Archive

Archive for 13/03/2011

Apa Hasil Kita buat Ummah ini?

Buku yang biasa bagi sebahagian kita, tapi inilah hasil mereka buat ummah ini. bukti kecintaan mereka buat umat terpilih ini…teruskan usahamu wahai sahabatku

Syabas dan tahniah penulis ucapkan kepada sahabat senior penulis Ustaz Mohd Faiz Tanzizi Abdullah Penuntut tahun 1 Universiti Mu`tah Jordan kerana dapat menghasilkan sebuah buku ilmiah yang bertajuk “HIMPUNAN 50 FATWA ULAMA TENTANG AQIDAH Siri 1 dan 2”. Buku yang cukup penting menjadi keperluan kepada masyarakat dan mereka yang ingin mencari kebenaran dalam soal aqidah dan pegangan hidup.

Buku ini adalah hasil tangan kedua sahabat-sahabat penulis yang mendapat pendidikan di Muassasah Darul Ulmu. Buku yang pertama berbahasa Arab yang ditulis oleh sahabat dan ustaz penulis juga iaitu Ustaz Salman Maskuri, penuntut M.A Universiti Al-Azhar. Buku yang diterbitkan pada tahun 2005, yang membicarkan soal hal ehwal kubur dan Alam Ghaib (seingat penulis).

Apa motif sebenar penulis menulis dan menceritakan sedemikian, kerana penulis secara peribadi sangat iri hati kepada mereka kerena mampu mengeluarkan hasil dan kajian ilmiah mereka buat tatapan dan panduan bagi masyarakat. Kenapa mereka boleh kita tidak boleh? Adakah kita tidak berilmu dan tidak tahu menulis serta berusaha untuk memgeluarkan hasil buat tatapan ummah? Terlalu banyak persoalan yang berlegar di pemikiran penulis berkaitan dengan perkara ini.

Penulis dan mahasiswa/wi Syria pernah dicabar oleh Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasarudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Syria sebulan yang lalu (hanya orang yang menghadiri majlis ramah mesra sahaja yang tahu, dan yang tercabar sahaja akan berusaha menerima cabaran). Beliau mencabar mahasiswa/wi khasnya PPMS untuk menghasilkan bahan-bahan ilmiah buat tatapan masyarakat Islam di Malaysia. Kerana berdasarkan pengetahuan beliau, beliau tidak pernah melihat hasil kajian yang dihasilkan oleh penuntut Syam. Cabaran ini penulis ambil dengan minda dan tindakan yang positif.

Penulis secara peribadi melihat perkembangan dan penghasilan bahan-bahan yang berbentuk ilmiah sangat kurang dan sangat-sangat di bumi Syam ini, kalau kita mahu bandingkan sahabat-sahabat kita di Mesir (penulis tidak bermaksud untuk kita menubuhkan manhal seperti pmram, tapi kalau boleh lagi bagus) sahabat kita di Yaman. Jordan dan lain-lain.

Kita para penuntut dibumi Syam, dan mengambil ilmu dari para ulamanya, tapi adakah kita pernah terfikir, ulama Syam la antara ulama yang paling banyak dalam dunia menulis dan menghasilkan buku-buku ilmiah dan rujukan, serta ia di guna pakai oleh kebanyakan negera umat Islam dan Negara bukan Isalm. Seperti Dr Wahbah Zhuhaily, Dr Ramadhan Buoti, Dr Mustafa Bugha dll. Sepatutnya kita yang menuntut dengan ulama-ulama Syam, kita perlu sampaikan apa uang kita perolehi dari mereka, paling kurang dengan menulis dan meghasilkan bahan-bahan ilmiah.

Luah ini bukan penulis tujukan kepada penuntut-penuntut ilmu di bumi Syam, tetapi adalah kerana merasa kecawa dan ari hati kepada para alim ulama dan sahabat-sahabat yang menghasilkan buku. Bagi pandangan penulis, sekiranya sesuatu bangsa itu tidak menghasil sesuatu perkara yang berbentuk ilmiah dan thaqafah, kita boleh tahu sejauh mana tahap pembacaan bangsa itu. Kerana membaca datangnya dari penulis yang dihasilkan, dan penulis datangnya dari pembacan yang banyak dan mendalam. Cuba kita fikirkan, penuntut ilmu di bumi Syam kurang mengeluarkan bahan bacaan, maka bagaimankah tahap pembacaan mereka, dan bagaimanakah tahap penulis mereka? Fikir dan renungkan…

Di sempatan ini, penulis mengharapkan para sahabat mendoakan penulis, supaya penulis dapat mengikut jejak langkah para ulama Syam dalam menghasilkan banhan-bahan ilmiah buatv tatapan masyarakat dan menjadu bekalan diakhirat kelak.kita mampu sebenarnya……….kalau kita lemah semangat, renunglah persoalanan ini “Apa hasil Kita Buat Ummah ini”?

 

 

 

Categories: MINDA MUJAHID

Amanat Tuan Guru Buat Penuntut Syam 2011

Dato Sri Tuan Guru Bersama Presiden PPMS 2001 Ustaz Hazuanuddin

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri majlis ramah mesra Dato Seri Tuan Guru Presiden Parti Islam Semalaysia PAS dan jamuan walimah perkahwinan Putri Beliau Ustazah Khadijah Abd Hadi dengan Pasangannya Ustaz Irham Nori. Saat yang cukup bermakna bagi penulis setelah sekian lama menanti dan menunggu kedatangan Tuan Guru serta mendapat Taujihat serta pengalaman dari beliau. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan, moga diberkati dan dirahmati Allah selalu. Moga anak yang bakal lahir nanti akan mengikut jejak langkah “Atoknya” dalam membawa Ummah sejagat.

Hasil dari pertemuan dan ramah mesra tersebut, penulis ingin berkongsi butur-butir mutiara yang disampaikan oleh Tuan Guru yang penulis perolehi dengan rakan pembaca sekalian, kerana bagi penulis, apa yang disampaikan oleh Tuan Guru perlu disebarluaskan kerana beliau bercakap di atas dasar ilmu yang reality di medan dakwah dan pengalaman melaut di lapangan masyarakat.

Ada beberapa perkara yang Tuan Guru terang serta jelaskan, supaya ia dapat membentuk kefahaman mahasiswa yang benar dan tepat berpandukan Al-Quran dan As-sunnah. Diketika mana masuh Islam merancang memusnahkan daya tahan golongan mahasiswa dari sudut mental dan spiritual kerana mereka tahu mahasiswa adalah tonggak kepada kebangkitan Islam.

Penulis melihat peringatan Tuan Guru sangat tepat masanya dalam usaha penjernihan semula minda, sikap, dan persepsi manusia dari ideology-ideologi ciptaan manusia dalam memahami Islam yang sebenar.

Antara isi kandungan ucapan beliau adalah:

  1. Manusia akhir zaman ini adalah manusia yang terpilih, dari seorang Nabi yang terpilih, Seorang Nabi yang telah ditetapkan oleh Allah sebelum penciptaan Adam dan Hawa.
  2. Diutuskan dengan tujuan memperlengkapkan system kehidupan manusia di muka bumi ini, mengajar manusia bahawa segala apa yang berkaitan dengan kehidupan dunia ini tidak dapat dipisahkan dengan tuhan yang maha pencipta.
  3. Semua ketamadunan dan kemodenan adalah dari Islam dan datangnya dari umat Islam yang membawa obor perjuangan Islam yang suci dan ikhlas sebagai contoh, system perbankan Islam diasaskan oleh Baginda Muhammad ketika beliau berada di Mekah hingga beliau mendapat gelaran Al-Amin, sistem member gaji atau elaun kepada pemerintah ia telah berlaku di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar As-siddiq dan beberapa contoh yang lain.
  4. Menceritakan tentang kehebatan dan keagungan agama Islam sejak berzaman, yang dapat memerintah dunia dan membawa penghuninya menjadi Muslim Power yang beriman.
  5. Mengajak para mahasiswa untuk berbangga dengan agama Islam yang mereka anuti dalam masa yang sama menjadi pendokong Islam yang berilmu dan berakhla.
  6. Menyeru mahasiswa untuk mempersiapkan segala kelengkapan dengan rapi bagi turun kemedan tempur yang tidak semua manusia sanggup memikulnya. Semua ini memerlukan kepada ilmu, pengalaman, tarbiah dan didikan yang berterusan, supaya dapat melahirkan insane yang mengabungkan sistem duniawi dan ukhrawi yang seperti mana yang dihendaki oleh Allah dan RasulNya.

Oleh yang demikian, penulis menyeru kepada diri sendiri dan sahabat pembaca supaya berusaha dari sekarang mempertingkatkan kualiti pengajian kita dan aktiviti tarbiah. kerana akademik dan tarbiahlah asas bagi melahir modal insan yang terbaik dan hebat. seperti mana Rasul melahirkan Para Sahabat yang unggul dari segi pemerintah dan akhlak mereka.

 

Categories: MINDA MUJAHID