Home > MINDA MUJAHID > Amanat Tuan Guru Buat Penuntut Syam 2011

Amanat Tuan Guru Buat Penuntut Syam 2011


Dato Sri Tuan Guru Bersama Presiden PPMS 2001 Ustaz Hazuanuddin

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri majlis ramah mesra Dato Seri Tuan Guru Presiden Parti Islam Semalaysia PAS dan jamuan walimah perkahwinan Putri Beliau Ustazah Khadijah Abd Hadi dengan Pasangannya Ustaz Irham Nori. Saat yang cukup bermakna bagi penulis setelah sekian lama menanti dan menunggu kedatangan Tuan Guru serta mendapat Taujihat serta pengalaman dari beliau. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan, moga diberkati dan dirahmati Allah selalu. Moga anak yang bakal lahir nanti akan mengikut jejak langkah “Atoknya” dalam membawa Ummah sejagat.

Hasil dari pertemuan dan ramah mesra tersebut, penulis ingin berkongsi butur-butir mutiara yang disampaikan oleh Tuan Guru yang penulis perolehi dengan rakan pembaca sekalian, kerana bagi penulis, apa yang disampaikan oleh Tuan Guru perlu disebarluaskan kerana beliau bercakap di atas dasar ilmu yang reality di medan dakwah dan pengalaman melaut di lapangan masyarakat.

Ada beberapa perkara yang Tuan Guru terang serta jelaskan, supaya ia dapat membentuk kefahaman mahasiswa yang benar dan tepat berpandukan Al-Quran dan As-sunnah. Diketika mana masuh Islam merancang memusnahkan daya tahan golongan mahasiswa dari sudut mental dan spiritual kerana mereka tahu mahasiswa adalah tonggak kepada kebangkitan Islam.

Penulis melihat peringatan Tuan Guru sangat tepat masanya dalam usaha penjernihan semula minda, sikap, dan persepsi manusia dari ideology-ideologi ciptaan manusia dalam memahami Islam yang sebenar.

Antara isi kandungan ucapan beliau adalah:

  1. Manusia akhir zaman ini adalah manusia yang terpilih, dari seorang Nabi yang terpilih, Seorang Nabi yang telah ditetapkan oleh Allah sebelum penciptaan Adam dan Hawa.
  2. Diutuskan dengan tujuan memperlengkapkan system kehidupan manusia di muka bumi ini, mengajar manusia bahawa segala apa yang berkaitan dengan kehidupan dunia ini tidak dapat dipisahkan dengan tuhan yang maha pencipta.
  3. Semua ketamadunan dan kemodenan adalah dari Islam dan datangnya dari umat Islam yang membawa obor perjuangan Islam yang suci dan ikhlas sebagai contoh, system perbankan Islam diasaskan oleh Baginda Muhammad ketika beliau berada di Mekah hingga beliau mendapat gelaran Al-Amin, sistem member gaji atau elaun kepada pemerintah ia telah berlaku di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar As-siddiq dan beberapa contoh yang lain.
  4. Menceritakan tentang kehebatan dan keagungan agama Islam sejak berzaman, yang dapat memerintah dunia dan membawa penghuninya menjadi Muslim Power yang beriman.
  5. Mengajak para mahasiswa untuk berbangga dengan agama Islam yang mereka anuti dalam masa yang sama menjadi pendokong Islam yang berilmu dan berakhla.
  6. Menyeru mahasiswa untuk mempersiapkan segala kelengkapan dengan rapi bagi turun kemedan tempur yang tidak semua manusia sanggup memikulnya. Semua ini memerlukan kepada ilmu, pengalaman, tarbiah dan didikan yang berterusan, supaya dapat melahirkan insane yang mengabungkan sistem duniawi dan ukhrawi yang seperti mana yang dihendaki oleh Allah dan RasulNya.

Oleh yang demikian, penulis menyeru kepada diri sendiri dan sahabat pembaca supaya berusaha dari sekarang mempertingkatkan kualiti pengajian kita dan aktiviti tarbiah. kerana akademik dan tarbiahlah asas bagi melahir modal insan yang terbaik dan hebat. seperti mana Rasul melahirkan Para Sahabat yang unggul dari segi pemerintah dan akhlak mereka.

 

Categories: MINDA MUJAHID
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: