Home > MINDA MUJAHID > HAYATI DAN LAKSANA 5 PRINSIP AMAL JAMAEI DALAM PPMS-BKAN

HAYATI DAN LAKSANA 5 PRINSIP AMAL JAMAEI DALAM PPMS-BKAN


Kuat Hubungan sesama pimpinan PPMS-BKAN

Ada seorang sahabat minta kepada penulis untuk memberikan sedikit respon kepada AGM Bkan Kedah baru-baru ini,

Penulis menjawab:  “anta nak respon apa dari ana? Ana pun tidak tahu nak respon apa pasal Kedah ini”

Cuma penulis boleh ucapkan tahniah dan syabas kepada kepimpinan yang dipilih pada sesi kali ini, ucapan ini juga penulis ucapkan kepada semua kepimpinan Badan kebajikan Negeri yang lain. Juga syabas penulis ucapkan kepada semua ahli setiap BKAN kerana memilih kepimpinan mereka yang bertanggungjawab dan boleh menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

Perkara yang penting, yang ingin penulis ingatkan sudahpun penulis sebut dalam artikel yang lalu. Ambillah point mahupun isi yang baik dari apa yang penulis ingin sampaikan dalam artikel tersebut. Kerana artikel tersebut memberikan tunjuk ajar dan peringatan kepada diri penulis sendiri dan kepimpinan baru di peringkat PPMS dan BKAN.

Konsep “kita PPMS, PPMS kita” boleh kita aplikasikan dalam apa jua bentuk dan keadaan demi mencapai objektif dan matlamat yang besar buat masa akan datang. Dalam membawa sinar baru dalam dunia organisasi dan persatuan di bumi Syam ini. Mungkin konsep ini sangat berbeza pembawakan sekiranya dipraktik dan difahamkan dalam membawa ahli kepada menyokong dan mendokong PPMS dan BKAN, juga ia akan berbeza sekiranya ia dipraktik dan difahamkan dari sudut kepimpinan PPMS dan BKAN.

Sekiranya konsep ini kita bicarakan dari sudut kefahaman dan praktikal antara kepimpinan PPMS-BKAN pasti  kita akan melihat dari pelbagai sudut dan kaedah perlaksaan, Cuma apa yang penulis inginkan dari kefahaman dan perlaksanaan konsep ini kepada kepimpinan PPMS-BKAN mestilah berpandukan kepada lima prinsip asas dalam amal Jamaei (InsyaAllah penulis akan tuliskan tajuk amal Jamaei dengan panjang lebar buat masa akan) .

Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan PPMS-BKAN agar Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang, kita sewajarnya memastikan dokongan dan penglibatan kita dengan PPMS-BKAN ini benar – benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei .

5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah :

1. Iltizam

Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PPMS-BKAN demi menjayakan gerakkerja pembangunan atau pembinaan ahli dari sudut:

  • Aqidah yang sohih
  • Fikrah yang syumul dan
  • Syakhsiyyah yang soleh
  • Dakwah yang benar
  • Persatuan dan  Organisasi yang mantap

Jangan abaikan setiap keputusan pimpinan apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara syura melalui prosedur mesyuarat yang sah. Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti persatuan lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .

Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan persatuan yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .

Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .

2. Wala’

Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan PPMS-BKAN sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .

Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan persatuan kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati – hati seperti mengakibatkan timbulnya api fitnah, perpecahan dan lainnya .

Berusahalah memahami Fiqh Aulawiyyat dalam tindakan dan perancangan kita. Berusahalah untuk memberi keutamaan kepada program-program yang besar manfaat kepada semua ahli dari program yang keterlibatannya hanya sebahagian ahli sahaja.

Pertembungan arahan dan tindakan pasti akan berlaku sesama pimpinan PPMS dan BKAN, berusahalah untuk menyelsaikannya dengan jalan tengah dan rundingan damai antara pmpinan agar wala dan kepatusan ahli tidak berbelah bagi seterusnya boleh mengakibatkan hilang thiqah ahli kepada mana-mana pimpinan

3. Dengar dan Taat.

Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .

Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan persatuan selama mana ia tidak mengheret kita dan persatuan ke kancah maksiat dan mungkar. Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf ajk biasa, jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah dan jujur.

4. Ukhuwwah fillah

Jalinan persaudaraan antara ahli PPMS-BKAN mestilah diikat dengan semangat berlapang dada, berbaik sangka, tawadhu’ atau merendah diri antara satu sama lain, kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri, mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .

Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat persatuan dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan perjalanan gerakerja persatuan .

Usahakan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis.

Jangan mainkan isu yang menarik kita kepada kancah perbalahan, perpecahan dan bermasam muka antara pimpinan PPMS-BKAn dan antara ahli dengan pimpinan. Jangan jadikan kenegerian dan kesekolahan antara kita sebagai benteng untuk sesame ahli kita boleh bersaudara jauh sekali mahu menghidupkan suasana ta`asub dikalangan pimpinan. Inilah tanggungjawab pimpinan PPMS-BKAN sebenarnya dalam usaha untuk meruntuhkan bentang mahupun tembok songsang ini.

5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kejayaan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi persatuan yang besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi kecemerlangan persatuan ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.

Kegagalan berkorban memerangkap diri dan persatuan dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi . Terutama kita berada di era meneruskan perjuangan ini, kedengaran akhir – akhir ini krisis TKM (Tenaga kerja Manusia dan Mahir) berlaku dengan sangat kritikal dan membimbangkan banyak pihak. Ini  adalah satu musibah kepada kita semua sekiranya ia tidak ditangani dengan baik dan berkesan.

Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selePPMS-BKAN menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama.

Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat ahli, ajk, dan pimpinan PPMS-BKAN yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notakan di sini.

Saya harap perbincangan lanjut dibawa ke tazkirah sebelum mesyuarat atau liqa sembang-sembang anatara kita berkait 5 prinsip amal jamaei ini dan dilengkapkan dengan nas qura’ani dan dalil sunni berasaskan manhaj perjuangan an nabawi.

Muhammad Mujahid Mohtar

Tahun 4 Abu Nour

 

 

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: