Archive

Archive for 29/03/2011

MENYINGKAP TEMA “MEMBINA KEBERSAMAAN MENJANA KESATUAN”

Berusaha untuk menyingkap dan memahaminya mengikut kehendak PPMS sesi ini.

Siri Pertama

Tema adalah subjek yang menjadi sesuatu dasar dalam pembicaraan dan tindakan. Satu gagasan yang, bersifat jangka masa pendek dalam sesebuah organisasi untuk mencapai apa yang diingini dan harapkan dalam sesbuah sesi penadbiran.

Pelbagai tema dirangka pada setiap tahun untuk mengajak ahli untuk mengenal dengan lebih dekat apa yang inginkan oleh PPMS pada sesuatu sesi itu. Mengajak ahli secara keseluruhan untuk menghayati serta berusaha untuk merealisasikannya dalam sesi tersebut dengan jayanya.

Ramai dari kita sangat tidak mengambil berat soal tema persatuan bagi sesuatu sesi tersebut, tema bagi penulis sangat penting bagi penulis. Kerana dengan tema tersebut kita dapat mengetahui banyak perkara yang tersurat dan tersirat disebalik sesuatu persatuan tersebut khususnya PPMS.

Kita dapat mengetahui apa yang ingin dicapai oleh sesuatu  persatuan itu pada sesi tersebut dan apa yang ingin diberi perhatian dalam  gerakerja organisasi persatuan tersebut.

Tema sentiasa berubah pada setiap tahun bagi sesuatu persatuan atau organisasi tersebut, kerana berubahnya tujuan yang ingin dicapai dalam pentadbiran sesuatu sesi. Tema juga menunjukkan prestasi secara kasar yang sudah dan akan dicapai oleh sesuatu organisasi tersebut buat masa sekarang dan akan datang.

Menetapkan sesuatu tema dalam sesebuah persatuan itu jangan dipandang enteng dan ringin baik bagi pimpinan pada sesi tersebut mahupun ahli, kerana kita semua adalah dipertanggungjawabkan untuk merealisasi dan menjayakannya. Kejayaan sesuatu tema itu tersebut terletak dibahu kita semua samada yang memimpin dan yang dipimpin.

Kerana tema yang realistic disertkan dengan objektif yang ingin dicapi, kayu ukur yang boleh diukur, gerakerja yang berbentuk spesifik dan pantau yang berterusan. Semua ini dilakukan oleh para pimpinan dan hanya perlu faham dan membantu untuk mencapainya dalam aktiviti yang dianjurkan.

PPMS sesi 2011 ini tampil dengan satu tema yang sangat baik bagi membawa PPMS kepada 25 tahun kedua pertubuhan. “Membina kebersamaan menjana kesatuan” menjadi tema pilihan PPMS pada sesi ini. Tema yang dibentuk selepas menilai dan melihat semula 25 tahun pertama perjalanan PPMS pada sesi-sesi yang lalu. Tema yang dilhat sangat biasa tapi mengandungi matlamat besar yang ingin dicapai.

Secara peribadi penulis melihat tema yang dibentuk oleh PPMS ini membawa beberapa maksud:

Pertama: Ingin membina sesuatu yang sudah roboh dengan binaan ma`nawi dengan kukuh lagi utuh atau memperbaharui binaan yang masih belum utuh dan kukuh.

Kedua: Mengajak untuk bersama dalam  semua tindakan dan gerakerja dalam organisasi. Memberikan perasaan yang sama kepada semua orang untuk merasai apa yang dirasai oleh PPMS dalam membawa PPMS buat masa akan datang.

Ketiga: Memperkasakan kekuatan dan semangat dalam gerakerja berpasukan.

Keempat: Membentuk pasukan atau teamwork yang kuat dalam membawa visi dan misi PPMS pada sesi ini. Menjadikan semua ahli berperanan sebagai pemain dalam semua lapangan mengikut kemampuan dan minat.

Membina sesuatu mestilah kerana ada Sesuatu yang runtuh atau ingin meroboh sesuatu yang sangat tidak  disenangi dan membina dengan yang lebih baik. Kerana membina dan merobohkan sesuatu ini adalah salah satu dari ciri-ciri agama Islam yang sepuluh iaitu ‘Inqilabiyyah’.

Islam merobohkan kejahilan dengan membina keilmuan, kebatilan dengan kebenaran, kegelapan dengan cahaya. Begitu juga dengan tema PPMS ini. Apa yang menjadi persoalan di benak pemikiran penulis, apakah yang ingin dibina dan apakah yang ingin diroboh oleh PPMS?.

p/s: Penulis akan huraikan dengan lebih panjang lebar dalam siri kedua akan datang.

 

Categories: MINDA MUJAHID

Itulah Sifat ilmu

 

Selepas empat bulan penulis berada di tahun empat, banyak kekurangan dan kelemahan yang penulis temui dalam diri ini. Bermula dari kelemahan dalam berorganisasi hinggalah memberikan penumpuan dalam bidang pengajian yang menjadi teras atau core kedatangan penulis di sini.

Kelemahan demi kelemahan yang penulis perolehi selepas penulis membuat sedikit post mortem kepada diri ini, menyedarkan penulis akan amanah yang besar yang harus dipikul bila pulang ke Malaysia nanti masih sangat jauh untuk dicapai. Dibandingkan keberadan penulis dibumi ilmu ini, sangat jauh untuk dinilai dan dikira ilmu yang penulis perolehi.

Biasala kita berada ditahun empat ini baru kita terasa sangat akan kekurangan dan kelemahan diri, waktu ini lah kita nak pulun dan nak dapat semua benda, ana pun pernah rasa macam anta rasa juga” inilah respon sahabat penulis ketika mana penulis meluahkan kerisauan yang bermain dibenak penulis.

“Sempat k…..? soal hati kecil penulis dengan mengambil kebenaran akan isi respon sahabat tadi.

Banyak perkara yang berlaku, semua perkara tersebut menginsafkan penulis akan kelemahan dan kekurangan diri ini. Khususnya dalam bidang ilmu dan pengajian. Pernah suatu ketika penulis bertanyakan kepada seorang guru penulis..

“kenapa susah sangat kita memperolehi ilmu dan mempraktikkannya”

Jawab sang guru dengan mudah, dengan menaqalkan kata-kata Qhadi Khalil:

العلم لا يعطيك بعضه إلا إذا أعطيته كله

Tiadalah memberikan ilmu itu sebahagiaannya melainkan apabila memberikan seluruh diri kamu kepadanya

Tambah guru penulis lagi…

itulah sifat ilmu, ia sangat cemburu, cemburunya melebihi cemburu seorang isteri apabila melihat suaminya bersama wanita lain, walaupun wanita tersebut teman rapat isterinya…”

Mujahid…anta kena ingat, itu sifat ilmu, tempat nak simpan ilmu itu pun ada sifatnya yang tersendiri”.. Tambah guru penulis lagi

“Apa tempat simpan ilmu tu ustaz dan apa sifatnya” soal penulis dengan penuh minat walau ayat kepada persoalan penulis ini agak skema

“Hati adalah tempat simpan ilmu, dan sifatnya ada dua, pertama: ia sangat sensitive dengan perkara maksiat, adakah anda ingat kata-kata Waqi` kepada anak muridnya Syafie, apabila Syafei mengadu akan kesusahan dalam menhafal dan mengingat?” soal sang guru secara tiba-tiba.

“Ana ingat” . Jawab penulis secara spontan

“Kalau anta dah ingat okla, tak perlu la ana ulang balik, kedua: sifat hati ini adalah ia tidak boleh menerima dua perkara dalam satu masa berdalilkan firman Allah:

“Diperintahkan Dengan Yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati Dalam rongga dadanya;

“Oleh yang demikian anta kena pandai-pandailah bagi masa antara menutut ilmu dengan aktiviti-aktiviti yang lain, sekadar itu ja yang boleh ana cakap”. Respon guru penulis  mengakhiri kata-katanya dengan jawaban yang masih belum terjawab mengikut kehendak dan kemahuan penulis.

Penulis tinggalkan nasihat guru penulis ini kepada para pembaca sekalian untuk difahami dan dihayati dengan baik, apa yang penulis perolehi dari kata-kata nasihat di atas mungkin berlainan dari apa yang para pembaca perolehi dan fahami. Mudah-mudahan ia ada manfaat kepada diri ini dan para pembaca sekalian, khususnya mereka yang berada di tahun empat dan tahun akhir dibumi syam ini.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan, masa terus dan akan terus berlalu, ambillah kesempatan dan peluang yang berbaki dengan baik. Moga kita tidak menyesal di kemudian hari. Waktu masih ada untuk kita berusaha…………..

 

Categories: TAFSIRAN MINDA