apa yang perlu pimpinan BKAS buat sekarang:

1.      berusaha untuk tidak mejadikan penubuhan BKAS terjebak dengan wabak negative diatas. Berusahalah untuk mengawal dan menghalangnya

2.      membawa generasi baru ini kearah pencapaian yang lebih baik, bukan berpandukan kepada sikap dan sifat buruk generasi-generasi yang terdahulu dalam membawa visi dan misi bersama.

3.      Berusaha untuk memberikan penumpuan dan keutamaan kepada perkara yang lebih besar daripada kemahuan dan kehendak yang khusus dan bersifat peribadi.

Penutupnya, dari apa yang penulis tuliskan ini bukanlah bermakna pimpinan BKAN dan BKAS dikongkong, diikat, dicucuk hidungnya, dikawal, dihalang dari merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti yang mereka rencanakan kerana kita hidupkan berkonsep demokrasi. Bak kata P.Ramlee “Demokrasi Terpimpinan”. Masing-masing ada hak dan kehendak yang perlu dihormati. Tetapi apa yang penulis ingin sampaikan ini adalah untuk:

  • Memberikan pendedahan sebenar kepada para pimpinan akan konsep dan prinsip serta menual bekerja yang sebenarnya antara BKAN dan PPMS
  • Berusaha untuk mengubah persepsi dan mentality yang songsang dan tidak secara hakikatnya kepada kejernihan pemikiran dan minda mengikut landaan dan acuan yang sebenarnya
  • Mengajak untuk kita semua bermuhasabah kepada apa yang telah buat, dalam membina genrasi batu buat masa akan datang.
  • Memberikan menjelasan tidak semua apa yang kita buat itu betul dan apa yang kita tinggalkan itu adalah salah dan tidask mendatangkan kebaikan, tetapi mengkin kerana kita tidak tahu dan membezakannya
  • Menerangkan kepada semua, kita semua mempunyai hak dan nilai, berilah hak dan nilai tersebut kena pada tempatnya semoga kita tidak menyesal dikemudian hari.

Sekiranya kita melihat sesuatu perkara tersebut demgam pemikiran yang positif, pasti kita akan mendapat hasil yang positif, sekiranya kita melihat sesustu perkara tersebut dengan pemikiran negates pasti hasilnya negates dan menjumudkan.

Muhamaad Mujahid Mohd Mohtar

 

 

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: