Home > ISU DUNIA > Pemergian Necmettin Erbakan diratapi

Pemergian Necmettin Erbakan diratapi


DISAYANGI RAMAI: Orang ramai mengerumuni keranda mantan Perdana Menteri Turkey, Encik Necmettin Erbakan (atas), di Istanbul kelmarin. — Foto REUTERS/Fail AP

Prof. Dr. Najmuddin Erbakan, Bapa Kebangkitan Islam Turki Moden.

ISTANBUL: Sebuah masjid di Turkey penuh sesak kelmarin dengan orang ramai menghadiri pengebumian mantan perdana menteri yang telah meletakkan asas bagi politik Islam dalam Turkey moden.

Penghormatan bagi tokoh warak ini, yang meninggal dunia Ahad lalu pada usia 84 tahun kerana masalah jantung, datang mencurah dari seluruh pelosok negara dan dunia.

Militan Hamas dari Palestin turut melahirkan rasa sedih mereka dan Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, telah memendekkan lawatannya ke Eropah bagi menghadiri pengebumian itu.

‘Allahuakbar!’ dilaungkan di dalam masjid Fatih era Uthmaniah itu, yang dibina pada abad ke-15. Sekitar 200,000 orang datang menghadiri upacara itu.

Kematian Encik Erbakan diumumkan dari menara sekitar 3,000 masjid di Istanbul.

Encik Erbakan hanya berkhidmat setahun sebagai perdana menteri sebelum beliau didesak oleh pihak tentera yang tegas sekular supaya berundur pada 1997, namun beliau tidak pernah hilang minat dalam politik walaupun kesihatannya merosot.

Para pembantu berkata sebelum meninggal dunia, Encik Erbakan sedang berusaha akan kemungkinan menggabungkan Parti Felicitynya dengan parti pro-Islam lebih kecil yang lain.

Kepintaran beliau hingga membuat seteru politik menyayanginya. Beliau digelar ‘Hodja’ atau ‘Guru’ oleh pengikutnya dan mantan ahli partinya yang dilarang, Parti Kebajikan, termasuk Encik Erdogan dan Presiden Abdullah Gul.

Encik Erbakan menang pilihan raya 1995 melalui kempen mengeratkan jalinan dengan Dunia Islam.

Encik Erdogan, yang Parti Keadilan dan Pembangunannya merupakan sampingan gerakan Encik Erbakan yang dilarang itu, telah pulang dari melawat Jerman bagi menghadiri upacara itu. — AP.

Categories: ISU DUNIA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: